Tuesday, April 28, 2009

asthma lagi..

salam mesra buat semua rakan2...
hari nie...angin sekali lagi telah diserang dengan penyakit asthma @ semput @ penat @ lelah..
macam2 orang sebut tentang asthma nie..katanya penyakit nie memang susah nak sembuh..apapun semua 2 kuasa tuhan..kita nie hanya kena ikhtiar sedaya kita..
segalanya bermula ketika angin lahir dalam 2 bulan selepas angin lahir..angin punya jantung telah terkena jangkitan kuman..mungkin disebabkan itulah angin telah terkena penyakit ini..bagaimanapun..menurut salasilah keturunan juga..keturunan sebelah ayah dan mak memang ada penyakit asthma ini..dan ada juga yang kata penyakit nie memang disebabkan oleh keturunan..hmm..apa2pun..ada hikmah disebalik segalanya kan??
angin redha dengan segalanya...makanya, angin telah berikhtiar dengan mendapatkan ubat2an buat bekalan angin di saat2 memerlukan..bila terkena penyakit nie..angin benar2 memerlukan bantuan ubat2an..dan tak kurang juga bantuan nabulizer yang sangat angin perlukan...

menurut pendapat pakar..asthma merupakan penyakit yang melibatkan sistem pernafasan yang kronik..perkataan kronik benar2 menakutkan angin...hehe
angin pernah dimarahi doktor kerana lewat mendapatkan bantuan pernafasan bila terkena serangan asthma dan menurut doktor tersebut..perkara kelewatan itu sepatutnya dielakkan kerana boleh membawa kepada maut..maka, kini angin benar2 berhati2 dengan serangan asthma..jika terasa sikit je sesak nafas..maka angin dengan segera terus mendapatkan ubat2an angin....susah juga kalau hidup nak kena bergantung dengan ubat nie...hmm...
alhamdulillah...angin kini boleh terus melakukan tugas2 harian angin dengan selesa tanpa rasa sesak nafas..apapun angin kena berjaga2 dan sentiasa berhati2 dengan aspek pemakanan angin...jika tersalah makan, maka risiko untuk angin terkena serangan asthma adalah tinggi...walaupun angin telah sembuh dari asthma..namun, kesan dari ubat2an yang angin makan sebentar tadi masih lagi terasa...kebas2 tangan, perut terasa kosong n pahit lidah..
apapun kesan 2 adalah lebih baik berbanding asthma yang takl tahulah macam mana angin nak gambarkan betapa peritnya sakit 2..
angin akan belajar untuk tidak mendedahkan diri kepada faktor2 yang mendorong angin terkena serangan asthma itu...

menggagau..

salam mesra...
angin untuk malam nie sebenarnya tak berapa nak sengaja untuk meng'upload'kan entri kat blog...maka angin dengan tetiba membuat keputusan dengan penuh drastik..terus ke pekan Jitra untuk ke cyber cafe..tujuan utama..bukanlah untuk meng'update'kan diri..cuma hanya untuk mendapatkan nota kuliah..untuk exam lusa..maklumlah, remaja zaman sekarang nie..suka sangat bekerja di saat minit yang terakhir...(macam main bola la plak)..
maka,angin telah keluar ke Jitra untuk dapatkan nota kuliah dalam email kawan angin...btw tahniah kepada angin kerana berjaya juga mendapatkan nota tersebut..dan jutaanm terima kasih kepada Nathasya Mohd Kamal atas kesudian beliau membenarkan angin membuka email beliau..thank babe...
apa2 pun..sebentar lagi angin bakal pulang dan memulakan proses study..haha..semoga angin berjaya k..

Saturday, April 25, 2009

Kereta Baru..

salam mesra...

angin kembali setelah berpenat pulang dari membeli belah kelmarin...lenguh2 badan n sakit kepala dibuatnya..


sejak kebelakangan nie..angin begitu teruja memandu kereta baru yang mak angin beli...itu semua berkat ketabahan dan kegigihan seorang ibu..mencari rezeki lebih buat keluarga...mak angin telah membeli kereta tersebut berkat kesungguhan beliau meniaga burger di MRSM Kubang Pasu..angin begitu kagum dengan ketabahan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mak angin...tahniah mak...


akhirnya, mak mampu buktikan pada semua yang mak juga boleh berjaya seperti orang lain...
maka...kini,mak angin telah memiliki kereta Proton Saga Baru berwarna Granit Grey...hehe..
angin pun teruja n seronok bawa kereta baru..bukan sebab apa..cumanya,kereta tersebut adalah auto..senang ckit angin nak bawa kali nie...

Thursday, April 23, 2009

Kedah Communication & Events

Salam mesra...
angin kembali lagi setelah sekian lama tidak kembara di tanah ini...hehe..
angin hanya ingin kongsikan bersama dengan semua tentang kisah suka dan duka angin yang bakal menjalankan latihan praktikal tidak lama lagi..
mungkin dulu, angin begitu teruja untuk menyatakan kepada semua bahawa angin bakal menjalankan praktikal di TM, Alor Star..nampaknya rezeki angin tidak berada di sana..permohonan angin untuk menjalankan sesi praktikal di sana telah ditolak...begitu kecewa angin rasakan bila mendapat tahu tentang berita tersebut...namun, apakan daya..memang tiada rezeki....namun, kekecewaan itu, telah diisi dengan berita bahawa angin telah diterima untuk menjalani latiha praktikal di Kedah Communication & Events..di Bangunan Bina Darulaman Alor Setar, Kedah..
pertama kali mendapat tahu tentang perkhabaran itu, angin tidaklah begitu gteruja kerana syarikat tersebut tidak pernah angin ketahui kewujudannya..setelah angin melawati laman web mereka...baru angin ketahui bahawa mereka sebenarnya merupakan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kedah..dan antara kerja2 yang dilakukan oleh syarikat tersebut ada;ah tidak lain menganjurkan majlis dan acara2 peringkat Negeri Kedah serta menjalankan tugas 'Public Relation' dan 'Media Relation' untuk kerajaan Negeri Kedah...
apapun, semoga angin mampu untuk menjalankan tugas dengan baik di sana..

Wednesday, April 22, 2009

kau aku..

salam mesra...

buat semua rakan2 yang berasa susah untuk melihat kelibat angin di UUM..ketahuilah bahawa angin kini telahpun berfoya-foya di rumah..menikmati indahnya hari2..banyak benda yang angin perlu lakukan di rumah walaupun hakikatnya angin benar2 rindukan suasana kampus yang tak sampai sebulan bakal angin tinggalkan...
angin kini tinggal lagi 2 paper yang bakal angin duduki di semester akhir ini..doakan kejayaan angin dan rakan2 k..apa2pun..angin cuba untuk lakukan yang terbaik..kerana masa depan angin hanya angin yang mampu untuk corakkan..
kepada rakan-rakan..mari sesama kita harungi dunia ini dengan penuh cekal..dan bekal..

tiada apa yang angin ingin coretkan...hanya sekadar luahan rasa betapa angin benar2 sayangkan rakan2 seperjuangan dan bakal merindukan mereka semua serta segala kenangan yang telah kita lakarkan selama tiga tahun bersama..susah payah,..dan segala senang lenang yang telah mematangkan kita...angin susuli segalanya dengan pohonan ampun andai selama perkenalan yang telah membawa kita ini..angin telah banyak melakukan dosa..yang mulut telah terkeluar kata yang mengata...dan yang rasa telah membenak benci di dada..maafkan angin seadanya...

buat rakan2 seperjuangan..ini ku abadikan buat semua...
dari Aizat..Kau Aku..Ost Merah Putih..

Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada

Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Chorus :
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba

Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Ooohhh….
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Biar sampai akhirnya nanti

Ooohhh..Oohhh..Ooohhh



kepada rakan2....angin bakal kembali semula dengan kenangan baru..
daaa...muahhh

Wednesday, April 15, 2009

Audit Dalam Komunikasi-CCA 3023

Salam mesra buat semua...

angin dalam keadaan yang begitu teruja dan mengasyikkan tengah mendengar kembali dan memainkan berulang kali persembahan Dato' Siti di Royal Albert Hall beberapa tahu lalu..begitu membanggakan dan mengujakan..

dan angin malam nie..sepatutnya telah pun menjejakkan kaki ke rumah..namun ada beberapa perkara yang angin lakukan yang membantutkan hasrat angin untuk pulang ke rumah pada malam ini..

pagi nie..dalam jam 8.30 pagi..angin telah berperang dengan ujian getir peperiksaan akhir semester untuk paper Audit KOmunikasi..buat mereka yang sama aliran dengan angin menuntut ilmu Komunikasi di universiti..ketahuilah bahawa komunikasi juga perlu diaudit untuk mengetahui sejauhmanakah keberkesanan dan kelancaran proses komunikasi yang berlaku...dan sekarang nie..angin terlalu konfius dan bingung sendirian kerana angin sendiri tidak mengetahui bagaimana untuk mengaudit intracommunication yang bermain dalam fikiran angin pada ketika ini...ketahuilah rakan-rakan seperjuanganku bahawa angin telah berada pada tahap daya upaya tinggi untuk menggoreng sehingga rentung soalan exam pagi tadi..bukan nak membuktikan yang angin tak membaca buku sehingga tak mampu menjawab soalan..namun, hampir keseluruhan dewan berperasaan yang sama dengan angin iaitu ingin melepaskan sahaja soalan yang mebuatkan kami konfius itu tanpa dijawab...sedih betull..agak trauma dalam menjawab soalan tadi...arrgghh..lari

untuk pengetahuan semua..hampir 45 minit angin berteleku sampai beku dalam dewan yang serba dingin itu tanpa berfikir apa2 kerana angin sendiri dah tak mengerti untuk berfikir...45 minit angin tak bergerak dan merenung nasib kerana tak mampu untuk meneruskan sesi soal jawab exam...maka seperti gambar itulah ketermenungan angin pagi tadi..tapi x dela sampai tertidur dengan tidak mengingat dunia...

maka,angin kini telah pun bersedia untuk kembali seperti keadaan itu semula untuk lagi 3 paper yang berbaki..doakan kejayaan kita semua untuk kesejahteraan bersama..k bye2..

Tuesday, April 14, 2009

berbaki lagi sehari...

salam mesra..
buat semua rakan-rakan yang mana telah bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran..tahniah angin ucapkan kepada semua...angin tak mampu untuk menungkus sampai lumus...sebabnya angin terasa kurangnya peruntukan masa yang berbaki untuk angin mengulangkaji pelajaran di saat genting walau bukan berada di genting...
untuk makluman bersama..angin kini baru sahaja selesai taklimat Praktikum bagi semua siswa jurusan Sarjana Muda Komunikasi sesi A082 UUM..
terkadang angin rasa amatlah teruja untuk menjalani sesi praktikum..tetapi terasa cuak dan risau juga untuk menjalani sesi latihan praktikum tersebut yang hanya berbaki lagi 2 bulan...
taku tak mampu nak sesuaikan diri dengan keadaan..apa2 jelah..

0k,berbalik kepada apa yang berbaki lagi sehari adalah sesi peperiksaan akhir semester angin untuk semester akhir ini..teruja untuk menamatkan pengajian yang angin telah ikuti sepanjang 3 tahun ini..esok..bermulanya satu cubaan yang getir.
buat rakan2..doakan kejayaan angin dan angin berharap untuk semester akhir ini..angin berjaya mencapai keputusan yang membanggakan..semoga angin juga berjaya merealisasikan impian semseter akhir ini...untuk rakan2 seperjuangan..harungilah detik esok dengan penuh kegemilangan dan berintegriti..salam maju jaya buat semua...

Monday, April 13, 2009

HAppy Anniversary..


SAlam mesra..

dikesempatan yang ada..angin ingin mengucapkan 'Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke-25' buat kedua pasangan bahagia..bonda dan ayahanda tercinta angin..
selamanya telah melayari bahtera rumahtangga dengan badai dan cabaran yang melanda..ma dan abah berjaya mengahrunginya dan mampu membuktikan kepada semua..bahawa rumahtangga yang dibina masih mampu berdiri dengan segala kekuatan dan kelemahan yang ada..ameen...semoga selamanya berbahagia...

kemenangan yang dijangka(ABP-BH'08)

Salam mesra...

angin kembali setelah bercuti dan merehatkan diri serta menenangkan apa yang berada dalam ketegangan..kali nie..angin telah bersedia untuk menempuhi segalanya yang bakal memungkinkan angin untuk berombak semula...
angin telah menyediakan diri dengan sesedianya mungkin untuk berhadapan dengan peperiksaan akhir semester..harapnya ini menjadi kenangan untuk sepanjang 3 tahun pengajian di sini..

