Thursday, February 26, 2009

suara sepi...

Salam menyapa mesra dengan bahasa sahaja dan deruman angin yang membawa ke daerah yang baru....ketahuilah bahawa Faiz pada ketika ini memang sangat baru di daerah itu...daerah yang Faiz maksudkan itu..adalah daerah mengantuknya Faiz di dalam libry..memang satu daerah baru..kerana kemengantukan Faiz selama ini..takkan berlaku di libry....tetiba membuatkan Faiz terkenangkan betapa puisi Sasterawan Negara..Datuk A.Samad Said (di dalam library..kalau tak silap itulah tajuknya).. telah banyak mengajar tentang itu...agar tidak menutup mata membuka buka..sebaliknya membuka mata menutup buku..puisi itu banyak mengajar Faiz...

apa yang ingin faiz coretkan di sini..bukanlah cerita mengenai perasaan kemengantukan Faiz yang sangat berleluasa di saat ini..(jam 10.30pagi)...cuma apa yang ingin Faiz kongsikan hanyalah rasa teruja dan menriknya minat Faiz mendengarkan lagu dendangan dato' Siti yang benar-benar menguji daya emosi faiz...kali ini..dengan beberapa jutaan kali..faiz telah pun belajar mengahayati tentang erti 'Suara Sepi'..benar-benar menyayat hati..dan dengan rasa rendah diri..Faiz begitu kagum dengan penciptaan lagu tema sempena persembahan 'Atas Nama Kemanusiaan' yang benar-benar menyentuh hati...keterujaan Faiz kini dipersembahkan menerusi linangan berseri yang membahasahi pipi...tahniah buat yang benar-benar mengerti tentang keperitan saudara kita sendiri...

hanya sekadar perkongsian rasa yang berani untuk Faiz kongsikan bersama..dan sekadar untuk tatapan kita...
seperjalanan Suara Sepi..

....ada tangisan tak siapa mendengari
suara itu kian lama kian menyepi
terkulai anak dari pelukan ibu
darah masih panas, tubuh terbujur kaku..

....tiada kedengaran kicauan burung
bumi kemerahan langit semakin mendung
mereka yang malang di daerah Anbia
azab sengsara kehilangan upaya...

selinangan airmata
-faiz hj. othman-

Wednesday, February 25, 2009

Festival Zapin Kontemporari UUM 2009

Salam mesra...

buat kenalan yang telah lama berkenalan dan baru memulakan sesi pengenalan..angin kini sedang dilamun rasa mengantuk yang tak tertahan....
cuma ada sedikit ruang cerita yang ingin angi sampaikan menerusi khabaran bayu yang bertiup sayu..

24/02/2009

festival Zapin Kontemporari UUM 2009 yang julung kalinya dianjurkan oleh Kelab Tarian Bidasari dengan kerjasama Grup Estetika merupakan penganjuran yang sangat memberi impak dalam pembangunan dan kelestarian budaya seni tari bangsa...penganjuran ini juga dilihat mampu memupuk masyarakat kampus yang sangat proaktif dan seimbang dari aspek pendidikan dan aktiviti sosial..apa yang angin ingin kongsikan hanyalah sekadar luahan pandangan sebagai insan yang berada di hadapan semasa program ini berjalan..tak lain tak bukan..angin telah dilantik dan dipertanggungjawabkan sebagai EMCEE untuk FESTIVAL ZAPIN KONTEMPORARI UUM 2009. buat pertama kalinya angin telah menjayakan program ini dengan sempurna setelah hampir 6 bulan angin meninggalkan acara yang sebegini rupa.. menjadi EMCEE untuk FESTIVAL TARIAN UUM 2008.

