Sunday, December 28, 2008

Sekembalinya

Alhamdulillah..akhirnya penantian 'kan berakhir dan bertemunya pengakhiran yang harapnya akan membawa perubahan serta seribu pengertian..kini ku kembali menjengah segala memori dan yang pasti setiap mimpi yang diimpi akan ku hajati dan perhalusi agar terus jadi realiti..

kekangan masa yang memaksa untuk aku terus bertaut pada kukuhnya harapan dan tegasnya impian..

menemui kembali sebisa bisikan hati dan seterang sanubari untuk terus ku mencorakkan pelangi dengan warna terang dan suram sepi..agar hari-hari yang ku lalui akan terus bererti dan ku tak kan bisa lari meninggalkan rona yeng telah dijanji..kini ku kembali..

Friday, December 26, 2008

di taman teman

Seindah bunga di taman yang menjadi teman...hmm..angin kembali dengan harapan agar dunia kan terus tersenyum manja dan angin akan terus berteman mesra..tiada luahan kata dan coretan rasa yang ingin dirungkaikan...hanya sekadar perkongsian rasa teruja menantikan jambangan dan kuntuman yang harapnya mampu menghiburkan..





"Lentera Timur"



Mendengarkan dendangan lunak manja..suara halus yang tulus dan gemersik yang asyik..serasi dengan susunan kata yang indahnya bahasa dan jujurnya bicara..


khas untuk istimewanya yang sudi menyapa dan santaikan jiwa singgah bertapa....



"DI TAMAN TEMAN"
Tulus berkembang suci bunga
Harum Cinta Kuntum Syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Mersik Manja Asyik Fana...
....Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
saatku jejaki tamanmu
benar indah amat indah....



*sedikit yang mampu dihidang..dan kemunculan yang diharap 'kan membuahkan kuntuman...

Saturday, December 20, 2008

Situasi..


Salam menyapa manja dengan sepoi2 bahasa...angin kembali untuk sekali lagi mencurah rasa tentang alam yang biasanya berbunyi untuk ingatan pada manusia...

sekembalinya aku di ruang legar pemikiran ini sekali lagi sekadar untuk mencernakan satu tahap pemikiran dan meluahkan rasa yang terasa dan merasa serta dirasa...
keghairahan untuk kembali menjadi insan yang mampu menyemai budi dengan luhur bicara sentiasa meledak dengan niat untuk melahirkan keprihatinan rasa...kemelut jalanan insan yang
kian lama porak-peranda dan terusung dengan lamunan..jauh terdampar ke ruang usang yang sudah lama ketinggalan...kini,di ambang kemajuan..serlah lah impian dan angan yang bukan-bukan...mencabar dunia kewarasan serta mencemuh adat kebiasaan..beginilah bila situasi insan dalam zon kedewasaan dan mula menjinak ke zaman kepudaran..

terimalah...Bunkface..situasi..

....dan bila kau menghilang
musnahlah musnah impian
untuk menggapai bintang
terangi hidupku
ku mahu kau tahu
engkaulah destinasiku
dalam ingatanku...

Tuesday, December 16, 2008

air @ water @ ma'un

Salam bersua kembali...sekembalinya angin kali ini hanya untuk meluahkan bicara tentang apa yang biasa dan lama telah menduga kita..

Air atau dalam bahasa biasa yang mudah difahami untuk warga kota..water..tidak dapat dinafikan punya pelbagai fungsi kepada manusia..dan pentingnya air telah lama diketahui oleh masyarakat dunia setelah sekian lama..sejak dari awal penempatan manusia..kebanyakan dari tamadun dunia yang telah tercipta awal sejak zaman sebelum masihi lagi telah menyaksikan dan memperakui bahawa air sangat penting kepada kehidupan dan kelestarian hidup manusia..tamadun yang dibina bermula dengan penempatan yang berada di pinggir sungai...jadi peri pentingnya air ini perlulah difahami dengan kewajaran yang sangat mendalam..
namun kini, apa yang kelihatan adalah air yang mengalir sukar untuk kelihatan jernih..mungkin peredaran masa telah menjanjikan perubahan kepada air juga...

walaubagaimanapun..masyarakat Melayu banyak menggunakan perumpaan yang dikaitkan dengan air..dan antaranya..
- air dicincang takkan putus..
-sekali air bah,sekali tanah berubah..(x tau la betul ke x aku tulis nie..hehe)
tak kurang juga pesan orang tua kepada anak-anak muda..'Kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai'...ombak yang digunakan di frasa tersebut juga merupakan air..
jadi..tidak dapat dinafikan bahawa air memang sangat penting...