angin telah berada di UUM semula setelah merehat dan memanjakan diri di rumah bersama keluarga...beberapa agenda yang telah direncanakan oleh angin dan keluarga sepanjang angin berada di rumah..hari pertama tiba di rumah (Khamis-9/04/09)..angin tiba di rumah sekitar jam 6.00 petang dengan bertemankan Cik Manja yang telah banyak membantu angin dan menyumbang jasa kepada angin untuk menghantar angin pulang ke rumah setiap kalinya..tiada apa yang menarik untuk hari Khamis melainkan angin dan keluarga telah dikunjungi oleh Makcik yang datang bertandang ke rumah..
pada hari jumaat (10/04/09)..angin sekeluarga telah ke tapak perumahan baru kami..sebenarnya rumah tersebut adalah rumah lama yang keluarga angin telah beli..dan sekarang adalah proses menambaih baik semula struktur rumah tersebut supaya sesuai dengan keadaan semasa dan mampu didiami dengan selesa..rumah tersebut adalah rumah semi-d dan angin teruja untuk menantikan sempurnanya rumah tersebut untuk kami sekeluarga diami..
pada hari sabtu..(11/04/09)..jadual angin dan keluarga telah terisi dengan aktiviti penjualan yang biasa..tapi sebelum memulakan aktiviti penjualan..angin telah mengejarkan diri ke Hospital Jitra untuk mendapatkan bantuan Nabuliser kerana di pagi hari telah diserang Asthma...maka, dcengan penuh ketabahan, angin telah ke hospital untuk mendapatkan rawatan..setelah itu, baru angin membantu bonda tercinta meniaga burger di MRSM Kubang Pasu..kebetulan pula, ada majlis Minggu Bahasa Peringkat Zon Utara di MRSM tersebut, maka sambutan jualan sangat menggalakkan..untuk hari ahad pula..(12/04/09)..angin sekali lagi ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan Nabuliser..memang agak teruk la asthma angin kali nie..jam 2.00 pagi angin telah mengejutkan bonda dan ayahanda tercinta untuk bawa angin ke hospital..disebabkan asthma angin untuk kali kedua ini begitu teruk, maka angin tak mampu untuk memandu sendirian...sebelah malam pula, sebelum bermulanya majlis Anugerah Bintang Popular Berita HArian 2008..angi sekali lagi mendapatkan rawatan Nabuliser untuk kali ketiga dalam tempoh 2 hari..dan kali nie..di Poliklinik Perubatan Kubang Pasu..
setelah selesai mendapatkan rawatan, angin kemudiannya menyaksikan malam kemuncak ABP-BH dengan jayanya...

bercerita mengenai ABP-BH 2008..segala kemenangan yang berpihak kepada meraka yang berjaya adalah seperti ramalan yang telah dijangkakan..walaubagaimanapun, tahniah kepada semua pemenang...dan itulah selera rakyat MAlaysia..undian anda menentukan kemenangan dan populariti mereka..pertamanya..tahniah buat NAbil kerana berjaya merangkul 3 anugerah dan membawa pulang gelaran Bintang Paling Popular 2008..
juga sekali lagi tahniah buat Dato' Siti Nurhaliza atas kejayaan berturut-turut yang berjaya meletakkan beliau berada terus di hati peminat..tehniah buat semua..dan akhir kata, angin yang telah beberapa kali menjadi pengacara di UUM nie..angin juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-dua pengacara yang berjaya menambat hati penonton dan mengendalikan acara dengan jayanya..angin percaya...bukannya mudah untuk mengendalikan acara sebegini..
tahniah kepada Berita HArian selaku penganjur..

Tuesday, April 7, 2009

JAsa Diraut KAsih Terpaut

4/04/2009

Angin telah dijemput untuk ke majlis makan malam anjuran Kelab Penyiaran dengan kerjasama Kelab Teater Warna..memang mengasyikkan dan syahdu..maklumla, di sem akhir ini..banyak yang telah dikongsikan bersama..dan angin bakal meninggalkan kenangan ini...
yang pastinya, acara grand dinner ini memang menyeronokkan..mengenakan tema 'The Unity Of Black & White Gala'..masing2 dah macam tahi cicak pun ada..hehe

yang pasti..pelbagai kenangan yang angin telah kongsi bersama dengan rakan-rakan tak mampu di jual beli..yelah..siapa sanggup jual kenangan dan siapa pulak nak g beli..
antara hidangan pada malam tersebut adalah
-satay sedap ntah pakcik mana yang buat
-puding dan kek coklah hadiah dari Mak Nina
-bihun goreng Singapore yang digoreng di Sintok je
-air sarsaparilla..2 nama klasik bagi Sarsi

Desert Fruit & Cream...sedap

Salam mesra..
Angin hari nie..masih samar-samar lagi hala tuju yang benar-benar angin perlu tuju..cadangnya angin ingin pulang ke rumah..namun, ada beberapa perkara yang menghalang dan menjadi penghalang kepada kepulangan angin..
hari ini adalah Selasa (7/04/2009)..kebiasaannya, keadaan di UUM tatkala munculnya selasa..UUM akan sunyi sejenak..namun, kebiasaan untuk kali ini telah bertukar..masing2 di Kolej ku ini..telah dalam keadaan segar bugar menampakkan diri di pagi hari..pelikkan bila time2 cuti..bebudak lelaki ini...bangun pagi dengan redha..tapi..itulah yang berlaku..rupanya baru angin menyedari hakikat mengapa terawal bangun...masing-masing buat persiapan untuk ke majlis makan malam pada malam nie..masing2 terasa ingin menonjolkan kecantikan diri..semuanya telah sibuk dengan persalinan masing2 yang akan dipakai malam nie...

