Sunday, February 28, 2010

Friday, February 26, 2010

kita melangkah lagi...

salam mesra..
angin kembali menyapa..
dan kini kita melangkah lagi untuk terus meneruskan kehidupan ini..
kita bertidak dan berfikir untuk terus majukan diri ke hadapan..
dan kita sering berfikir untuk menjalani kehidupan dengan penuh harapan..

selangkah kita ke hadapan..
kita akan sentiasa berdepan dengan dugaan..
kita perlu sentiasa menangkan tangan untuk terus berjalan dengan tenang,,

kita ada rasa yang kita sendiri lupa..
dan kita ada duka yang sering menjengah kita..
kita melangkah lagi..
dan kali ini..mesti melangkah dengan penuh gagah..
agar kita tidak terpapah dengan jalanan yang menyusah...

kita melangkah lagi..
melihat azam yang julang..
tinggi dengan penuh gemilang..
cuma tercapaikan azam dengan penuh cemerlang..
kalau hati kita sikit pun tak pernah berani..
tak sanggup untuk diuji dan teruji..

kita melangkah lagi..
dengan jalanan yang belum pasti..
dan kita melangkah lagi..
dengan harapan yang belum pasti..
namun kita melangkah lagi..dengan semangat yang telah berahi..

Thursday, February 11, 2010

kita yang melihat iklim dunia

aku telah melihat banyak benda yang benar berlaku..menyesakkan dan terus sesakkan dada..
aku tidak mungkin akan sekuat ini untuk teruskan berjalan di bumi Tuhan..
kalau inilah cabaran dan dugaan yang perlu aku tempuh dengan tabah dan tenang hati..
inilah hasilnya tangan-tangan manusia..yang kejamnya menghuni di persinggahan ini..
aku tidak lagi sanggup untuk melihat peperangan emosi dan penjajahan naluri..

aku terkilan melihat apa yang telah terjadi..
tatangan airmata pastikan mengalir tatkala melihatnya..
sejauhmanakah dia telah berdosa untuk mengenal indahnya bumi Pencipta.??
ataukah dia memang telah ditakdirkan untuk tidak melihat segala kekejaman kita??
tapi...sanggupkan dia diperlakukan dengan kekejaman??
ataupun balasan dendam terhadap pernbuatan yang dia sendiri tidak pernah mengerti??

anak itu terlalu naif untuk mengerti..
dan buat kita yang terlalu mengerti..
kenapa diperlakukan begini terhadap anak yang tidak berdosa ini..
dosanya pelaku kalau ia benar-benar tahu akan hakikat kematian yang dia cipta..
layakkah dia untuk terus membuat keputusan buat anak yang tidak tahu akan arahnya..
akhirnya, ajal telah menanti sang anak untuk dipertemukan dengan Pencipta pada saat ia baru diperlihatkan pada dunia..
di hadapan Rumah-Nya dia telah didampar..
oleh tangan yang tidak pernah sekali sedar..
bahawa perlakuan mereka bukanlah sesuatu yang kita gemar..

inilah nasib anak yang tidak tahu tujuan diperlakukan begini..
dan inilah hakikat bumi yang masih kita huni..
selagi manusia sekejam ini masih bertakhta di sini
jangankan pernah mimpi
untuk kita aman di bawah langit Ilahi..

(sumber berita : Utusan Malaysia)

Tuesday, February 9, 2010

apabila kita melangkaui sempadan usia

secebis rasa
sesayup bicara
seuntai kata

seeloknya, kita kembali melihat terowong masa..
apakah hari-hari yang pergi berlalu dengan benar-benar terisi..
atau sekadar berlalu sepi tanpa sebarang aktiviti yang menguji diri..

kita selalu melihat orang yang bertingkah akan selalu salah..
sedangkan kita tak pernah lihat sejauh manakah kita betul dalam setiap langkah..

kita hidup dalam dunia yang penuh demokrasi..
kenapa perlu ada sengketa yang bersembunyi kalau benar kita ingin majukan diri??

kita tetap punya ego kan??
tapi..sejauh manakah ego yang kita cipta akan bawa kita bahagia menuju Pencipta..???
kita tahu kita di tempat tinggi..
tapi kita lupa ada Yang Maha Tinggi..
janganlah kita pernah bangga pada darjat dan duduknya kita..
selagi kita belum cukup sempurna di mata Yang Maha Kuasa.

kita cuba singkap terowong masa..
banyakkah bakti kita untuk kita membangga-bangga??
kalau setakat memenuhi hasrat hati tanpa peduli hati insan kanan dan kiri..
baik kita lupakan seketika bangga kita..
kerana kita dah cukup dewasa untuk menilai baik dan buruknya tingkah kita..
dan kita juga dah terlalu tua untuk menilai adakah yang kita cipta..
benar-benar ada faedahnya buat semua..

semangat kita, kalau berada pada tepat landasannya..
tak salah untuk dimajukan..
kalau berada di luar landasan fitrah nurani kita..
baik terus lupakan..
kerana kalau kita berfikir secara dendam yang mendalam..
nescaya, ia akan memakan kita diam-diam..
kalau baik sangka kita pada orang..
takkan dilupa akan orang untuk terus mengenang..

jadi..kita berbudi pada akal yang tinggi..

