Saturday, April 30, 2011

aku senang senang aje

Selamat Pagi Dunia...

Pagi yang sangat indah...

angin masih lagi dibuai manis-manis acara perkahwinan yang sangat mempersona...

'Putera William & Kate Middleton' ~ Duke & Duchess of Cambridge


-Love is in the air-


angin ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada mereka berdua...


Marilah kita berkelana dan berkisah tentang kehidupan rakyat biasa yang hidupnya limpahan luar biasa. Angin sekarang nie, dalam 'mood' yang agak bercampur...

Kisah gembira ~ mahu pulang ke kampung halaman ketemu kedua ibu bapa dan keuarga tercinta

Kisah duka ~ perpisahan yang pasti itu, akan datang juga...semoga kita masih mampu tersenyum dan tertawa bersama.

Kisah percampuran antara keduanya ~ tawaran yang tak kuduga hadir diwaktu yang tidak diminta.

Okey..angin senang-senang aje. Tiada apa yang perlu difikirkan trlalu rumit. Angin perlu ambil kesempatan ini mencuba dan menyelahkan potensi diri. Angin sangat yakin dengan kebolehan diri dan inilah masanya untuk menyinar (bunyi macam bangga diri pulak ~ argghhh,pedulik).

Apapun, Angin perlu panjatkan rasa syukur yan melimpah kepada yang Maha Kaya kerana kabulkan hajat dan impian..cita-cita dan harapan. Kini Angin sandrkan semuanya pada masa dan ketika. Biarlah keadaan ini berubah secara semulajadi tanpa ada unsur paksa memaksa.


Angin kena mengubah cara hidup yang sediakala kepada kehiupan baru yang belum tentu cabarannya.

Yang pasti, ketepikan seketika kisah perubahan besar pada diri Angin dan letak sebelah, ataupun buang sekejap dari laman nie...Sekarang Angin nak teruja menempuh hari-hari cuti di kampung....Yehaaaaa, Angin kini kembali.

Kawan-kawan dan rakan taulan, sedarilah yang Angin rindu akan kalian dan bakal menyusun waktu untuk sesi ketemu.

Jangan lupa undangan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di kediaman rasmi Angin pada :


30 April 2011 (Sabtu)

8.30 Malam

Taman Permata, Jitra


Saya, Mohd Faiz Hj. Othman sangat senang mengaku yang saya 'senang-senang aje'

Thursday, April 28, 2011

ku kisahkan~ perihal dua orang tua

Salam budi bicara..

Rindunya angin untuk bersua dengan laman ini...agak usang ditinggalkan..
kekangan masa dan upaya telah membuatkan angin kehilangan daya menyampai dan bercerita..
Alhamdulillah, di kesempatan yang ada..angin cuba sedaya upaya..penuhkan ruang masa..
dan ambil peluang yang terbuka...

kisahnya, semalam angin saat bergegas ke pejabat dengan penuh semangat..
sambil menghayun kaki dengan liuk alunan lagu dari filem Kabhi Kushi Kabhi Gham...
fuhhh, bayangkan semangatnya kaki angin melangkah dah macam menari dalam cerita tu...

Ok, semuanya bergerak dan berputar sepertimana biasa...macam mana hari-hari sebelumnya jugak...angin keluar ke pajabat hari ini....sama aje...tiada apa yang istimewa..
Cumanya, ada perkara yang membuatkan beberapa ruang dalam minda angin ini terbuka...

Antaranya, pergerakan angin di sisi kota ini...begitu tiada fikir akan hal sesiapa..dan agak pantas mengiring masa...semuanya laju tak terkata lah kalau di kota raya tercinta ini...
pantas, segera...dan kurang manusia (dah menjadi lumrah biasa)...serta sendiri-sendiri belaka...
(ada tempiasnya budaya kota ini dalam jiwa angin...tak mampu angin nafikan...)
kalau tak takdelah separuh masa perjalan ke kerja...angin memekakkan telinga dengan alunan muzik...dari menyapa dan bersembang mesra...
menjadi sombong adalah perkara biasa...