sebenarnya bukan topik makan malam menjadi keutamaan angin..angin nak bercerita betapa teruja dan kagumnya angin merasakan sesuatu yang begitu ganjil di UUM nie..sebenarnya, angin tak pernah tahu dan tak mungkin akan tahu..betapa di UUM wujud nya makanan sebegini..satu perkara yang menakjubkan...
angin dapatkan minuman yang sangat menyelarakan ini di Kolej Kediaman Bukit Kachi..
bayangkan di tengah petang yang suam-suam..angin telah dipelawa oleh rakan untuk menikmati minuman enak ini..ok.cara pembuatan minuman :
-pertama dapatkan nata de coco dengan pelbagai perasa..
-kedua pak cik kedai akan mengisar ais batu menjadi serbuk2 halus
-ketiga pakcik mencurahkan air gula pelbagai perasa ke dalam ais tersebut..
-keempat pakcik meletakkan 2 biji buah strawberi
-kelima pakcik memasukkan buah beri ke dalam air tersebut
-keenam pakcik meletakkan buah limau hirisan halus di bibor cawan..
-ketujuh pakcik meletakkan krim sedap.....(x tau apa nama krim 2)
-kelapan pakcik meletakkan dua skop ais krim ke dalam minuman tersebut
-kesembilan pakcik meletakkan topping krim coklat ke atas minuman tersebut
-untuk menjadikannya 'step' nya sepuluh..hidangan ini..telah siap untuk dihidangkan...hehe

*tetiba terasa teringin untuk menjemput Nasrul membawaku menikmati hidangan ini..huhu...joM!!!!

Monday, April 6, 2009

berbaki lagi 3 hari..

Buat semua..salam mesra..setelah menyedari hakikat bahawa setalah sekian lama tidak menonjolkan diri di ruangan ini..angin kembali lagi..dan kali ini..dengan penuh keterujaan..(macam betul je ayat nie..hehe)angin telah bersantai semual di Libry..

buat semua kenalan yang mengikuti perkembangan angin..tahniah angin ucapkan untuk diri sendiri..akhirnya untuk tempoh pengajian sepanjang tiga tahun di bumu bertuah ini..angin terasa suka untuk menyatakan bahawa tempoh pengajian angin untuk semester akhir ini..hanya berbaki lagi tiga hari..

bermacam ragam dan perasaan bermain dalam benak ketika ini..bercampur dan bergaul..lazimnya..angin akan berasa gembira dengan perkhabaran yang angin bakal menamatkan pengajian..InsyaAllah...dan yang pastinya..angin bakal berasa syahdu dan sayu mengenangkan betapa angin harus meninggalkan sesi perkenalan dengan rakan-rakan dan jutaan kenangan yang telah angin coretkan..

jadi..kepada rakan-rakan..ketahuilah hakikat sebenar pertemuan..yang bertemu akan juga bertemu dengan pengakhiran..dan pertemuan itu telah menciptakan rasa cinta dan sayang yang berkekalan..semoga persahabatan kita akan terus kekal..ameen..
buat pensyarah yang telah banyak menyumbang jasa dalam menjadikan anak didik bangsa yang tidak lupa pada akar diri buadaya dan sentiasa seiring dengan ketamadunan dunia..angin akan sentiasa mengikuti segala nasihat dan tuturan kata akan angin manfaatkan agar angin tidak leka dalam mengejar hakikat dunia...
buat UUM..angin tak mungkin dapat melupakan hakikat yang telah mengajar angin erti jatuh dan bangunnya dalam meniti setiap langkah di dunia..
dan angin akan sentiasa berpegang pada 'Ilmu, Budi, Bakti' yang sering kita jadikan sandaran dalam pelbagai lapangan ilmu di sini..terima kasih yang tidak terhinggan buat UUm dan seluruh warganya..

akhirnya..angin kini akan mula terasa kecilnya diri..bila mula melangkah jauh ke luar dengan dimensi yang baru..yang bakal angin tempuh..doakan perjalanan angin yang masih jauh ini..akan sentiasa diisi dengan ujian dan cabaran yang bakal mematangkan diri angin..tahniah dan terima kasih buat semua...

tulus dari hati
-faiz hj. othman-