SETINGKAH BERTINDAK >>>>>

SELANGKAH BERPIJAK >>>>>>

Monday, February 8, 2010

akulah aku yang aku cari


aku menulis lagi..cumanya kali nie, dengan rentak yang tidak seperti biasa aku coretkan..
tingkahku kali ini..semakin cuba untuk berani..
aku tidak lagi sendiri..

aku tahu..bahawa aku tidak lah sesusah dulu..
dan aku..tetap aku yang selalu-selalu..
jangankan kau tidak tahu bila aku berkata tentang sesuatu..
aku benar-benar rasakannya..dan pastikan ia akan menjadi sesuatu yang aku katakan itu..

itu dan ini,
bukanlah apa yang penting berada dalam diri ku kini..
cuma,yang penting ketika ini..
jangankan ada duri pada setiap inci diri..
sesungguhnya, aku benar-benar rasa teruja dengan dunia yang semakin membenci..
aku jua teruja melihat rakanku semakin di sisi..
benar kali ini, akan aku turutkan rasa hati..
tapi, tetap aku berpijak pada tiap sudut bumi..
aku takkan hilangkan diri terus ke dalam fantasi tinggi..
kalaupun berjaya aku terbang lagi..
pasti dengan azam dan tekad yang berahi..

silapkan langkahku kalau aku terasa perlu..
silapku tidak lagi selincah dulu..
aku terasa terang yang benar dalam diri..
dan aku akan biarkan terus benar iu bersinar lagi..

terangi diri ini dengan jutaan kudrat yang kadang tidak terlarat..
akan ku pikul walau terasa berat..
tiap langkah yang tersekat-sekat..
biasanya pasti akan ku berhenti untuk melihat..
adakah yang menyekat itu..
akan terus membuatkan tingkahku terasa lambat

apapun, aku bersyukur dengan nikmat..
yang tak pernah henti aku dapat..
walaupun sikit...biarkan berkat..

aku jenuh memenuhi kehendak hati..
bukan hati ku ini..
tapi hati mereka yang sentiasa di sisi..
aku punya kelemahan diri..
lemahnya aku, kerana tak mampu menjulang setiap hati..
untuk terus ke julai yang lebih tinggi..
ku punya hati..
tetaplah yang utama akan ku penuhi..
disamping sanak yang akan tetap aku terangi hati..

aku akan masih di sini..
buat yang terasa akan kehadiranku dalam diari mereka..
aku benar-benar terharu untuk terus berada di sana..
aku lah aku yang aku cari..

setingkah bertindak
selangkah berpijak..

Tuesday, February 2, 2010

tetiba..kembali bersemangat

salam mesra..

di penghujung dedaun rindu...angin masih bertiup syahdu...

ok..pertamanya, semangat angin telah pulih kembali untuk melaksanakan tugas seperti sediakala..
yang pasti, angin pun x berapa nak pasti sangat dari mana timbulnya semangat yang semakin membara nie..x pe2..yang penting angin jalankan tugas dengan baik tanpa makan gaji buta..
so..angin juga kali nie, semakin membara untuk memulakan kembali karier sebagai seorang penulis blog...dulu, angin pun pernah ulang benda yang sama...tapi, kali nie..angin mesti bertekad sempena dengan tahun 2010 ini, angin mesti membulatkan tekad untuk kembali bergiat aktif dalam aktiviti berblogging ini (ok..faiz telah mencemarkan bahasa)...insaflah..

sementelah angin bersama dengan blog ini, angin terpanggil untuk meuar-uarkan mengenai laman blog angin yang baru selain laman ini, iaitu laman blog ***si KECIL bersuara*** yang mana di sana hanya angin sajikan luahan rasa dan kata-kata semangat untuk kita kongsikan bersama...
angin terasa benar-benar dekat untuk berkongsi lontaran kata semangat menerusi laman blog tersebut, maka janganlah kalian semua segan silu untuk terus menjengah laman tersebut ok..

SETINGKAH BERTINDAK >>>>>

SELANGKAH BERPIJAK >>>>>>