Wednesday, March 25, 2009

Rombongan ke Perak




SAlam mesra...
aku di saat ini tengah teruja walaupun baru mamai2 banguin dari tidur yang amat la lenanya..
tetiba rasa teruja untuk menjemput rakan gosip partner yang sangat bagus..Raja Norliana..
tiada apa yang menarik untuk diceritakan..cuma perkongsian rasa berhijrah ke negeri Perak pada Jumaat yang berlalu..
20/03/09 (Jumaat)

Setelah selesai menyempurnakan misi pengambaran yang dirasakan sempurna..berangan je sebenarnya..dapat berita sedih atas kematian ayahanda kepada rakan seperjuangan..kami mengambil keputusan(memang keputusan terpaksa diambil dan dijemput segala)..untuk ke Perak menziarahi rakan sekeluarga..

Kami bertolak dari UUM ke Jitra jam 7.00 malam..dan tiba di kediaman rasmi Cik Marlina pada jam 7.30 malam..setibanya di sana, kami sekali lagi mengambil keputusan untuk ke restoran..makan2.hehehe
jadi, secara rasminya..dalam tentatif, kami bertolak ke Perak sekitar jam 9.00 malam...dalam perjalanan yang menggembirakan..dengan suara riang ria....tetiba terasa simpati kepada pemandu..kerana beliau baru sahaja pulang dari Kelantan dan tiba di Kedah jam 5.00 petang..dan kemudiannya terpaksa meneruskan pemanduan sekitar jam 7.00 sehingga 11.00 malam..pemanduan secara terus-terusan selama 2 hari suntuk..hehe..memang suntuk...
kami tiba di Perak sekitar jam 11.00 malam di rumah rakan seperjuangan..takziah kepada keluarga rakan ku...secara rasminya..kami telah ke Menglembu untuk mendapatkan hotel di sana...ok..keadaan hotel masih lagi terkawal..dan sebenarnya cantik je
beralih keesokan harinya,kami kembali ke rumah rakan ku ini..dan kami menziarahi pusara dan seterusnya kami beransur pulang ke kedah...sebelum kami pulang ke kedah, kami telah ke Bandar diraja Kuala Kangsar..perjalanan yang meriah..dan di Kuala Kangsar, aku dan rakan-rakan melepaskan keinginan dengan makan sambal tempoyak..perh..sedap giler..
di Kuala Kangsr, kami telah singgah di Masjid Ubudiyah..dan kami juga melihat keadaan istana lama..dari Kuala Kangsar, kami ke Sayong dan melihat industri pembuatan labu Sayong..begitu mengujakan...
apa yang pasti kami pulang ke kedah dengan pelbagai rasa..dan tiba di kedah pada jam 9.00 malam..perjalanan yang mengasyikkan..mempesonakan..hehe

hotel di Menglembu yang menempatkan kami
Istana Lama
pembuatan Labu Sayong


No comments: