Wednesday, June 17, 2009

AWARD>>>>


Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda

Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini
  • Nasrulhanis Ruslan....atau dipanggil OWN..
  • dia x menarik..tapi yang menarik adalah gambar hasil dr tangan dia..hehe..jgn mare
  • suka hati je nak masuk kelas...selalunya masuk..tapi lewat ckit..
  • slalu ajak g jalan2 naik Myvi kesayangan dia..
  • yg paling menarik..slalu gak dia pakai baju yg sama nga ASLAM..huhu..upsss,sorry OWN
10 fakta tentang diri anda
  • pangil je ez...
  • bak kata Lyana..memang tengah sibuk menggantikan tugas MB..haha
  • suka buat puisi..
  • suka bercakap..sampai org amiik jd EMCEE n Dj
  • suka CT n memang minat gile ngan dia
  • berangan nak pandai ckp english dengan lancar..tapi???
  • suka main bowling..
  • suka melukis walaupun sebenarnya x de la pandai sangat
  • saye memang sama macam LYANA..suka bergambar...
  • pakai baju saiz M walaupun mak surh pakai saiz L>>>ish..besar la
ok..Angin malas nak tag sesape...
k..nak sambung bekerja..sibuk nie

Tuesday, June 16, 2009

LYANA..

ok...salam mesra..
angin tengah berangan n banyak kerja...sambil bergosip dengan malique

ok..nie kisah tentang LYANA..

LYANA..
LYANA memang lah LYANA..
dan takkan ada LYANA yang mungkin sama
macam LYANA nie..
ok..tapi LYANA seperti biasa juga..
manusia yang namanya LYANA nie..
ada perasaan n rasa yang sama
macam LYANA LYANA lain di dunia nie..
untuk LYANA..
LYANA akan sentiasa menjadi LYANA
dan takkan berubah LYANA yang angin kenal nie..
apapun LYANA>>
semoga LYANA akan sentiasa ceria..
seperti cerianya LYANA yang lain..
kalaupun adakalanya duka..
harapnya duka LYANA
tak seduka LYANA yang lain..
k LYANA>>

demikianlah persembahan angin untuk
insan yang namanya..


RAJA NORLIANA RAJA OMAR>>
sila ke..www.queenlyana.com

Monday, June 15, 2009

Salam Hari LAhir MA..n LYana


Salam HAri LAhir

11 Jun 2009
hari nie adalah hari ulangtahun kelahiran ibunda ku yang tercinta..selamat ulangtahun kelahiran..
dan sebab angin punya peruntukan kewangan kurang, maka..angin telah membawa pulang 6 biji buah durian..untuk jamuan bersama bonda tercinta sempena ulangtahun kelahirannya...
*durian tu, angin dapat dari ofis..durian xtra lepas buat kenduri makan durian anjuran KCE..

SALAM ULANGTAHUN KELAHIRAN MA>>>

13 Jun 2009
hari ni pulak..adalah hari ulangtahun kelahiran kawan baik angin..
angin ingin ucapkan selamat hari lahir..dan angin ingin mengambil kesempatan ini..untuk memohon ampun dan maaf sebab lambat 20 jam ucap birthday kat dia..
sepatutnya angin mesti jadi antara top3 yang wish..tapi da jadi bottom 3 agaknya yang wish kat dia..
angin benar2 nak minta maaf..sebab benar2 terlupa..tapi angin da wsih juga pukul 8.00 malam hari yang sama...apapun..sila la.beramai2 ucapkan salam hari lahir buat beliau..

SALAM ULANGTAHUN KELAHIRAN>>>QUEEN LYANA

Sunday, June 7, 2009

My Mate < Lyana >

hehe..salam mesra..

sebelum apa2..ini bukanlah cerita tentang 'soulmate'..tapi dia memang mate angin yang best.hehe

buat semua rakan2..angin dalam 'mood' kerja hari nie...
so fikiran ala2 kurang waras..tetiba je terasa nak membelek segala laman sosial yang angin ada..
belek2 punya belek then terbelek la 'picture2' lama yang simpan banyak sangat kenangan..
x delah lama sangat..sumenya picture2 kat UUM je..kampus ku tercinta.(pengakuan nie kawan2..masukkan dalam buku penghargaan alumni k...)

ok..antara banyak gegambar angin kat kampus..mesti banyak terselit gambar DIA nie...
bukan sengaja diselitkan, tapi memang gambar nie terselit..al-kisahnya, gambar versi selit menyelit...dan bukan gambar sulit k..upps..ok normal..
maka, ikuti kisah DIA di sini...

nama : Raja Norliana Raja Omar
umo : menjadi perkiraan dia, keluarganya, saya dan rakan2 terdekat je..hehe
pekerjaan : Script Writer
Status : Anak Dara..hee
Kelulusan : Bachelor in Tourism Management, UUM

ok..Liana nie..kalau nak dijadikan cerita..telah berkenalan dengan saya secara tidak sengaja..
di pertemuan antara DJ Senior dan DJ Junior..sesi kenal mengenal..memang akhirnya saya terkenallah dengan dia..dia ditugaskan waktu sesi perkenalan 2..sebagai MENTOR saya..
cerita bab mentor nie, kelakar plak..sebabnya, bila saya dah setahun jadi DJ, maka banyak benda yang saya plak mengajar dia..maka, seterusnya saya adalah Mentor dia...

maka, dalam temph satu semseter, mengadap la angin muka si DIA nie tiap kali bertugas kat konti..apapun ucapan terima kasih angin ucapkan kepada DIA kerana berjaya mencorakkan angin dalam industri penyiaran ini..(cewaahhh..macam ucapan dapat award plak..hehe)
tapi betul..memang dia mentor yang sangat bagus..

dulu antara angin dan DIA..panggilan berbunyi..
SAYA dan AWAK...lepas 2..telah disuruh tukar oleh seorang Dj senoir menjadi>>
KAK LYANA dan FAIZ..maka setelah timbul beberapa isu..maka bunyinya bertukar menjadi>>
I dan U..dan kekallah sehingga kini kami berinteraksi begitu..
*x kisah sangat apapun bunyi dia, yang penting dia dengar bila angin cakap dengan dia..

semasa ditugaskan bersama dia mengendalikan slot di Uniutama.FM, angin dan DIA juga ditugaskan untuk mengendalikan beberapa acara peringkat universiti dan ditugaskan sebagai Pengacara Majlis bersama dengan DIA..
bertambah banyakla masa yang telah kami habiskan bersama..di atas pentas pun sama..

bila dah selalu bersama...biasala, sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula nak bertikam..memang selalu kami bertikam lidah..
kalau duduk sorg2..tergigit lidah..
tapi, kalau duduk ngan dia..kami bertikam lidah..hehe
isu biasa yang sangat menjadi rutin pertengkaran kami adalah :
-siapa yang sepatutnya mulakan dulu bercakap ketika menjadi emcee
-siapa yang kena mengalah dan ajak makan sesama..
-warna baju yang nak pakai untuk g kelas..
dan banyak la lagi yang kami gaduhkan..tapi tatap baik seperti sedia kala..dan cara nak pulih seperti sedia kala, salah sorang kenalah mengalah..tapi selalunya angin la yang mengalah..(cewahh..macam baik atie je..hehe)

banyak sangat tempat yang telah kami habiskan bersama..
  • dalam kelas Human Comm
  • kat Uni Cafe makan Cheese Cake
  • kt Pusat Budaya dan Seni, UUM gosip ngan Cik Mar
  • kat tapak ekspo Konvo, sibukkan diri tyme orang lain konvo
  • kat Jitra..berfoya2 kat Pusat Bowling n Karoke
  • kat Subaidah..makan ais kacang,..huhu
  • KT KlCC..tengok High School Musical
  • kt Mid VAlley..jalan2 habiskan masa..
  • kat kedai gunting rambut..
itu antara yang telah kami habiskn bersama..ada lagi yang tak tersenarai..dah tak larat nak putar otak kembali ke zaman purba..(so, letak je yang mana ingat)

*dan nie angin nak kongsikan gambar2 kenangan angin bersama DIA..

nie di Kedai Makan..setelah Lyana menemani angin gunting rambut..hehe


nie dekat Canselori..dek kerana hasutan Lyana..angin telah terponteng kelas hanya untuk mengadakan photoshoot ini..betapa dahsyatnya hasutan dia..heheh
(Lyana sebagai jurukamera)

Lyana sanggup temankan angin di belakang pentas..semata2 untuk jadi PA angin tyme angin jd Emcee KAroke Bintang UUM

angin temankan Lyana amik jubah Konvo

sesi penyerahan hadiah Konvo..from angin 2 Lyana

di KLCC..tgh tggu nak masuk panggung..

di set kumpulan Teater Warna..untuk satu pementasan drama mereka..
kami, tumpang menyibuk je

tengah tunggu bas untuk lawatan ke KL...

waktu mula2 angin bertugas di konti Uniutama.FM..
Lyana banyak membantu..thank

nie gambar scandal..hehehe..gambar tyme angin n lyana jadi emcee festival pantun UUM

tyme rehearsal untuk Istiadat Konvokesyen..
tyme 2..kami jadi VJ

lepas habis jadi emcee Gegaran Seni, UUM..artis jemputan tyme 2..Elyana
..lepas bergambar ngan elyana..ngan lyana la plak..hehe

nie gambar terakhir angin bersama LYana...di Midvalley pada 30 Mei 2009

dialah RAJA NORLIANA RAJA OMAR @ queenlyana yang telah banyak menghabiskan masa, duit dan kredit bersama angin...
semoga persahabatan kami kekal...ameen

Saturday, June 6, 2009

Hilangkan Bosan


hari nie..tiada yang istimewa..melainkan bangun tidur lambat sebab hari nie SAbtu..
maka, ini adalah hari untuk berfoya2 dan melupakan segala kekusutan yang ada dalam kepala otak

so..angin n family amik keputusan untuk berfoya2 sekita Alor Star...nak g membeli belah keperluan dapur yang dah semakin kurang..maklumlah cuti sekolah,so keperluan makanan di rumah semakin meningkat dengan mendadak..

angin dan mak telah keluar membeli belah di Tesco, Mergong..
banyak la juga barang2 yang mak angin beli..so, shoppng tyme..

setelah penat membeli belah..sempat lagi 'posing'..huhu

angin bergambar dan adik angin..pilih sotong..huhu

sempat angin cuba 'breakfast cereal' Kellogs

inilah sotong kembang...yang adik angin pilih...buat sambal sedap nie..


setelah hampir 2 jam membeli belah...maka, inilah hasilnya..

Thursday, June 4, 2009

LEKAnya KITA !!!

angin pagi macam biasa..masih lagi mencucuk dada angin..yag sejak dari pukul 2.00 pagi tadi tak berapa sihat dengan Asthma..Alhamdulillah..sekarang nie..terasa dah beransur kurang sakit 2...

tiada apa yang menjadi topik perbualah hangat hari nie..cuma sekadar cebisan rasa dan perkongsian cerita tentang apa yang berlaku di sekeliling kita...
angin terasa terpanggil untuk lebih santai membicarakan tentang diri kita sebagai seorang manusia biasa yang susah sangat nak lari dari penyakit insan biasa..LALAI dan LEKA

ceritanya hampir begini..
-kelalaian yang nyata yang benar2 berlaku pada diri angin hari nie..adalah lalainya angin dari memakan ubat..semalam, sakit asthma angin nie..da terasa..tapi disebabkan rasa malasnya dan lekanya angin terhadap perkara yang benar2 penting (kesihatan)..maka, angin melupakan hasrat untuk memakan ubat..maka, penyakit angin mula melarat pagi tadi..
jadi, akibat lalai dan leka..angin mengundang padah dan masalah pada diri sendiri...

-itu apa yang berlaku pada diri angin..mungkin kelalaian juga berlaku pada diri anda dan sedikit sebanyak mungkin kelalaian itu menjadi punca kepada permasalahan dalam diri anda..benar atau tidak..jawapannya hanya anda yang ketahui..

-kelalaian yang mengundang kegusaran orang ramai..apabila runtuhnya sebahagian besar dari Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu..Alhamdulillah, tiada kehilangan nyawa dilaporkan berlaku disebabkan runtuhan tersebut..angin secara jujurnya, bukanlah seorang jurutera dan memang takkan pernah mengerti tentang istilah pembinaan dan sebagainya..angin tak mahu membuka jari dan menudingnya kepada sesiapa...pada angin semua pihak yang benar2 bertanggungjawab dengan setiap inci pembinaan stadium tersebut harus turun padang dan membuat kajian teliti..apa yang pasti..mesti ada beberapa perkara yang berpunca dari kelalaian kita dan kita terlepas pandang untuk mengambil berat tentang perkara tersebut..
akhirnya, disebabkan lalai dan leka..nahh!!..ranapla sebahagiannya..