perjalanan majlis ini dari sudut pandangan seorang Emcee..angin melihat kelancaran program ini sangat boleh mendapat pujian..keran setiap crew dan segenap inci majlis ini dakawal dan berjalan dengan sangat rapi dan teratur...dan apa yang menarik pada pengamatan angin adalah keunikan tarian zapin kontemorari yang telah dipersembahkan oleh 8 kumpulan yang mewakili Dewan Penginapan Pelajar (DPP) di UUM ini..ucapan tahniah dari angin buat kumpulan yang berjaya dinobatkan sebagai Johan Festival Zapin Kontemporari UUM 2009..semoga usaha anda dalam memajukan budaya tari warisan melayu akan terus berkembang...

sekali lagi..angin terasa sayu untuk meninggalkan UUM dengan pelbagai kenangan yang telah angin coretkan bersama rakan-rakan seperjuangan..terutamanya di saat angin diberi kepercayaan untuk mengendalikan program-program peringkat universiti sebagai Emcee...

for those who give me some supported...thank u so much..

Monday, February 23, 2009

terjejas..

salam menyapa lembut dan mesra...

angin kini ingin meungkapkan bahasa cinta di kala angin tidak bercinta dan angin kini mencinta serta tercinta akan kecintaan yang membuatkan angin rasa cinta yang angin cintai dalam penuh kecintaan...

tiada apa yang angin dicoretkan tentang entri ini mengenai cinta..cuma keberasaan cinta itu hanya datang sekali sekala..menjenguk bila terasa suka...
apa yang ingin dikongsikan bersama adalah sedikit rasa TERJEJASnya angin dalam beberapa ketika...

buat beberapa ketika..di sekitar kawasan kampus ini membuatkan angin sedikit TERJEJAS dengan kedaan cuaca yang kurang tentunya...kalau tibanya hujan yang lebat..angin berasa sedikit TERJEJAS untuk keluar ke sekitar kawasan kampus dengan berbekalkan payung...sekalipun berpayung hujan..namun keberadaan hujan itu membuatkan angin rasa tidak selamat untuk berteduh di balik payung...TERJEJAS aktiviti angin bila hujan melanda..hmmm

dan jika hujannya lebat yang telah membasahi bumi Sintok yang permai ini...kadaran yang tidak rata dan tidak saksama akan berlaku buat rasanya kemarau yang melanda...jika nisbah hujan itu sehari..maka..untuk Sintok mengalami musim kemarau adalah selama 6 hari...nisbah purata yang kadarnya tidak rata..maka,angin jua akan berasa TERJEJAS dengan keadaan kemarau yang terlampau...maka,bermandikan peluhlah angin jika tiba di dewan kuliah..satu suasana yang kurang selesa untuk menimba ilmu..berpeluh...hmm..maka,sekali lagi angin akan rasa TERJEJASnya...

apapun yang terjadi..itulah manusia..tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang dikurnia...
-untuk hujan yang turun..setidaknya melembapkan kembali tanah yang sudah gersang..
-buat mentari yang kemilaunya kemarau..membuatkan baju angin akan kering di jemuran..

maka, bersyukurlah selagi mampu untuk menatap indahnya dunia..buat angin yang TERJEJAS dengan segalanya..sedarlah..bahawa rasa TERJEJAS nya itu..ada nikmat dan hikmahnya yang sendiri...

tiada apa yang mampu dicoretkan..hanya sekadar luahan rasa untuk renungan bersama..
-salam sayang..
mesara dari hati
-faiz hj. othman-

Friday, February 20, 2009

Terungkailah segalanya...

Salam mesra...

untuk sekian kalinya setelah sekian lama angin bersuara dengan lunak bahasa..kini angin kembali lagi..dengan nada bersahaja..biar apapun..angin pasti akan bersuara lagi..dan terus-terusan menyemai rasa yang ada bersama..
kali ini..di kala 'entri' ini dititip..angin masih lagi di awangan pagi..menelaah dan membuat sedikit uji kaji..serta melunaskan ulang kaji yang masih berbaki..
pagi yang cerah dengan limpahan sinar sang suria..telah membuka satu ruang pemikiran untuk sentiasa maju ke hadapan..semoga dengan pagi yang indah ini..perjalanan kehidupan yang menanti harapnya akan terisi dengan jutaan harapan dan impian....

apa yang terungkai ini????
2 perkara...