kepada sektor pertanian..tidak kiralah sama ada dalam negara mahupun pertanian di luar negara..buat mereka pengairan dan saliran merupakan aspek penting dalam menjamin kesuburan hasil tanaman mereka..apa yang mereka tahu..dengan kuantiti air yang cukup serta nutrisi lain yang diperlukan untuk tanaman mereka,cukup usianya..hasil tanaman mereka sudah boleh dituai..dan mampu mendatangkan hasil...bagi mereka yang bergiat untuk sektor pertanian negara..tahniah kepada anda semua..kerana sektor pertanian kini mempamerkan perkembangan positif teruatamanya kepada sistem ekonomi negara..

air juga penting kepada pengusaha dobi..untuk mereka gunakan..tak kurang juga air sangat penting kepada peniaga-peniaga sama ada di Restoran ataupun di warung-warung tepi jalaln..walau di mana juga mereka mencari rezeki menerusi perniagaan makanan ini..yang pasti..air memang sangat penting untuk memastikan kelancaran perniagaan mereka serta memenuhi kehendak menu serta masakan mereka..

namun, tidak semuanya benar-benar menghargai air sebagaimana yang kita sedia maklum..air sungai yang menjadi sumber air utama kepada penduduk di seluruh negara kini telah dicemari dengan pelbagai jenis pencemaran..dengan pencemaran yang berlaku terhadap sistem sungai dan perparitan di negara kita..maka terdapat beberapa kejadian yang kurang menyenangkan..
antaranya..longkang tersumbat yang akan mendatangkan banyak masalah kepada penduduk setempat..jika kuantiti air hujan melimpah ruah,maka dengan longkang yang tersumbat tadi..akan menghasilkan genomena banjir..yang juga tidak disenangi oleh hampir semua golongan masyarakat..kesedaran sangat penting untuk dimainkan oleh semua pihak..buat mangsa banjir..sudah semestinya,air merupakan trauma buat mereka..apa yang boleh dikatakan kepada mereka..semoga mereka sentiasa tabah dengan setiap ujian yang datang...

fenomena terbaru yang juga dikaitkan dengan air..adalah fenomena sama yang menggemparkan seluruh negara...apabila negara dikejutkan dengan berita tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang meranapkan 14 banglo mewah serta mengorbankan 4 nyawa..fenomena tersebut turut dikaitkan dengan air apabila dikatan longsoran yang berlaku ke atas tanah tersebut disebabkan berlakunya pergerakan air di bawah tanah tersebut ekoran hujan sejak beberapa hari...
buat mangsa runtuhan Bukit Antarabangsa..semoga anda tabah mengharungi segalanya...

itu serba sedikit yang dapat dikongsikan mengenai air..sebenarnya..waktu aku mengarang blog ini..hujan turun..maka,seronok pulak bercerita tentang air..huhu..macam air yang epal yang sedap di Restoran Santhai tadi..(restoran yang aku janji nak belanja Cik Seri..)huhu...

untuk itu,sekian sahaja coretan angin tentang air..dan untuk pengetahuan juga..kenapa Mr. Angin pilih angin???kerana air da selalu orang guna dalam banyak perkara..so, sesekali gunalah angin pulak..hehe
bye..da nak tido..

Sunday, December 14, 2008

antara dua rasa..

Salam mesra..angin kembali bertiup setelah menyepi tanpa berita dan kini..hadirnya ingin membuai rasa dan bertutur bicara..
seperhitungan masa dan telah meneliti tiap mimik bicara,angin kembali gundah gulana...
kisahnya terpaksa memilih antara dua dan kepingin untuk membuat keputusan biar tenang...

aku kini dalam dilema untuk memilih dan mendapatkan tempat bagi aku menjalankan kursus untuk sesi latihan industri aku yang bakal menjemputku ke daerah itu sekitar 6 bulan dari sekarang..mungkin pada kiraan harinya,ianya agak terlalu lama untuk dirisaukan,namun berlegarnya masa,takkan disedari pantasnya berlalu...