Sehinggakan ada seorang pakcik menyapa, bertanyakan jalan pada angin...
angin dengan penuh rasa, melabuhkan 'earphone' yang tersumbat sampai ke gegendang telinga..
menjawab sapa...ralit juga angin bersamanya..
bertemankannya sepanjang perjalanan ke tempat kerja...
dia telah mencelikkan sejenak mata angin yang terlena dengan derasnya peredaran dunia..
RAPID lah katanya...biasalah tuh, angin dah jadi sangat terbiasa...
tiada masa senggang dan lapang sepanjang angin di sarang kota tercinta...
sangat mesra berbual dengan pakcik yang seorang nie...
maaf yea...perbualan kami tidak di dalam bahasa ibunda...
mungkin dia agak selesa berbahasa luar,angin layankan aje...
bukan itu pokoknya, cumanya angin rasa...kehidupan kita jauh berbeza..
angin sendiri terasa akan bezanya diri angin...
angin rindu suasana desa....namun apakan daya...
demi sesuap nasi cuma..angin terpisah antara kisah manusia...(terima dengan separa redha)

ini bukan kisah utama...perkara kedua yang berlaku...
saat mana angin ambil teksi untuk ke pejabat...maklum ajelah, semalam hujan...
jadi jalan raya akan menjadi medan bual bicara....semua serbu bagai nak gila...
terpaksalah angin naik teksi dari tunggu bas yang belum pasti..
ok, dalam teksi...tersenyum angin melihatkan aksi pakcik yang sorang nie...
jangankan cekap membawa kereta...malah cekap juga memandu bicara..
pantas dan ada bernas...
dia ralit sangat bercerita tentang perihal tangan...
kisahnya bermula bila dia mengangkat tanda hormat dan sapaan mesra bahasa badan yang sangat berjaya kepada rakan pemandu lain yang berkongsi jalan yang sama..'angkat tangan kata dia...'
perkongsian ini katanya, untuk menampakkan lebih adil dan rasa bersama...maka, kongsilah secara rela dengan hati terbuka...
dia berkisahkan bagaimana tangan tercipta mulia...dengn penuh rasa dan rendah bicara..
segalanya mungkin bermula dengan tangan...
yang angin rasa tercuit..
proses batal air sembahyang saat akad nikah...tangan juga gunanya..
terlintas sejenak angin...ada benar juga..
saat memohon doa...tangan ditadah tanda mengharap...bukannya menadah dada...

pesannya saat angin mula melangkah keluar...
selagi punya tangan yng dibekalkan Maha Esa...
guna sebaik mana ia dicipta..

*perjalanan angin ketempat kerja bukan sekadar mengisi tuntutan mencari rezeki..
namun, ianya juga tuntutan mengisi hati...
terima kasih kepada dua orang pakcik...yang membuka dan memintas minda...

Salam Sayang buat semua...

-Memupuk Rasa-

Kita rasa, kita mungkin biasa,
pada mereka, kita luar dari biasa,
dan kita rasa kita istimewa,
sedang mereka tak pandang kita.

sekilas rasa kita,
bukanlah sama dengan rasa mereka.
mereka tak mungkin rasa apa yang kita rasa.

Kita pupuk rasa,
kita semai bicara.
Kalaulah rsa kit sesuatu yang berbeza,
tentu juga kata kita takkan sama.

-Faiz Hj. Othman-
Kelana Parkview

Terlalu Asing



Terlalu asing bila berada di tengah ramai, tapi sendiri.
terasing bila kehendak tidak mampu dibeli,
keperluan masih lagi tercari-cari.

Terlalu asing berada di keliling hati, tapi mati.

Asingnya bila punya rasa begini.
Bukannya rasa untuk didampingi,
tetapi rasa untuk dihargai.

Bilakah jalan ini akan tidak seasing ini?
Dan bilakah pengasingan ini akan bertemu jalan mati?

Semoga aku dapat belajar dari rasa keasingan ini.


FaizHj. Othman
14 Disember 2010
18:45
Taman Miharja, Cheras