jadi..pemerhatian yang sangat teliti dan kecenderungan untuk mengambil berat tentang beberapa perkara perlu ditekankan...agar masalah kelalaian dan kelekaan dapat dibendung sebaiknya...

hari yang ke-3

selamat pagi..
tyme angin tulis entri nie..keadaan kesihatan tak berapa mengizinkan..biasala, penyakit angin yang selalu 2..(asthma)..
disebabkan tengah menjalani latihan praktikal..maka, angin lupakan sejenak kisah nak amik cuti..
nie kisah semalam..(sebab hari nie mood x baik..so x nak conteng dlm blog pasal hari nie)

3 Jun 2009 (Rabu)
al-kisah, angin telah berjaya menempuhi hari yang ketiga berada di ofis tempat angin menjalani latihan praktikal..jadi..3 hari, mesti punya banyak cerita..apa2 pun cerita dia..jom baca..
sbelum itu..maka, genapla sebulan dari tarikh angin menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-22 hari nie..

kisahnya, ofis memang satu tempat yang happening kalau kena caranya..dan kalau cara dia tak berapa nak kena..memang ofis akan jadi tempat yang paling pening..huhu
hari pertama, angin duduk melangut je kat bangku yang empuk 2...dan masuk hari kedua, telah ditemuramah oleh bos..memang ramah la pertemuan 2..sampaikan terkulat2 angin nak menjawab soalan cepu-cemas dari bos...

apapun, hari kedua, bos baru bagi tugasan secara formalnya dekat angin..jadi, dengan rasminya angin kini bergelar pekerja pelatih di KCE Sdn. Bhd.
baik...bos, telah mendapatkan ilham untuk angin menyiapkan satu kertas cadangan 'next event' yang bakal berlangsung di negeri Kedah..bila kerja kat company event..harusla bersedia dengan 'proposal'...ok...cabaran pertama angin terima dengan redha..dan angin akan laksanakan dengan sebaik mungkin..
so..angin kena buat research sikit..apalah yang patut ada dalam 'event' yang bakal angin rangka agar dapat menarik ramai pengunjung dan yang pasti tidak membosankan...

bercerita mengenai hari ketiga..perasaan malu dalam diri angin untuk bersembang, bertegur sapa dan 'bergosip' dengan rakan sekerja telah luntur..(macam guna clorox plak..cecair peluntur..haha)...ok, kali nie angin da mula pandai buka cerita n memulakan siri gosip terbaru bersama mereka..antaranya, tentang pengalaman rakan sekerja yg baru 1st time jadi emce..kelakar plak dengar cerita dia..hhuhu..(percayalah semua orang akan alami perkara yang sama bila 1st time jadi emcee)
dan hari nie juga telah berani untuk berjumpa dengan bos tanpa dipanggil sebab nak tunjuk hasil kerja angin tyme angin belajar dulu..(assignment buat magazine)..bila dah serahkan contoh hasil kerja angin..maka, bos dengan penuh semangat telah memberikan angin tuagasan rasmi yang kedua..iaitu kaji tentang pembikinan majalah kerajaan negeri Kelantan..dan bos cakap...kita akan terbitkan majalah yang sebegitu rupa...dan yang pasti kali nie dia melantik angin menjadi wartawan untuk majalah tersebut..hmm..ok.tq bos..sebab memberikan angin peluang untuk menulis sebarapa banyak yang angin suka..hehe

oklah..2 la serba sedikit tentang cerita angin di hari kedua dan ketiga bergelar seorang pekerja pelatih...ok..c ya..daa

Tuesday, June 2, 2009

1st day..PRAKTIKAL

salam mesra..
setelah penat bertungkus lumus di KL>>>
sampai kat Kedah jam 2.00 pagi...hari Isnin

so..Isnin adalah hari pertama yang mana angin perlu untuk menyusun semula jadual harian angin ke alam pekerjaan..nak kata sedeia..x de lah sedia sangat..tapi kena la sedia jugak..nak tak nak kena pergi jugak..

