Wednesday, March 25, 2009

Rombongan ke Perak




SAlam mesra...
aku di saat ini tengah teruja walaupun baru mamai2 banguin dari tidur yang amat la lenanya..
tetiba rasa teruja untuk menjemput rakan gosip partner yang sangat bagus..Raja Norliana..
tiada apa yang menarik untuk diceritakan..cuma perkongsian rasa berhijrah ke negeri Perak pada Jumaat yang berlalu..
20/03/09 (Jumaat)

Setelah selesai menyempurnakan misi pengambaran yang dirasakan sempurna..berangan je sebenarnya..dapat berita sedih atas kematian ayahanda kepada rakan seperjuangan..kami mengambil keputusan(memang keputusan terpaksa diambil dan dijemput segala)..untuk ke Perak menziarahi rakan sekeluarga..

Kami bertolak dari UUM ke Jitra jam 7.00 malam..dan tiba di kediaman rasmi Cik Marlina pada jam 7.30 malam..setibanya di sana, kami sekali lagi mengambil keputusan untuk ke restoran..makan2.hehehe
jadi, secara rasminya..dalam tentatif, kami bertolak ke Perak sekitar jam 9.00 malam...dalam perjalanan yang menggembirakan..dengan suara riang ria....tetiba terasa simpati kepada pemandu..kerana beliau baru sahaja pulang dari Kelantan dan tiba di Kedah jam 5.00 petang..dan kemudiannya terpaksa meneruskan pemanduan sekitar jam 7.00 sehingga 11.00 malam..pemanduan secara terus-terusan selama 2 hari suntuk..hehe..memang suntuk...
kami tiba di Perak sekitar jam 11.00 malam di rumah rakan seperjuangan..takziah kepada keluarga rakan ku...secara rasminya..kami telah ke Menglembu untuk mendapatkan hotel di sana...ok..keadaan hotel masih lagi terkawal..dan sebenarnya cantik je
beralih keesokan harinya,kami kembali ke rumah rakan ku ini..dan kami menziarahi pusara dan seterusnya kami beransur pulang ke kedah...sebelum kami pulang ke kedah, kami telah ke Bandar diraja Kuala Kangsar..perjalanan yang meriah..dan di Kuala Kangsar, aku dan rakan-rakan melepaskan keinginan dengan makan sambal tempoyak..perh..sedap giler..
di Kuala Kangsr, kami telah singgah di Masjid Ubudiyah..dan kami juga melihat keadaan istana lama..dari Kuala Kangsar, kami ke Sayong dan melihat industri pembuatan labu Sayong..begitu mengujakan...
apa yang pasti kami pulang ke kedah dengan pelbagai rasa..dan tiba di kedah pada jam 9.00 malam..perjalanan yang mengasyikkan..mempesonakan..hehe

hotel di Menglembu yang menempatkan kami
Istana Lama
pembuatan Labu Sayong


Tuesday, March 24, 2009

Shooting iklan corporate advocacy II (pemanasan global)

Salam mesra..

aku kembali lagi..setelah sekian lama menyepi..sunyi dan sepi tanpa sebarang bunyi...
setelah menghabiskan sisa-sisa minggu di luar negeri Kedah..aku terasa aman dan tenang sekali..meminggirkan diri dari segala kekusutan (memang diri sangat kusut masai)
pertamanya..aku begitu gembira untuk menceritakan detik-detik dan saat-saat menjalankan penggambaran untuk iklan kedua aku bagi semester ini..iklan ini agak merunsingkan sebenarynya..kerana setelah beberapa kali tajuk aku telah ditolak oleh pensyarah agar memilih tajuk lain..jika tak salah dari segi kiraan..hampir tiga kali kami satu produksi menyerbu pensayarah untuk membenarkan kami menukar tajuk..namun, kami telah diberi untuk menjalankan penggambaran mengenai 'pemanasan global'..sebenarnya..tajuk yang diberi..terasa bagai cabaran yang mendatang..arrgghhh..susah jugak rasanya tajuk 2..