kata orang : organisasi media merupakan tempat yang paling menarik untuk didekati dan tak semua orang tahu bahawa media juga akan menjadi tempat yang paling digeruni..hakikatnya,semuanya ada pahit dan manis yang harus ditempuhi..dan tak semuanya mudah untuk kita lalui..pasti ada cabaran dan dugaannya...
jika masyarakat melihat,media adalah organisasi yang sering menjadi buah mulut masyarakat dan tak kurang juga media sering mendapat perhatian masyarakat setempat dalam menyebarkan sebarang bentuk malumat...apapun tanggapan masyarakat tentang peranan dan tanggungjawab media,hanya orang media sahaja yang benar-benar fasih dan mampu untuk menghuraikan deskripsi tugas mereka..
sekalipun dunia masa kini menjadi medan yang mencabar 'mediator' untuk sering kehadapan dan maju mengorak langkah..namun kesungguhan orang media harus diberi pujian kerana sanggup berdepan dengan pelbagai cabaran..antaranya saingan informasi dan serangan ke atas penyebaran maklumat...
media baru yang muncul kini seperti internet telah menjadi medan persaingan sihat kepada golongan 'mediator' untuk lebih berani tampil ke pengetahuan masyarakat dengan pelbagai idea segar dan bernas serta sentiasa kehadapan dengan berita-berita serta informasi berkualiti tinggi...cabaran sebeginilah yang bakal menjadikan golongan media akan sentiasa mendapat perhatian dan sering mendapat pujian..
walau apapun fenomena yang melanda industri media tempatan mahupun antarabangsa..
semoga industri media akan terus berkembang....ameen

itu apa yang orang kata tentang media..mungkin tak semua setuju dengan pendapat tersebut,namun itu hanyalah segelintir pendapat dan buah fikiran masyarakat..untuk mengetahui sejauh mana kebenaran tentang hakikat media,lebih baik kita sendiri berada dalam kelompok media agar kita juga dapat merungkaikan dengan baik deskripsi tugas seorang 'mediator'

kata orang: organisasi korporat memang banyak prosedur yang perlu kita ikuti dan mungkin akan menyekat sedikit kebebasan kita..namun terpulanglah kepada jenis dan bentuk bisnes yang dijalankan oleh syarikat terbabit...walaubagaimanapun,jawatan sebagai seorang Pegawai Komunikasi Korporat @ Public Relation Officer (PR) memang sangat mencabar dan kadangkala sangat menguji ketahanan fizikal dan mental seseorang individu..
ketahanan yang harus dimiliki oleh seorang yang bergelar PR ini dalah perlu sentiasa bersedia dalam mewakili syarikat untuk ke mana-mana petemuan dan temujanji bersama pelanggan..
itu berkaitan pelanggan..kalau melibatkan media pula kena sentiasa berfikiran terbuka dan ramah mesra dengan golongan media supaya imej dan reputasi syarikat akan terpelihara..
kena siap sedia dengan PC (Press Conference)..
benyak juga benda yang perlu diambil perhatian oleh seorang PR dalam memastikan imej serta reputasi syarikat akan sentiasa berada pada tahap yang memberansangkan..

itu juga apa yang orang kata tentang PR..

walau apapun tugas dan kerjaya yang bakal ditempuhi,banyak cabaran, dugaan dan peluang yang bakal muncul dalam meniti kejayaan tersebut sehingga mencapai status dan 'standard' yang memuaskan...
sekali lagi,aku masih juga mencari peluang yang paling sesuai untuk aku mulakan langkah pertama supaya setiap apa yang aku impikan akan aku capai terutamanya dalam menceburi bidang kerjaya..
aku harap agar aku akan terus melangkah masuk ke ruang legar kerjaya dengan gaya serta citarasa aku sendiri..harapnya macam 2 la..

Wednesday, December 10, 2008

Salam Aidiladha

Angin kembali menyapa dengan alunan takbir raya penuh keinsafan...
Salam Aidiladha aku nak ucapkan untuk semua..tiada yang paling istimewa di Aidiladha melainkan mensyukuri nikmat Tuhan dan mengerti konsep pengorbanan...untuk insan yang mengenali diri ini,sekerdil mana pun diri ini,takkan lari dari mencipta sekepal dan segumpal dosa..maaf dan ampun dipinta..

Sempena Aidiladha,kampungku kembali meriah dengan suara anak-anak kecil dan gosip2 manja sanak saudara.sesekali kedengaran leteran si tua..terusik kenangan di kala menjelmanya lebaran...haha

Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha...