- telah terungkailah tempat praktikum (latihan industri) untuk si Faiz..maka, dengan gembiranya Faiz ingin memaklumkan dan mengumumkan bahawa Faiz telah dipilih untuk menjalani latihan praktikum di syarikat TM, Alor Setar..semoga permulaan kepada perjalanan ini akan memberi satu ruang ke dalam hidup Faiz meniti arus dunia yang kian mencabar ini.

-telah terungkailah kekusutan di benak fikiran..sudah seminggu lebih Faiz telah memikirkan tentang benda apakah yang wajar untuk Faiz hadiahkan kepada insan yang bakal menyarung jubah konvokesyen..Faiz telah memilih untuk memberinya ...................... masih perlu dirahsiakan kerana keyakinan Faiz amat kuat mengatakan yang dia akan membaca entri ini..hihihi

Salam di pagi hari..dan faiz akan kembali lagi dengan curahan rasa dan luahan idea buat menceriakan lagi isi dunia...salam sayang buat semua..
menanti pelangi kan muncul di pagi hari.

tulus dari hati
-faiz hj. othman-

Wednesday, February 18, 2009

teruja+sedih

kalau nak ikutkan perasaan..memang selalu ada yang bercampur baur..kalau digaul..perasaan akan berkecamuk..
untuk edisi hari inie..Faiz telah menjalinkan dua rasa..

rasa yang pertama di kala Faiz menulis entri ini..
-rasa panas di luar cybercafe ini
-rasa sejuk dengan air-cond yang ada dalam cybercafe

sebenarnya..apa yang ingin Faiz nyatakan di sini adalah perasaan yang bergejolak di hati pada saat ini..benar-benar derita..

untuk rasa teruja:
-teruja dapat siapkan iklan 'Corporate Advocacy'
-teruja nak ke KL bersama Kak Manja untuk berjumpa 'gossip partner'
-teruja nak 'present' Iklan 'Public Service Announcement'

untuk rasa sedih:
-sedih sebab Iklan 'Corporate Advocacy' tak dapat antar ke 'Adwave Competition di USM' sebab tak sempat nak dihantar..tarikh tutup hari ini sebelum pukul 5.00ptg
-sedih sebab tarikh nak ke KL bertindih dengan tarikh Kursus Protokol & Etiket Sosial
-sedih sebab fakta untuk 'presentation' jap lagi tak cukup lagi

itulah kehidupan..pasti tidak semuanya mudah seperti apa yang disangka..dan ia juga tidak semudah apa yang kita eja..dan takkan mudah seperti apa yang kita kira..namun, ketabahan sahaja lah yang mampu membawa kita menelusuri segala rasa yang bercambah di benak jiwa...

tulus dari hati
-faiz hj. othman-

Monday, February 16, 2009

'a messy day'

Salam mesra...

14/02/2009
entri ini akan merujuk kepada tarikh yang berkenaan..memang sangat serabut menjadi faiz..
kerana apa saya berpendapat sebegitu???pada hari Sabtu 14/02/2009 ini..beberapa kejadian telah terjadi....

9.00 pagi:
menerima panggilan telefon daripada bonda tercinta..(gangguan di kala tidur pagi) meminta Faiz menghantar barang-barang keperluan meniaga(bonda Faiz menjual burger)yang tertinggal di rumah..seperti mayonis dan juga sos..bukankah itu perkara asas untuk diletakkan ke dalam burger..ish2..tak tahulah mengapa terjadinya lupa..dengan penuh perasaan segan dan silu terus menuju ke bilik air dan mandi dengan ala berkadar dan menyisir rambut dengan jari jemari..terus menuju ke cafe burger..wahh.."ramainya orang"..maka dengan penuh simpati..Faiz meringankan tulang belulang dan terus membantu bonda dan ayahanda Faiz membuat burger..(kadangkala terfikir, mengapa tidak ayahanda Faiz sahaja yang pulang mengambil mayonis yang tertinggal?)..hairan sejenak..mungkin itu adalah taktik bonda Faiz untuk meminta Faiz membantunya di sana dalam nada yang tidak sengaja...kihkihkih
-alangkah susahnya menjadi Faiz