ok..di hari penggambaran berlangsung pada : 20 /03/2009 (Jumaat)
baik...kami telah bertungkus lumus..bergegas..apa lagi perkataan yang menunjukkan kelam kabut dan tergesa-gesa???hmm..itulah keadaan kami..telah keluar ke lokasi penggambaran pada jam 9.00 pagi..dan seterusnya kami ke Taman Universiti mencari pelakon seciliknya dan sekecil molek..memang produksi ini memerlukan pelakon kanak-kanak..bukankah terasa payah dan sukar untuk menemukan pelakon kanak-kanak yang bagus tahap lakonannya..maka, di pagi Jumaat yang terik..kami telah mengucar-kacirkan taman tersebut dan mengetuk pintu rumah makcik dan pakcik yang kami rasakan terdapat kanak-kanak di rumah tersebut..

dengan penuh ketebalan di muka..maka kami telah berjaya mendapatkan 5 orang pelakon kanak-kanak yang sangat comel dan sebenarnya punya bakat yang besar dalam bidang lakonan...(pujian untuk pelakon kanak-kanak..bestnya lakonan dorang)..

kejayaan pertama kami mendapatkan pelakon kanak-kanak kemudiannya diuji dengan langkah untuk memberi mereka keterangan mengenai peranan dan watak mereka....bayangkan, kanak-kanak berusia 5 tahun..terpaksa dilatih dengan lakonan dan menggunakan kamera..arrgghh..
bebanan sekali lagi...untuk scene ini..kami cukup berterima kasih kepada rakan produksi yang berbakat menjadi guru tadika kerana beliau telah mendidik anak bangsa tersebut mengenai peranan dan watak mereka...2 baru masalah watak..belum lagi masalah nak suruh mereka cakap apa yang mereka perlu cakap..dah la banyak perkataan yang perlu dilontarkan..maka, kanak-kanak memulakan sesi penghafalan dialog mereka...

huh.,.agak sukar sebenarnya menyiapkan tugasan ini sekalipun hanya mengambil masa selama 5 jam untuk sesi pengambaran..namun, disebabkan terlibat dengan kanak-kanak..ada kalanya kami terasa susah untuk menguruskan dan mengendalikan kanak-kanak...arrgghh..bayangkan..tengah sibuk dapatkan shot yang terbaik..tetiba kanak-kanak 2..mengadu lapar..selamat la x minta nasi..kalau x..abang2 dan akak2 produksi jenuh nak mendapatkan nasi di hari jumaat..maksudnya kedai banyak yang tutup...

ok..jadi dipendekkan cerita..iklan ini telah disiapkan dan disempurnakan dengan jayanya..baik..
tapi x mampu nak tunjukkan dekat semua iklan nie sekarang..nanti menyusul entri tentang iklan ini k..daa

Thursday, March 19, 2009

Banana Grill Chocolate Cheese

Salam mesra.
Faiz kembali dengan kesibukan yang seperti biasa..hehe..macam nak bagitau kat seluruh dunia yang Faiz betul2 sibuk dengan segala tugasan..
ok..Faiz petang nie.dah nak kena pergi ke Executive Development Centre untuk setlekan assignment..dan esok faiz akan pergi ke lokasi pengambaran untuk shooting assgnment...arrghh


sebenarnya..perkara yang menyibukkan Faiz bukan la apa yang faiz ingin kongsikan sangat..hehe..cuma rasa teruja Faiz untuk kongsikan betapa seronoknya Faiz dengan hidangan makan malam yang menarik dan unik..hehe..
sementelah menyaksikan pementasan Teater Awal & Mira adaptasi oleh kumpulan Teater Warna..memang sangat menarik persembahan mereka..