Assalamualaikum...dan salam mesra..
buat semua umat Islam di seluruh dunia, aku ingin merakamkan ucapan salam aidiladha buat anda semua tidak kira walau di mana anda berada..semoga erti pengorbanan ini akan terus dihayati...

seharian bertapa di kampung halaman bonda untuk membuat persediaan dan persiapan menjelang hari raya korban..kampungnya takde la jauh sangat pun..cuma 15 minit perjalanan dari rumahku..seawal pagi menjengah kampung dan mula menyediakan ketupat palas..seperti biasa,hidangan wajib buat seluruh keluarga di pagi hari raya...sedap plak..mana lengkap hidangan ketupat palas jika tidak disediakan dan dihidangkan bersama dengan rendang..maka,tugas seterusnya adalah menyediakan rendang daging..seperti biasa,hari pertama hari raya,juadah nasi tidak akan dilupakan..dan esok kami sekeluarga akan menikmati hidangan nasi beriyani dengan ayam mask merah serta daging masak kurma..wah..meriahnya makan..huhu

yang paling menariknya hari ni,aku mempelajari bagaimana untuk menghasilkan kek..sempena musim perayaan agak kurang lengkap tanpa kek..maka,aku mengambil inisiatif untuk mempelajari cara membuat kek daripada mak tam ku..maklumlah,keknya sering mendapat tempahan..dan aku hari nie telah belajar buat kek marble dan kek buah...agak mudah jika kena cara membuatnya...sebelah malam pula,aku dan sepupu sepakat aku mnyediakan kek yang agak praktikal dan senang..kami menghasilkan 'cup cake' sempena aidiladha..
maka,juadah di Hari Raya AidilAdha 1429H...
  • ketupat palas + rendang daging + serunding
  • ketupat nasi + kuah kacang
  • satay + Kuah kacang
  • nasi beriyani + ayam mask merah + daging masak kurma
  • kuih raya + kek
  • sup tulang
wah..memang sangat meriah sambutan Aidiladha kali ini..itu yang sepatutnya,meriah sangat2..semoga sambutan kali ini akan memberi makna pengorbanan kepada semua...dan esok aku akan mengenakan sepersalinan baju melayu kuning dengan bersampin songket kuning juga..

hmmm...neway salam aidiladha angin ingin ucapkan sekali lagi..sehingga bersua lagi dengan cerita di hari raya..daa...pulangla ke kampung dengan berhati-hati dan ingatla insan tersayang..

ketupat palas..

adunan kek buah

bahan2 yang diperlukan untuk menghasilkan kek

kek marble

kek buah

cup cake

-angin tanpa suara-
salam aidiladha

Sunday, December 7, 2008

tragedi....

salam mesra...
angin menyapa manja..dengan biasa ingin bicara tentang dunia dan tentang jiwa...
antara perkara yang sangat menyentuh dan menggemparkan seluruh negara..peristiwa yang tidak diduga..kejadian banglo runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa susulan tanah runtuh..
kejadian tanah runtuh ini telahpun menyaksikan kehilangan nyawa mangsa yang menetap di situ..
apa yang sangat membimbangkan adalah berlakunya runtuhan susulan selepas kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan beberapa buah banglo musnah...
kejadian tanah runtuh ini mengingatkan tentang kejadian sama yang telah meragut mangsa iaitu kejadian runtuhnya satu daripada bangunan highland tower..sangan menyayat hati...
apa yang diharapkan semoga kejadian sebegini akan menjadi iktibar dan benar-benar memberi kesedaran kepada umat manusia..
semoga keluarga mangsa akan lebih tabah menghadapi ujian dan dugaan ini..di saat fajar AidilAdha mula menjelma..mereka akan meraikannya dengan sengsara,mungkin kehilangan insan tersayang..dan rumah tempat mereka berlindung...walauapapun yang telah terjadi,hidup di atas muka bumi ini harus diteruskan...buat mereka yang telah kembali ke Rahmatullah..sekalung doa buat mereka...dan buat keluarga mangsa..ucapan takziah mengiringi..