1 Jun 2009 (ISnin)
angin tak berapa nak cukup tidur sebab memikirkan macam mana lah nasib angin pergi praktikal..
disebabkan tak cikup tidur..maka, liat giler nak bangun pagi..angin bangun pukul 6.30 then 'iron' baju n mandi2...maka, bersiap sehingga pukul 7.00..
angin keluar umah pukul 7.30..dan sampai kat ofis 5 minit lagi nak pulul 8..dalam perjalan...Ya RAbbi..hanya tuhan je yang tahu..betapa neves nya angin nak tempuh alam keje...huh..padahal rilex je..tapi memang angin tak tipu..neves dia teruk n x sama macam nak amik exam...memang dahsyat la..sampai kebasla kaki angin nak tekan minyak..hmm..

sampai je kat oifs..apasal plak cam lengang giler kat ofis nie..kete angin je ngan ada la 3 buah lagi..macam tak logik je..so, angin fikir..tak la cuti plak hari nie...rupanya angin dah salah timing...
masuk ofis pukul 8.30 bukannya pukul 8..angin memang boleh dapat anugerah pekerja cemerlang..hahaha

so, masuk ofis dengan perasaan cuak n segan silu sebab datang tempat orang..ya ampun..aku nie da macam anak patung..duduk je dekat kerusi terpacak n x cakap apa2 ngan sape2 pun..malunya aku..n aku memang tak tahu camne nak start perbualan..
sampailah aku mula diperkenalkan kepada semua pekerja lat situ..
ok..semuanya ramah n mesra..

tapi..sebab malu punya pasal..so, angin tak tahu nak buat apa..so, angin belek2 je la dokumen yang dah sedia ada atas meja angin...nak buka Pc..x ley on plak..so..angin baca dokumen 2 sampai naik ngantuk..silap2 angin dah boleh hafal dokumen 2..sebabnya dari pukul 9.30 sampai pukul 1.00 itulah dokumen yang angin belek..sebab dah tak tahu nak buat apa..memang mati kutu...

tyme rehat plak..angin kuar makan ngan member ofis..n dorg memang sgt sporting..

apapun..pengalaman hari pertama memang mencuakkan n mengujakan..cuma yang penting..
esok kena bangun awal..n malam nie..tido kena cukup...
k daa..jumpa lagi k

Monday, June 1, 2009

Jalan2 ke KL

Salam mesra..

kalaulah ramai yang bartanya, kenapalah si angin nie tak muncul2 ngan entri baru..??(2pun kalau ad org yang tanya la..rasanya cam x de je..)
angin telah berfoya meninggalkan segala kekusutan kepala otak..sebenarny, angin lagi menambah kusut yang ada..bercuti ke KL...susahnya nak bayangkan betapa terganggunya otak kalau bercuti kat KL..hahaha

ok..angin telah menghabiskan cuti hujung minggu angin bersama dengan keluarga ke KL...bukannya ada tujuan apapun menggagahkan diri ke KL...cuma memenuhi jemputan kenduri kahwin..yang menariknya, fuh..tetiba terasa bangga n malu..sebabnya angin untuk pertama kalinya memandu di tengah ibu kota Kuala Lumpur..setelah hampir 3 tahun angin telah mendapatkan lesen memandu..lama gila baru leh drive kat Kl..malunya

angin n family tiba kat KL hari Jumaat kul 1.00pagi..bertolak dari Jitra pukul 6.30ptg..
perjalanan jauh memang memenatkan..memang tak tipu...

29 Mei 2009 (Jumaat)
angin telah berjaya memujuk mak angin untuk keluar ke Jusco Cheras..biasalah hobi angin yang biasa..membeli dan terus belah..adakalanya 'window shoping' je..
sempatla angin beli 'necktie' warna maroon untuk angin pakai ngan baju kelabu yang da lama angin beli tapi tak pakai2 sebab x de 'necktie'..

sebelah malam plak..lupa nak bagitau..angin g Jusco lepas solat Jumaat..ok..sebelah malam plak..angin sekeluarga ke pasar malam yang sangat 'happening' kat area umah angin kt Taman Sri Nanding, Hulu Langat...dan ada la beli barang makan ckit..dan yang pasti mak angin dah lepaskan keinginannya untuk mendapatkan sehelai kain pasang..sebabnya geram ngan tukang jahit tempoh hari..sekarang tengah tunggu ganti rugi dan harga kain pasang yang mak angin beli lebih RM10 dari harga ganti rugi..hehe