Faiz telah mendapatkan hidangan Pisang Bakar Coklat Keju yang telah dijual di gerai warga2 Indonesia di UUM nie..perrhh..memang teruja la dengan nama hidangannya 2..macam boleh buat tajuk drama la plak..hehe..rasanya memang sedap..ala2 masam ckit..dan manis buah pisang dengan sedikit rasa coklat..sangat mengujakan..jadi..lihat dan nikmatilah sendiri...kenenakan hidangan Pisang Bakar Coklat Keju..hehe



Monday, March 16, 2009

ujibakat dj Uniutama.FM & 'emcee'

Salam mesra..*&^%$#@!?}{
kebiasaannya xkan keluar pun sesimbol itu..namun telah ku keluarkan juga..atas dasar ketidakselesaan mata..bayangkan (pejam mata dan bayangkan..aku takkan pejam dan bayangkan.sebab aku takut pejam terus tertidur tanpa sempat menampakkan bayang)... terasa seperti menampakkan bantal dan selimut di pagi hari ini..aku telah menguap dengan sepenuh daya usaha dan semangat sambil memutarkan lagu sampai terasa berputar-putar di bilik konti radio...x tau la..tongkat apa yang diperlukan untuk menongkat mata..takkan nak guna TONGKAT ALI pula..di pagi hari yang dingin..aku telah mengantuk..tapi masih berusaha gigih menge'post' entri dalam blog ini..

tujuannya untuk menyatakan betapa aku gembira gila..gila pun x mungkin segembira ini..aku telah menyempurnakan 2 misi dengan jayanya (bunyi macam berjaya gila..hehe)..satunya..aku telah menjalankan seminar dengan berbaloi segala penat dan usaha..
keduanya, terasa suka menjalankan ujibakat dan menjadi juri untuk sesi ujibakat tersebut..
untuk kesempurnaan pertama :
-seminar teknologi komunikasi 2009 telah disempurnakan atas segala usaha yang telah dimainkan (Bukan main2 tau) oleh semua jawatankuasa pelaksana..
-kepada yang bersengakng mata..sehinggakan tidak menampakkan sengkang antara kedua mata..terima kasih bebanyak atas penat lelah (bukan asthma tau).
-kepada peserta seminar..thank 2 all...yang mana telah menghantar mesej dan tidak terbalas..ketahuilah..bahawa 'abg' tersangatla sibuk dengan beberapa tuagasan yang belum kutemukan kesudahannya..( ada lagi 7 assgnment untuk disiapkan dalam 2 minggu..arrgghh)

untuk kesempurnaan kedua :
-terima kasih kepada Presiden Kelab Penyiaran atas kegigihan usaha anda menjalankan ujibakat DJ Uniutama. FM..
-terima kasih juga kepada peserta ujibakat yang sangat berhemah dan bersemangat waja(takkan waja je...amik nie..satraia,perdana dan juga semangat saga) untuk mencuba bakat anda menjaadi 'emcee' dan DJ radio..thank ya
-terima kasih juga kepada en. faizul dan cik marlyna atas kesudian (xtau la sudi ke x..hehe..gurau jerk) bersama dengan kami menujibakatkan semua yang hadir..

*jadi..terimalah sedikit gelagat di bilik ujibakat..hehe

juri yang sentiasa gigih & ray-door

lihatlah ketengan ini sebelum membuat onar


kemarahan telah bangkit (selama nie marah duduk je)
setelah marah..mari tidur....tapi, kenapa orang lain gelak???heran


setelah penat marah dan tidur..Faiz telah menangis sendiri..hehe






Friday, March 13, 2009

Bidasari Mysterious Prom Nite '09

Salam kesibukan..

Faiz hari nie dalam proses keterujaan untuk melangsaikan tugasan akhir untuk subjek Seminar Teknologi Komunikasi..harap2 dapat berjalan dengan lancar..
10 Mac 2009 (Selasa)
hari nie..yang Faiz ingin kongsikan hanyalah kegembiraan ketika bersama-sama dengan rakan-rakan Biadasari..sempena dengan Majlis 'Bidasari Mysterious Prom Nite 2009'
a glorious nite..memang sangat meriah..
sebenarnya Faiz bukanla antara yang diraikan dalam majlis tersebut..sebabnya Faiz bukanlah ahli sah dalam Kelab Tarian Bidasari..seperti biasalah..Faiz telah ditugaskan dengan rasminya mengendalikan event malam 2 sebagai Pengacara Majlis...x tau la bila Faiz dapat berhenti dan berehat seketika sebagai seorang 'emcee'..tapi x pe..
perasaan faiz ketika mengendalikan Majlis pada malam 2..memang teruja sebab semuanya berpakaian ala2 nak pergi parti halloween (macam lari tema je)..tapi itulah..semuanya bertungkus lumus memastikan diri mereka kelihatan cantik dan menarik..
Faiz juga tidak ketinggalan mengenakan sepersalinan ala tuksedo dan juga Masquirade (maybe macam 2 la eja dia agaknya) yang telah Faiz buat sendiri..jaket Faiz telah disponsor khas oleh Pusat Budaya dan Seni, UUM dan mekap telah ditaja oleh A'Anz Boutiqe & Collection..memang cantik mekap yang telah ditempel kat muka Faiz..thank 2 all yang banyak membantu Faiz pada malam kejadian...thank juga atas jemputan menjayakan majlis makan malam yang menarik di akhir semester ini..