Saturday, December 6, 2008

kepulangan yang dinanti...

angin kembali menyapa dengan suara manja dan lembut bahasa...
topiknya adalah kepulangan yang dinanti..maklumla dah dekat nak raya nie..huhu..
sebenarnhya ada beberapa kejadian yang sangat menyentuh...

pertamanya adalah nenek ku telah kembali ke rahmatullah..pada jam 1.15mnt pagi 5 disember '08 iaitu hari jumaat...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman..ameen...

dan yang keduanya,adalah kepulanganyang tidak diduga..sebelum arwah nenekku meninggal dunia,kedua ibubapaku telah pulang untuk menziarahi nenekku di Kelantan yang dikhabarkan tidak sihat..setelah keadaan nenekku dikatakan stabil..mereka pulang ke jitra dengan harapan semuanya akan selamat..maka,setibanya di jitra tidak sampai sejam..mereka dikejutkan dengan berita yang sangat menduga iaitu berita pemergian nenekku..dengan penuh perasaan tabah,mereka pulang semula ke kelantan pada jam 4.30 pagi semalam...tiba di kelantan jam 10.30,setelah semuanya sempurna dan jenazah selamat dikebumikan...selepas solat jumaat..mereka kembali semula ke kedah..dengan penuh keletihan...jam 4.30 petang kembali ke kedah...dan tiba jam 11.57mlm...
itulah kisah kepulangan yang dinanti...

Thursday, December 4, 2008

Flash...??>&^$#$$

kembali mengalu suara..angin datang menyapa...
huh..permulaan hari yang sangat mengujakan kerana dengan alasan nak belajar Flash,tapi sebaik mula mengenali sejauh manakah perisian itu,alangkah bagusnya kalau aku benar2 tidak pernah mengenali benda alah 2...susah bangat..mungkin ia tampak mudah bagi mereka yang sangat tabah,namun pada aku,ianya amat menyusah...arrrggghhh...

dan dengan penuh perasaan bosan,aku buat je la apa yang cikgu tu minta aku buat dengan flash 2..then aku layan feeling dengan edit picture kat photoshop,'that's much better'...dek kerana tiada perkara2 menarik tentang kelas flash aku untuk hari inie..maka tiadala gambar2 atau video yang berjaya aku hasilkanl...

malam nie mengantuk awal la plak,x tau nape..maybe sebab makan banyak..mana taknya,melantak nasi tomato dengan ayam 2 ketul then ada cucur peneram..hmm..semuanya sedap,tapi dah terlanjur makan..maka,kesian kat perut aku...

2 je yang anin nak khabarkan tentang perkembangan terbaru dunia rekaan grafik..namun setakat ini sahaja penerokaan ini..dan akan kembali normal semula untuk beberapa ketika...
salam mesra angin menyapa manja..membuai lena
angin akan kembali menyemarakkan hari dengan penuh rasa yang mampu mebuai jiwa..daa

-angin tanpa suara-

Tuesday, December 2, 2008

bengkel grafik 'n' multimedia (Coreldraw)

angin kembali menjengah dengan nada yang semakin lemah....


021208

untuk hari ini,aku mengikuti bengkel ini untuk hari yang ketiga..dalam tempoh tiga hari ini pelbagai perkara telah aku pelajari untuk menghasilkan rekaan grafik yang menarik..


untuk hari yang ketiga ini,aku diperkenalkan dengan perisian grafik yang tidak pernah aku gunakan sebelum ini berbanding adobe ilustrator dan photoshop..mungkin ada sesuatu yang menarik yang boleh diterokai dengan perisian ini yang memperincikan ciri-ciri untuk melukis..


pelbagai rekaan lukisan berjaya aku hasilkan dengan tunjuk ajar dan bimbingan dari guru yang berpengalaman..antara koleksi karya aku adalah....
*rekaan daun yang aku lukis ini sebagai 'trademark' untuk aku...-angin tanpa suara-

*rekaan kaligrafi untuk nama aku dalam tulisan jawi...-faiz hj othman-


*rekaan aku untuk final project coraldraw...merekabentuk logo..
n mungkin logo syarikat aku satu hari nanti....-easzasif picture-



*hasil karya terakhir aku..welcome to my wolrd-angin tanpa suara-

angin akan kembali untuk beberapa ketika menjengah runag legar pemikiran dan terus melakar kenangan untuk diabadikan di pentas pengkayaan karya serta hasil nukilan..
salam menyapa lembut dari angin
semoga bayu bertiup akan menjengah dan membawa angin bersamanya...
-angin tanpa suara-

bengkel grafik 'n' multimedia (illustrator)

011208

angin kembali menyapa untuk teruskan sesi luahan bicara...

masuk hari kedua..aku kembali ke kelas dengan penuh semangat dan azam untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai grafik dan aplikasinya serta penghasilan karya yang boleh dikategorikan sebagai menarik serta ada nilainya...

untuk hari ini, aku telah diperkenalkan dengan aplikasi perisian 'Adobe Illustrator'..perisian ni pun lebih kurang adobe photoshop juga,cuma ianya lebih kepada senilukis..kalau photoshop untuk edit gambar..yang nie pula untuk create gambar..memang pada mulanya terasa agak sukar untuk aku kendalikan perisian sebegini,namun dengan sedikit tunjuk ajar,akhirnya aku mampu menghasilkan karya-karya ini...