30 Mei 2009 (Sabtu)
ok..hari nie adalah hari kemuncak di mana angin akan berada dalam zon yang sangat sibuk...(cewahh..buat sibuk je..hehe)
bermula dari pagi..angin telah menyibukkan diri dengan meononton tv..then dalam kul 11.00 mula meng'iron' baju untuk ke kenduri kahwin..dan telah membuat janji temu dengan Lyana..
harapnya jadi..sebabnya memang tujuan angin ke KL untuk berjuma dengan Lyana..angin pun x brapa pasti..sejak bila angin sangat teruja untuk berjumpa dengan Lyana..haha

so..makan kenduri di Dewan MPAJ..dan habis makan kenduri..angin minta jasa baik kat ayah angin (sebab memang ayah angin banyak baik dia..so minta sikit..) antar angin ke stesyen LRT terdekat..
so, angin naik LRT dari Cahaya ke Masjid Jamek..dan turun kat situ..naik plak Putra ke KL Sentral..penatla gak..tapi memikirkan keinginan untuk berfoya2 di sekitar KL..maka, lupakanlah kejap kepenatan 2..
tiba kat KL Sentral...jenuhnya melayan kerenah abg Maxis yang tak sedar diri..menjual brodband kat angin..tak tahu da nak bagi alasan apa untk elakkan abg maxis 2..huh

apa lagi..bagitau abg maxis..kwn tunggu kat McD..hehe..(memang pun)
so..jumpa Lyana then buat keputusan untuk ke Mid Valley..
maklumlah..angin tak pernah ke Mid Valley..kasihanilah angin..
maka, berjanggutla juga tunggu KTM ke Mid Valley..huuhu..boleh tetido angin tunggu 'train'

sampai kat Mid Valley..mulalah pengembaraan yang menakjubkan..nak tahu tak kenapa dia boleh jadi sangat menakjubkan..sebabnya..kompleks 2 sangatla besar dan tak berapa nak mampu untuk angin habiskan pengembaraan ke seluruh kompleks..namun, ku gigihkan jua..
punya lah besar si Mid Valley nie..angin ngan Lyana ronda2 sampai penat..then g jamah la apa yang patut ikut selera si perut..maka, tersinggahla di Kenny Roger Roaster..makan x seberapa pun..tapi, harga dia memang beberapa...maklumlah, tempat macam 2..memang la x sama cam Char Koew Teow tepi jalan kan???

ok..da kenyang perut..maka, sukalah hati..apa lagi meneruskan perjalanan lagi..kali nie lebih mencabar..
cabarannya adalah untuk mencari semula kedai yang telah dikunjungi pada awal tadi..kali nie untuk membeli..jika pada mulanya singgah untuk melihat..perjalanan kali kedua pula adalah untuk membeli..punyalah hazab nak mencari balik kedai2 2 sume..dengan berkat usaha dan kegigihan yang ada..maka, terjumpalah dengan kedai tersebut semula..

ok...pertamanya, membeli baju ala2 'couple' walaupun memang kami tak pernah 'couple'..cuma kami pernah di'couple'kan...so, kami belilah baju yang suwet muwet...n kiut miut..comel momel..sume ada la..
dah dapat baju sorang sehelai..so kitorang g kedai hadiah untuk beli hadiah plak..dengan penuh baik hati..Lyana telah menghadiahkan botol yang sangat comel buat adik2 angin dan juga lilin wangi buat bonda angin yang tercinta..
so..angin pun beli gak lilin wangi 2 sebagai kenangan..2 je yang termampu..

dah habis n penat jalan2...so, kami membuat keputusan untuk meninggalkan Mid Valley yang masih lagi bercambah orang kat sana..kami tak leh nak stay lama2 cause masa tak mengizinkan..dan kami juga tak mengizinkan masa 2 untuk berlama2 di Mid Valley..

2 sahaja lah pengembaraan di Kl....jalan2..memang istilah jalan2 2 sangat sesuai sebabnya angin berjalan sampai penat dan lenguh kaki..tapi, x pe..semua 2 pengalaman yang best..
neway sorry kat MALEK sebab x inform nak turun KL..saje tak nak bagitau sebab angin stay kejap je..2 hari..
so jumpa nanti k,...chao

apa2 gambar berkaitan KL..sila rujuk lampiran ini..