Thursday, March 12, 2009

Kasut baru..

hmm...kalau nak tahu kenapa Faiz secara tiba2 teruja untuk menulis dalam blog denga sangat banyaknya??kethauilah..bahawa Faiz kini berada di rumah dalam misi menghantar 'parents' Faiz g kl..so..bila Faiz kat umah, maka capaian kepada internet memang x de masalah..
jadi bukan menjadi masalah untuk Faiz menulis entri dengan banyaknya...hehe
ceritanya yang tertangguh ini pada hari Maulidur Rasul hari 2.. 9 MAC 2009
Faiz sekeluarga telah keluar berjalan2 menghabiskan duit poket serta menghabiskan minyak kereta..sebenarnya, di sebelah pagi Faiz telah melawat saudara mara yang telah lama tidak ketemui..jadi menziarahi di hari sambutan Maulidur Rasul.terasa betapa mulianya..hehe

so, di sebelah petang, Faiz telah keluar menuju ke Bata Alor Setar..maklumlah..bondaku yang tercinta relah mendapat maklum mengenai 'sale' gila2 yang berlaku di Bata seluruh Malaysia..
setibanya di Bata..memang teruja tak terhingga..maklumlah..agak lama tidak menjejakkan kaki ke kedai kasut..membuatkan mata Faiz berpusing mengikiut rentak lagu yang dimainkan dalam kedai tersebut..Faiz dengan tak semena2 telah menjadi perunding imej buat seisi keluarga..

so..seluruh isi keluarga telah keluar dari kedai Bata dengan jayanya dan masing2 keluar berbekalkan sepasang kasut..dan Faiz, dengan tidak sengaja telah membeli kasut ke-2 untuk tahun ini..bukannya disebabkan cantik sangat kasut 2 Faiz terus beli..tidak!!..tetapi hanya kerana harga runtuh yang membuatkan Faiz terfikir sejenak betapa tidak logiknya harga yang ditawarkan utnuk mendapatkan kasut tersebut..dengan potongan 70 %..Faiz telah keluar dari kedai Bata dengan kasut North Star yang tak berapa cantik tapi menarik..dengan hanya harga RM15..kurang logiknya untuk kasut sebegini..

ini adalah kasut yang telah menjadi milik Faiz dengan hanya harga RM 15..murahkan???tetapi yang membuatkan Faiz terasa kuang enak di hati adalah disebabkan Faiz telah terlihatkan kasut dengan jenis yang sama mungkin untuk jantina yang berbeza..juga pada harga yang sama..tetapi..dek kerana ketiadaan saiz untuk Faiz..maka, terbantutlah hasrat Faiz untuk dapatkan kasut tersebut..malangnya adik Faiz telah membeli kasut tersebut dengan bangganya..hmm

inilah kasut kegemaran Faiz yang tidak kesampaian menjadi milik Faiz...cantik bukan??

