Wednesday, January 28, 2009

Santai Puisi Canselori "Bloodshed in Gaza"

Salam mesra dan salam perpaduan..
angin kembali bersuara dengan luka dan duka yang dalamnya terasa..
mencengkam diri dan terus menjadi benci..buat mereka yang tak punya hati...
aku ingin berkongsi rasa dan sedikit luahan..
aku juga ingin berkongsi rasa derita....dan ku akui,perasaan saudara kita..masih lagi merah maraknya darah..
sempena Santai Puisi Canselori UUM "Bloodshed in Gaza"..aku telah mendeklamasikan sebuah puisi hasil nukilan aku sendiri..hanya yang termampu untuk aku tampilkan rasa duka dan sokongan ku terhadap saudaraku di bumi Palestin..dan puisi ini berjaya merangkul juara bagi pertandingan menulis puisi kemanusiaan dan hak asasi 2008 anjuran Grup Estetika, UUM.

inilah yang mampu untuk ku nukilkan...

AKHIR ZAMAN
Andai mentari enggan kembali,
ketahuilah bahawa ia menarik diri.
Andai hujan membasahi bumi,
ketahuilah bahawa ia meratap sendiri.
Andai bulan tersenyum suram,
ketahuilah bahawa ia memprotes geram.
Andai beburung tak lagi berkicau,
ketahuilah bahawa ia diam risau.
Andai bunga layu mengembang,
ketahuilah bahawa ia kian bimbang.

ketahuilah-
ketahuilah-
ketahuilah-
Pabila seluruh isi bumi
tidak lagi selumrah ini,
Pabila seluruh makhluk ini
bertafakur sendiri,
Inilah rahsia yang telah terbongkar
di kala kehancuran bumi
oleh lengan-lengan insani
yang tidak kenal nikmat Ilahi.
Inilah zaman kehancuran bumi
oleh manusia sendiri yang sentiasa berfoya-foya
sehaloba-haloba diri mengukur riak nafsu nafsi.

Inilah kehancuran bumi

Pabila peluru berpandu-
dikawal hantu
melulu tanpa arah tuju
Pabila manusia bertelagah-
demi mencari arah
menegakkan hujah basah
Pabila kereta kebal-
bertempur sesama sendiri
untuk mengukur kehebatan diri.

Inilah kemurkaan Ilahi.
kini nikmatnya ditarik kembali
kerana kita tidak bersama
menegakkan kalimah-Nya.

Sebaliknya kita berpelu tubuh-
melihat saudara Islam rebah
dan luluh.
Kerana kita tidak menghalang kuku besi Zionis-
terus tersenyum sinis
melihat Muslim menangis.
Kerana kita melihat laungan Intifada-
sekadar slogan mengada-ngada
tanpa menyemat di dada.

Sampai bila Islam akan ditertawa,
Sampai bila Islam akan dicerca,
Sampai bila Islam akan dihina,
Kitalah pewarisnya
yang akan membenarkan Kalimah Suci Ilahi
tidak lagi sepi bersemadi
nukilan,
Faiz Hj. Othman
Santai Puisi Canselori
"BLOODSHED IN GAZA"

Tuesday, January 20, 2009

a great picnic..

Salam mesra...

bertemankan keseronokan dan bermandikan ketenangan air sungai yang sejuknya menusuk ke seluruh tulang belulang...memang mempesonakan..siapa kata..percutian di Malaysia
membosankan???cuti-cuti Malaysia, banyak untuk diterokai, banyak untuk dilawati..huhu


'Picnic' bersama rakan-rakan dari UUM dan rombongan dari Poli..memang meriah..seperti biasa..seawal jam 10..telah pun bertolak ke Bukit Ayer yang mana perjalanan mengambil masa sekitar 45 minit jika perjalanan dimulakan dari Politeknik Pauh...
Seawal jam 7 telah bertungkus lumus menyediakan hidangan sarapan pagi untuk dibawa bersama ke 'picnic'...
dan antara hidangan yang dibawa bersama ketika 'picnic' adalah...
-Nasi Lemak Cipun
-Sambal Ikan Bilis Brandon
-Cucur Ubi Kentang Faiz
-Ayam & Sosej Marinade Cipun & Brandon
-Bihun Goreng Kak Manja
-Coselow Kak Manja
-Roti Telur & Roti Sardin Akma
-Kek Keju Blueberry Kak Jay
-Aneka air Bikarbonat

tak dapat dibayangkan betapa meriahnya 'picnic' yang telah dianjurkan nie..
walaupun keadaan air di sana tidak semeriah dulu..sewaktu kali pertama kami menjejakkan kaki ke sana..namun, kemeriahannya tetap dirasa...
suasana dingin air sungai sekurang-kurangnya dapat memberi ketenanangan kepada kami..
dapat juga kami melepaskan sedikit tekanan kerja..bersantai dan bermandi manda...

setelah penat bermain air..akhirnya kami memutuskan untuk ke Wang Tepus...melihat keadaan di sana dihujung minggu....perjalanan yang sangat mencabar telah kami tempuhi untuk ke sana..
kerana keadaan jalan yang berbukit dengan selekoh yang agak berbahaya...memang sangat menguji..bagaimanapun..keberadaan kami di wang Tepus merupakan satu perjalanan yang menarik..kerana kami tidak melepaskan peluang untuk masuk ke sempadan Thailand..berada di sempadan Thailand tidaklah terasa juah dengan Malaysia kerana ada budaya di sana yang mirip dengan Malaysia...betapa indahnya percutian kami di Perlis..memang mengujakan...

dalam perjalanan pulang, kami telah singgah di Nursery Anggur yang mana kami dapat melihat pokok anggur yang sedang berbuah..memang menarik..apapun..semoga percutian sebegini akan dapat kami ikuti lagi selepas ini..memang satu perkara yang sukar untuk dilupakan di ketika masa yang ada di UUM hanya berbaki beberapa bulan cuma...

-angin tanpa suara-

Wednesday, January 14, 2009

Mek Mulung @ Taman Budaya Negeri Kedah


Salam mesra..

Sekembalinya aku dari menyaksikan sebuah pementasan yang gah bersahaja dan reka cerita yang punya nilai budaya...semoga budaya Mek Mulung takkan terus kelupaan dan takkan tinggalnya usang ditelan zaman..
karyanya segar dengan sarat cerita yang masih berakal...
garapan dan jalin gabung yang mantap membuahkan pesona cerita yang memukau..

persembahan mek mulung malam tadi yang sangat istimewa..dan itulah jemputan ku untuk kali pertama menyaksikan pertemuan antara karya dan bakat yang ada...di pentas Auditorium Taman Budaya Negeri Kedah..memang merupakan satu pengalaman yang tak mudah dilupa..
lenggok tarian dan lunak suara..memukau sekalian yang hadir..tak kurang juga..jenaka bersahaja membuat hadirin bersama dan turut serta mengembara...

kehadiran pelakon jati Negeri Kedah, Kartina Aziz..turut menambah seri malam yang begitu indah..


Seperjuangan menyemai seni di hati...

-faiz hj. othman-

Tuesday, January 13, 2009

Anugerah Citra Budayawan Terbaik

Salam mesra..angin bersuara lunak dengan gaya sepoi bahasa..kembali menjengah dunia yang penuh dengan onak duka...

berakhirnya Karnival Kebudayaan dan Kesian (3K) merupakan satu pengalaman berharga yang pasti sukar dilupakan ketika diri mula meniti hari untuk tidak lagi di sini...kemeriahan karnival dapat dirasakan kali ini dengan penganjuran yang julung kalinya dibuat bersama dengan Karnival Usahawan IPK..memang dilihat sebagai satu usaha yang baik dan kerjasama yang menguntungkan..

percubaan menganjurkan Karnival 3K untuk tempoh 5 hari sangat memberi impak mendalam terhadap masyarakat kampus UUM..penganjuran sebegini dilihat sebagai usaha yang bernas dan idea yang segar dalam menggabung jalinkan semangat keusahawanan tanpa menolak nilai kebudayaan..tahniah kepada seluruh tenaga kerja danproduksi yang menjayakan Karnival Kebudayaan dan Kesenian (3K)...semoga usaha ini akan terus disambung sebagai penjana ekonomi negara serta penyambung warisan budaya...

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada seluruh penerima Anugerah Seni UUM 2008 yang telah menerima penganugerahan daripada pihak Pusat Budaya dan Seni serta UUM...
terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga Pusat Budaya dan Seni terutamanya Cik Marlina Manja yang telah banyak menyumbang jasa dan menggilap bakat yang ada sehingga aku mampu berada di sini untuk ke tahap ini...terima kasih atas kepercayaan semua kepada diri ini untuk menerima penganugerahan tertinggi Anugerah Seni UUM 2008...
iaitu........
ANUGERAH CITRA BUDAYAWAN TERBAIK
satu pengiktirafan tertinggi yang pernah aku terima...jutaan terima kasih buat semua...
salam menghulurkan senyum dalam tangis....
buat sahabat dan saudaraku yang menangis....
mangacarakan Majlis Perasmian Karnival Kebudayaan & Kesenian (3K)

penyampaian hadiah kepada juri Anugerah Filem Pendek UUM 2009

mengacarakan upacara penyampaian hadiah Malam Bintang Utara 2009



menerima pengiktirafan daripada TNC HEPA UUM sempena Anugerah Seni UUM 2008

sebagai penerima Anugerah Citra BUdayawan Terbaik

-angin tanpa suara-

Friday, January 9, 2009

Karnival Kebudyaan & Kesenian (3K)

Salam mesra...hari-hari yang telah lama berlalu..dan sepi menyelubungi diri..mana taknya,,sibuk dengan kelas dan assgnment..n yang pasti tugasan yang dah menjadi lumrah aku di UUM nie tak lain tak bukan bertugas sebagai seorang 'emcee' dan juruhebah di Radio Kampus UNIUTAMA.FM..

sejak 2 hari lalu..diari hidup ku sibuk dengan penganjuran Karnival Kebudayaan dan Kesenian (3K) yang mana pada satu ketika dulu karnival ini merupakan idea dan cetusan ilham dari aku dan rakan-rakan di Kelab Penyiaran...dan kini, karnival Kebudayaan dan Kesenian telah menjadi aktiviti tahunan Pusat Budaya dan Seni (PBS) UUM. Bermulanya episod 3K 2009 pada tanggal 7 Januari 2009 di mana aku ditugaskan untuk mengacarakan majlis yang sungguh meriah..iaitu Majlis Pelancaran Karnival 3K

Saturday, January 3, 2009

akhirnya ku akhiri..

ku akhiri musim kemarau ini dengan indah dan berseri..dan angin seperti biasa akan kembali menyapa untuk berabad lama dan bertahun masanya tetap kan sama...

salam tahun baru 1430H...2009M...untuk memulihkan kembali sarat semangat...
menyulam semai rasa yang baru dan hakikat duga yang menunggu..bakal ku hidu sebak mesranya terang kelabu...hidangan hati yang menjadi intipati dan turut berseri ruang hari2...

untuk tahun 2009..akhirnya akan ku akhiri kemarau di bumi ini..harapnya bermusim kemarau ini takkan panjang serta menguntum bunga indah kan menyusun gerbang jalan..serta menyambut hadirnya semilir baru yang bakal ku tuju...

untuk seperjuangan yang tak kan selamanya ku mengenal..aku akan hilang..dalam terang yang telah kalian simbahkan warna..terkadang suram dan kusam..tak kurang juga..hebat warnyanya sengat semangat...

untuk peneman hati yang sudi kemudi jalanan jauh dan harungi tiap ranjau kalaupun tanpa duri..dengan penuh tenang hati...dan tatap ku akan kembali pada tiap butir dan inci bicara yang luahnya dari jiwa...kan ku cuba jauhi hati dari dengki dan irinya hati..

untuk sebuah kuntuman bahagia..keluarga yang telah banyak menyumbang tenaga dan jasa...serta banyak menjadi buahan tenaga....aku takkan menjadi bunga yang kudupnya megah berdiri tanpa jatinya kaki...

dan untuk sekian kali..aku akan terus kembali menyemai budi dan terus menyumbang bakti..kalaupun hanya setengah inci...tak sarat inti..aku tetap akan berdiri mencari makna diri..biarpun berteduh mentari..kan ku jalani hidup ini....
angin akan terus sembunyi..dan hadirnya tak perlu dikhuatiri..kerana angin sentiasa di sisi..
salam keabadian di muka lembaran....

-angin tanpa suara-