Sunday, March 14, 2010

Melihat Ketamadunan Kita


salam seusai pagi..
menjengah memori..

kembali bertubi..

rahsia hati..

dan korek isi bumi..


kita akan terbiasa dengan katanya Tamadun Bangsa..
dan kita juga sering kali percaya bahawa tamadun yang kita bina..adalah tamadun yang paling berjaya..
namun, pernahkah kita percaya kalau ada tamadun yang tidak berdaya untuk menjadi penggerak gaya dan nadi nusa..

baik kita singkap kembali, bagaimana sejarah ketamadunan bermula..
mulanya tidak sepayah mana..yang pasti tamadun bangsa dan peradaban dunia telah banyak mengajar kita..
seringkali kita terdidik akan menjadi manusia yang tinggi tamadunnya..
tapi, seringkali itulah kita lupa akan intipati ketamadunan yang mendesak kita...
kita perlu ada ini..dan kita perlu jadi begini untuk memenuhi kehendak ketamadunan bangsa..

seusia kita mengenali erti tamadun..pernahkah kita tanya akan apa jasanya tamaduan dunia pada kita???
tentulah banyak rencana dan peradaban yang kita culik dari ketamadunan yang telah tercipta lama...
tapi, yang peliknya..sejauh mana kita bertindak menggunakan akal fikiran kita untuk bergerak dan mengarak tamaduan itu menjadi corak perincian kita..
kita tidak akan pernah lihat tamadun yang tercipta kalau ia tidak musnah dek sikap kita..
kalau dulu ia tercipta..dan mereka mendapat nama atas penciptaan itu..
kita juga mengukir nama..tapi sebagai pemusnah tamadun bangsa..
kenapa perlu jadi begitu???
sehebatnya kita dikurnia akal yang melangit..kita tetap tak mampu bertindak seusia tamadun lama..

kalaupun payah untuk kita bina tamadun dunia seperti yang lama...
baik kita jadi mudah untuk mengekalkan apa yang telah ada..
..bukannya mendabik dada.."siapa yang berjaya memusnahkan tamadun bangsa dengan sekelip mata"

kita bercakap dan melihat dengan mata dan usik suara..
kita berjaya mencipta nama dengan bangga dan gahnya kita..
sedangkan kita lupa banyak yang terabai tanpa nama dan maruah mereka entah ke mana..
itu maruah anak bangsa..yang di canang sebagai tinggi tamadunnya..
singkapkan rasa didik kita pada budaya lama yang mencetuskan peradaban dunia..

SETINGKAH BERTINDAK >>>
SELANGKAH BERPIJAK >>>

serangkap hidup..

selamanya aku melihat akan jiwa yang datang...
bertandang dan menumpang..
adakalanya aku suka akan hadirnya..
dan ada kala juga aku muak pada tiap yang bicara..

sebenarnya, kita pernah rasa setiap apa yang kita akan lakukan pada orang lain..cumanya kita sendiri yang belum mengerti dan tidak melihat sendiri benarkah apa yang kita lakukan adalah apa yang kita mahukan..
kita sentiasa berfikir itu dan ini pada setiap orang yang datang sekeliling kita..
sedangkan kita tidak pernah terfikir akan apa reaksi orang bila kita mengelilingi mereka..
kita akan sedar roda yang berputar itu, bila kita sendiri rasa apa yang telah kita lakukan..
kalaupun kejam tindakan kita pada orang..
takkan pernah mustahil untuk orang lagi bertambah kejam dengan kita..
putaran roda ini..adil dan saksama...
kalau kita bersikap bangga pada setiap apa yang kita ada..
entah esok atau lusa..ianya akan pergi dan bukan lagi milik kita..
seharusnya kita syukur pada tiap yang kita miliki..
bukannya bangga tanpa ada rasa rendah diri..

selagi kita menghuni bumi ini..
jangankan pernah kita berani untuk meninggi diri..
kalau sekali kita meninggi..
akan datang sepuluh lagi yang lebih tinggi..
dan percayalah..ada yang Maha Tinggi..

kita sering bicara tentang hati..
tapi jauhnya kita untuk menjangkau hati orang lain..
sedangkan hati sendiri tak pernah kita rasa terisi..
inikan pula hati orang lain..yang kita sibuk benar untuk mengisi..

pernahkah kita terimbau dengan tiap jalanan yang kita lalui???
pernahkah kita temui apa yang kita cari???
selagi kita bisukan hati untuk terus mencari..
sampai bila pun belum pasti kita temui..
jalanan ini berduri..dan biarlah duri yang terkena kaki..adalah duri yang bukan selalu kita temui..
nescaya kita akan kenang akan duri yang tiap kali menyinggah di kaki..