Wednesday, March 11, 2009

mimpiku..argghh

salam mesra..


angin kembali menyapa..kali ini tak tau bahasa sapaan angin 2..samaada kencang, ribut, taufan,sepoi-sepoi bahasa..angin pun tak pasti wajah apakah sapaan angin itu..tak pe..yang penting angin sedang berkecamuk..arrgghhh.macam2 hal lagi yang masih belum setle dan memerlukan perhatian segera dari angin..


ok..hari ni..dengan penuh perasaan mengantuk..faiz gagahkan jua menulis mengenai entri ini..bukan cerita dongeng, namun ianya cuma sekadar mainan tidur..yang peliknya mainan tidur 2 bermain di siang hari....ish2...malula wahai Faiz..tidur di siang harii..huahuahua..

kisahnya mimpi Faiz bermula begini..hal nya dapat tidur dengan lena di siang hari sampai terbawa ke alam mimpi adalh disebabkan keletihan semalam mengikuti aktiviti yang seronok sekali.."Bidasari Mysterious Prom Nite 2009"..grand dinner Bidasari yang ala2 meletup 2..then..event semalam berakhir dengan sangat lewat..sehingga menjangkau jam 1.30 pagi..meriahkan..nak dijadikan cerita..Faiz memang takkan melepaskan peluang apabila melihat kelibat buah tembika..maka, Faiz makan tembikai dengan banyaknya....
bila air tembikai sudah memenuhi perut, maka Faiz akan bangun dari tidur keesokan harinya dengan penuh sesak di dada...(asthma la 2)..jadi..Faiz terpaksa menelan ubat di pagi hari..
sebenarnya Faiz memang perlu tahu bahawa ubat itu akan menyebabkan Faiz menggigil..

nak dijadikan cerita..( x jadi lagi ke cerita 2..??da panjang da rasanya..hehe)..setelah Faiz menikmati dos ubat tersebut, maka kelalian mata bertambah walaupun baru terjaga dari tidur..so, kul 10.00 pagi Faiz terus melelapkan mata semula..dengan tidak semena-mena..Faiz telah bermimpi yang agak ngeri..

mimpinya Faiz telah dipatuk ular...!!! argghh
Bak kata orang tua2..(termasuk Liana..sebab dia pun cakap benda yang sama..ish..da tua rupanya Liana)..katany:

Mimpi dipatuk Ular : Ada seseorang akan melamar kamu

wah..berbunga2 la Faiz bila terdengar ada yang ingin masuk meminang..huhu..
tetiba Cik Manja bertanyakan Liana..adakah dia yang akan masuk meminang saya?? gilakah soalan itu...hmm..maka Liana terus berkata..Faiz nak ke??ok hentikan soalan itu sehingga setakat ini..
maka itu lah apa yang ingin Faiz kongsikan bersama dengan semua..tentang mimpi Faiz 2..masalahnya..ular 2 patuk di tempat BCG (macam 2la agaknya bunyi dia)..so Faiz pun bangun dari tidur di siang hari 2 terus terasa kebas di tempat kena patuk 2...ish2..memang mengarut la Faiz..

jadi..sebenarnya apa yang ingin Faiz nyatakan sebenarnya..
"Jangan tidur di siang hari sangat"..

pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh..Faiz HJ. Othman..

Tuesday, March 10, 2009

Salam Maulidur Rasul

Salam MulidurRasul buat semua...

Permulaan yang baik untuk sesuatu yang baik...untuk sekalian yang ada..salam penghijrahan dan salam penuh pengharapan..
moga dengan hari yang penuh bermakna ini..kegemilangan Rasul junjungan mulia akan terus bersinar selamanya..bukan hari ini sahaja akan diingati..bahkan kekal bersemi da hati untuk selamanya..
pengharapan yang terus bersinar ini...harapnya akan terus kekal..
meniti di kaca TV acara sambutan Maulidur Rasul..acara sambutan yang diuji dengan limpahan kurniaan tuhan..hujan pagi telah membasahi bumi...jadi, sambutan MaulidurRasul kali ini..tanpa perarakan..namun, ianya tetap meriah..apa yang diharapkan..pengertian di hati..
begitu juga sekitar sambutan di Kolej Kediaman Eon..memang terasa kemeriahan sambutan..sekalipun aku tidak menjadi sebahagian dari acara sambutan..namun aku benar-benar terasa penghayatannya itu..
dan untuk acara sambutan peringkat universiti..esok akan berlangsung perarakan sambutan Maulidurrasul peringkat UUM..seperti kebiasaannya..acara sambutan itu, akan meriah dengan laungan selawat sepanjang jalan..syahdu terasa..

untuk sekalian hati..
Salam Maulidur Rasul...