* imej yang kelihatan seperti kerja tangan kanak-kanak tadika ini sebenarnya sukar untuk direka buat mereka yang baru mula meneroka....

*imej ini pula merupakan hasil kerja selepas selesai mempelajari Adobe Illustrator...kena wat background untuk desktop...

bengkel grafik 'n' multimedia (photoshop)

angin kembali lagi dengan nada biasa dan sedikit teruja...
angin kali nie ingin menukil rasa dan lauhkan bicara tentang dua tiga perkara yang telah melatari hari-hari...


30112008
di penghujung hari dalam memenuhi ruang legar bulan November ini,aku telah mengikuti kursus yang pada aku sangat menarik dan perlu untuk aku turut serta..kursus grafik n multimedia
bunyinya macam menarik n sudah semestinya akan menguji kesabaran fizikal dan mental serta yang paling teruji adalah daya imaginasi serta kerativiti ku ini...

untuk permulaan, kelas yang 8 jam nie terasa sangat lama untuk dilangsaikan..namun setelah mengikutinya ternyata 8 jam yang diperuntukkan tidak langsung menjemukan serta memenatkan..malah aku terasa lebih teruja untuk mendekati dunia perekaan grafik ini

hasilnya untuk 8jam proses pembelajaran adobe photoshop..aku telah berjaya menghasilkan rekaan ini..namun, ada beberapa perkara ynag perlu aku terokai...huhu..







* walaupun teruja dengan bengkel grafik n multimedia..aku sekeluarga dikejutkan dengan berita nenek yang tidak sihat..maka dengan serta merta,keluargaku pulang ke Kelantan untuk menziarahi nenek d Hospital..dan aku mengambil tindakan untuk tidak meninggalkan kelas grafik n multimedia..lalu aku kini berdua berasama adik perempuan ku(aida)..seminggu aku akan tinggal sendirian dengannya dan terpaksala berdikari sekejap..huhu..
-semoga nenek akan sihat n cepat sembuh...

kahwin & iran

angin mula bersuara dengan syahdu dan dingin rasa,tenang dan nyaman udara....

Salam mesra..untuk sekian kalinya setelah sekian lama tidak menjengah kamar luahan rasa ini, angin yang berlalu kini bertandang, untuk memulakan bicara dan bersua pandang..
kali terakhir mencurah rasa setelah berbual bicara bersama Cik Seri tentang pelbagai perkara..

281208
untuk hari jumaat yang lalu tiada ap yang perlu untuk aku bicara,cuma sibuk dengan kenduri kendara jiran tetangga...n rindu plak tiba2 dekat insan yang jauh dimata..dia akan berangkat ke Iran jam 2 pagi nnti bersama bosnya atas urusan kerja..teruja pulak bila bekerja melangkaui sempadan dunia..hmm..semoga akan tiba satu hari nanti,hari yang aku sendiri bakal kemudi dengan corak dan dunia sendiri...

291108
hari nie,nak kata bosan, xdela bosan sangat..cuma memenuhi undangan kenduri kahwin jiran sebelah..setelah sekian lama membuat persiapan,akhirnya hari yang dinanti telahpun tiba...
memang meriah kendurinya,n dianggarkan berhabis hingga puluhan ribu(rasanyalah)...aku teruja sebab dia punya pelamin cantik..tiba2 je berangan untuk membuat persiapan majlis kahwin sendiri..macamla aku nie ada calon..huhu

ntahla...rasanya untuk majlis kahwin abg aku nanti, aku akan pastikan semuanya berjalan lancar, pertamanya aku akan 'set up' kan tema..macam nak guna warna purple muda..n akan pastikan barang hantaran juga mengikut tema yang sesuai, aku akan gunakan material kaca...
kemudian cenderamata untuk kesemua tetamu jemputan..haha..memang aku tengah berangan

nie aku sertakan sedikit gambar setelah pulang dari majlis kenduri kahwin....