Thursday, March 5, 2009

'Seri' siri 2

Salam menyapa manja...

kembali ke alam nyata yang mana Faiz tidak lagi boleh untuk berofay-foya...kembali ke kekusutan yang lama..tugasan yang berlambaknya..membuatkan Faiz terasa muaknya berada di samping2 tugasan yang belum tentunya penghujungnya..

kisahnya seperti biasa kan menjalar dari sini..kalau cerita lama tentang episod satu yang hanya penceritaan kasar pada luarannya sahaja..kini masuk ke alam yang lebih mencabar minda untuk saya memikirkan apakah jalan ceritanya tentang Liana ini supaya tak salah bahasa dan tak salah juga yang menduga..

Sejak dari semester 1..dia adalah insan gigih yang akan memastikan kejayaan saya..thank 2 liana...bagus untuk memikirkan tentang kejayaan orang lain..dia adalah mentor yang terbaik buat saya..sehinggakan saya mampu untuk menjadi seperti ini (kononnya berjaya..heheh)...bercerita tentang mentor...jika dulunya dia adalah mentor saya sebagai juruhebah radio..namun kini, apa yang terjadi..saya akan sentiasa memastikan dia mampu memikul tugas sebagai 'emcee' dengan jayanya..dan kini saya pula yang menjadi mentor kepadanya dalam bidang pengacaraan...memang kiranya saya membalas budinya secara nyata..hehe
walaupun pada tulisannya...kami sering bertegang lidah..atau bahasanya, bertikam lidah ketika digandingkan menjadi pengacara bersama....namun saya tahu dia memang sengaja menikam2 lidah saya..dan akhirnya, saya akan mengalah pada tikamannya..dan teruskan pengacaraan macam biasa..

perkara yang membuatkan saya akan tersipu sendirian mengenangkan gelagat kami adalah bila ketikanya...UUM sangat teriknya dengan simbahan cahaya mentari..dan genangnya dengan lebat air hujan yang mebasahi bumi...saya pasti akan teringatkan dia dan payung merah jambu+putih yang dia ada...jika hujan,payung tersebut pasti terasa gunanya...jika panas..kami yang akan rasa berdosa dengan payung tersebut..payung yang tiada pelindung UV!!!..itu masih tidak menjadi masalah buat saya..yang menjadikan ia terasa berdosa bila digunakan tatkala terik mentari..adalah kerana payung tersebut adalah lutsinar..maka akan terasa tiada gunanya memayungkan diri di saat panas terik dengan payung yang lut cahayanya...ish2..membuat dosa kering di tengahhari yang memang sangat kering.....

selain dari dosa kering itu...dia pasti akan sentiasa mengajak saya meneruskan kefoya-foyaan di luar kampus sekalipun ke Changlun..itu telah menjadi tabiatnya untuk keluar bersama saya...jadi, bagi seorang insan yang malas untuk menekan minyak kereta..saya akan pastikan saya keluar membawa insan yang boleh membawa kereta..supaya saya dapat dengan bersenang lenangnya keluar menaiki kereta tanpa membawa kereta..tapi, yang menjadikan ia adalah satu masalah dan pasti membawa kepada masam muka yang sudah sedia masamnya..adalah Liana tak akan suka jika saya keluar bukan dengan dia sahaja..saya akan pasti membawa rakan...dan dia akan pasti berasa kecewa..kerana inginnya dia keluar hanya bersama saya..pelikkan bunyinya..tapi..tiada apa tanggapan yang mampu memesongkan jawapan...

dan perkara terakhir yang menjadi jalan cerita saya untuk entri seri siri 2 ini....kami akan bergayut telefon dan menggayut dengan 'charger' telefon kerana bersembang sampai habis bateri telefon..hehe..tapi bukan itu yang ingin diceritakan..yang menjadi perhatian saya..adalah intipati kepada perbualan telefon..jika dalam perbualan telefon itu adalah plan untuk makan bersama keesokan harinya..kami akan bercerita mengenai makan dan di mana tempat yang perlu dituju untuk makan esoknya...yang pelik dan degilnya, kami akan saling tunggu menunggu..siapakah yang akan mempelawa masing-masing untuk makan bersama..akhirnya kami tertunggu..kerana egonya masing-masing takkan mempelawa masing-masing makan bersama...sehinggakan termunculnya dialog ini :

Liana : esok i free kul 2
Faiz : i pun free kul 2...i ingt nak g makan kat Mall esok..
Liana: oh ok...(diam seketika) u nk i makan ngan u ke esok??
Faiz : u nak makan ngan i ke???
Liana: (nada kesal)..u septutnya ajak la i..x yahla tanya balik..
Faiz : (nada Redha)..ok Liana..jom kita g makan esok kul 2...
Liana: macam 2 la...hehe

*hmm..egonya masing2...tapi saya rendahkan ego saya dan mula mengajak dia makan bersama..
pada dia..dia cuma hendak saya mengeluarkan perkataan yang mempelawa dia..saya faham cara dia..

itu rentetan cerita antara saya dan Liana yang sebenarnya mengajak hati saya untuk ketawa..saya pasti akan kembali dengan kisah nya lagi
Raja Norliana Raja Omar
..daa..

Wednesday, March 4, 2009

Seri siri 1

Salam mesra buat semua..

di kala malam yang dingin bermandikan hujan yang sangat lebatnya...dan terasa sejuknya mencengkam tulang belulang...Faiz kini masih berada di libry, dalam awangan yang masih menerawang..dalam kemengantukan yang nyata..dan Faiz masih lagi memikirkan tentang apakah yang perlu Faiz lunaskan dalam entri ini...

janji yang harus Faiz lunaskan..meluahkan perasaan tentang seseorang..sepatutnya meluahkan perasaan kepada seseorang..entri ini ditujukan khas buat Seri Liana....

dikatakan agak lama kami telah berkenalan..perkenalan yang biasa antara seorang dj senior dan seorang dj baru yang sangat comel..(membencikan la pula)..cuma dia memang insan baik buat saya..tapi dunia kan..seperti biasa..saya x sebaik dia...kesian untuk dia atas ketidak adilan saya buat dia...cuma kami masih lagi setia sebagai rakan yang akan berkongsi duka dan suka..dan seperti biasa gelak dan ketawa..tangis dan airmata...

buat pandangan mereka yang menjadi pemerhati kami..maka,alasan sebagai rakan biasa..bukanlah alasan yang boleh diterima...pada pandangan mereka..ada yang akan berkata,kami teman tapi mesra..dan ada juga yang mungkin kata..kami teman terlebih mesra..dan tak kurang juga yang berkata..teman tak mesra2..hmm..apapun yang menjadi bualan antara seantero manusia sekeliling kami...hanya kami yang rasa apa rasa antara kami berdua..
*ikuti kisah selanjutnya..kisah kami berdua...


Uniutama.FM

SAlam mesra buat semua..

setelah sekian lema menyepi dari ke udara di radio Uniuatam.Fm..'Informasi Minda Anda'..hari ni...Faiz dan rakan2 setugas yang masih lagi setia di radio kampus tercinta ini..kembali ke udara...dan seperti biasa..kerinduan sudah terubat..maka untuk permulaan hari ini..Faiz telah berceloteh dengan banyaknya..sehinggakan terasa seperti radio sembang sahaja..

Faiz telah memulakan pagi di Uniutama.FM dengan Zulkarnian..Dj Senior yang begitu seniornya..hehe..dalam segmen Destinasi..segmen yang memang menjadi kegemaran Faiz..kerana Faiz memang suka berjalan..hari nie..Faiz dan Nian telah berbicara mengenai pakej2 pelancongan yang terdapat di Malaysia..banyak lagi yang menarik untuk dilawati..jadi
CUTI2 MALAYSIA..BANYAK UNTUK DILAWATI..BANYAK LAGI UNTUK DITEROKAI..
pergilah melancong...segalanya terdapat di Malaysia..

sekarang Faiz masih lagi di konti radio..menanti turn Faiz untuk ke udara sebentar lagi untuk segmen kegemaran ramai..iaitu Pilihan Anda..banyak pilihan yang akan Faiz tunaikan sebantar lagi...xpela...x berapa mood sangat nak menulis..sebab tengah kesejukan di konti radio nie..jadi faiz akan kembali nanti dengan bermacam lagi cerita menarik..dan Faiz telah kembali ke alam Uniutama.FM yang pasti akan dirindui selalu..sayang semua pendengar dan penyokong Uniutama.FM 'Informasi Minda Anda'...

tulus
-Faiz Hj. Othman-

Tuesday, March 3, 2009

-BebAs-

Salam kebebasan buat semua..
sebenarnya tiada apa yang Faiz ingin kongsikan..cuma sekadar laluan rasa untuk tempoh lama bersarang di benak jiwa..nak kata Faiz terlalu sibuk sehingga tak mampu memberikan jenguk untuk blog nie pun..x pula,sedangkan hari2 Faiz agak senang untuk beberapa ketika..kerana Faiz da cuba belajar untuk melangsaikan beberapa kerja dalam satu masa..agak sukar bunyinya...namun untuk menjadikan hari lengang itu benar2 lengang...maka,di hari yang sibuk..Faiz perlu menjadi terlalu sibuk..

Faiz ketika ini masih menikmati hari2 lengang di rumah...walaupun di rumah masih ada keperluan yang memerlukan perhatian Faiz. sekurang2nya Faiz tak perlu memikirkan tentang kesibukan di kampus yang adakalnya menyesakkan...

bebas yang ingin Faiz coretkan bukanlah apa2..cuma sekadar cebisan rasa yang menjengah kotak fikiran di kala Faiz menjamu selera menikmati hidangan makan tengahari yang cukup enak tadi...Nasi Ayam Periuk Besar..mungkin ada yang pernah menikmati keenakan hidangan di sana...berbalik kepada cebisan rasa itu tadi..Faiz benar-benar menikmati hidangan sambil menyaksikan berita tengahhari 1.30..di TV3...

apa yang benar-benar menyentuh hati Faiz adalah berita utama yang menjemput pemikiran Faiz untuk berfikir sejenak..walauapapun yang bermain di fikiran Faiz..ianya cuma luahan rasa...Faiz benar-benar merasakan bahangnya tentang kehangatan kes BULI ketika ini..sekalipun Faiz mungkin tidak terjejas dengan kes ini..tetapi Faiz sebagai seorang mahasiswa,rasanya perlu jua memikirkan tentang apa,siapa,bagaimana,kenapa, dan bila tentang perkara BULI yang terjadi ketika ini...benar-benar menguji minda...
untuk ungkapan rasa seorang siswa..dan untuk pemerhati yang tidak mengerti apa2..ini hanyalah ungkaan biasa dari bibir kata seorang yang juga biasa..maaf andai menguji iman di lain jiwa..dan maaf andai terusik di benak rasa...

kes BULI yang bermain di minda:

-Apa agenda mereka yang suka membuli ini?
-Siapa yang harus duduk semeja dan berbincang bersama mengenai kes ini?
-Bagaimana pula untuk penyelesaian terbaik menangani kes ini?
-Kenapa terjadinya perbalahan dan kes seperti ini?
-Bila kes buli ini akan benar-benar lupus dari dunia pendidikan kita???

*Faiz sebagai seorang mahasiswa masih perlu untuk berada di bumbung pengajian dengan aman..harapnya kekucaran dan kecanggungan ini tidak menjejaskan apa yeng telah terjejas...

sebenarnya itu sekadar selingan..apa yang bermain di minda ketika ini adalah untuk bercerita tentang baju baru yang Faiz telah beli di Pasar Malam kt Jitra baru2 inie...cuma sekadar baju pasar malam Faiz bersusah payah untuk sediakan entri ini..bukan apa..baju pasar malam ini membuatkan Faiz benar2 teringatkan rakan seperjuangan yang telah bersama dengan Faiz dari semester 2 lagi..(NATHASYA MOHD KAMAL).dan pun 3 tahun kami bersama...baju nie..memang Faiz tiru dari dia..dia yang da punya baju ini..dan Faiz belinya untuk kami pakai bersama ketika ke kelas..huhu..harmonikan???