11.00 pagi:
masih lagi di cafe burger membantu bonda dan ayahanda meniaga burger..sedangkan di kala itu,mesej bertalu-talu menyatakan 'discussion 4 assignment' akan dilakukan jam 2.00 petang..sedangkan jam 11.oo pagi..Faiz masih lagi di rumah..masih tidak pulang ke kampus dalam misi menyempurnakan 'assignment'...arrgghhh..ngeri..dan jam 11.00 pagi juga menyaksikan yang Faiz masih belum mengalaskan perutnya yang selalunya akan di alas dengan makanan yang bukan sebagai pengalas tetapi sebagai pengisi(maksudnya,banyaknya Faiz makan sekalipun di waktu pagi...malula pulak).
-betapa susashya menjadi Faiz

12.30 tghhari
kini, Faiz telah pulang ke rumah dan mengemas semua barang-barang keperluan untuk kembali ke kampus..maka, Faiz sekali lagi dengan tidak sempat mengalas perut terus meluru ke 'bus stand' untuk pulang ke kampus...hanya berbekalkan sebungkus roti..itu bukanlah sesuatu yang sesuai dijadikan pengalas perut di saat jam telah menunjukkan 12 tghhari...dengan penat menjual burger pun tak hilang lagi semputnya..faiz kembali ke kampus untuk misi yang lain pula. -hairannya..mengapalah banyak keje si Faiz

1.00 ptg
setibanya di kampus dalam keadaan berasak (bas di UUM tidak akan sunyi dari manusia kalau ianya hujung minggu)..maka tiba di bilik dengan penuh redha dan meninggalkan barang yang di bawa pulang dari rumah...dan mencapai pula barang yang diperlukan untuk misi menyiapkan 'assignment'..'rumate turut bersimpati melihatkan faiz tidak lagi terurus seperti sediakala..hmm
terima kasih 'rumate' atas rasa simpati..namun tetap tidak dapat MERUBAH SEGALANYA(macam tajuk lagu jer??) mungkin ini yang bermain di fikiran 'rumate'....
takkan Faiz tak berhenti untuk menghilangkan penat???hairan..
-tabahnya menjadi Faiz...

1.30 ptg
edisi makan tengahari..walaupun hanya beralaskan sebungkus roti..namun, Faiz tetap jua untuk mengisi perut dan tidak lagi mengalas perut..jika di saat ini..faiz tidak mengisi perut, maka dia tidak akan sempat mengisinya lagi di saat harinya yang sudah terisi dan akan diisi dengan pelbagai pengisian..
-alangkah kesiannya menjadi Faiz

2.00 ptg
bermulanya misi menyempurnakan 'assignment' untuk subjek Periklanan Elektronik...di waktu ini..bermulalah proses pemikiran kreatif yang memerlukan semua individu dalam kumpulan kerja bagaimana untuk mendapatkan ini... 1 + 1 = iklan... inilah formula untuk Faiz mendapatkan ilham menghasilkan iklan...arrgghh..bayangkan di kala mentari tidak lagi sembunyi dan terang-terangan menyimbahkan kemilaunya..tak dapat terkuis fikiran untuk memikirkan tentang sesuatu yang kreatif pada sebelah petang..(sebenarnya ia adalah tidur 'time)...hehehe
-semoga Faiz akan terus tabah menjalani hari ini

6.30ptg
Si Faiz nie..dengan redha dan tabahnya terus pulang ke kamar sepi walaupun dengan menaiki V6(berangannya si Faiz..cakap je tumpang kete kawan..huhu)...setibanya di kamar..terus mengemas barang yang dibawa pulang dari rumah dan menmasukkannya ke dalam almari..hmm..dan terus mencapai tuala..ke bilik air dan bermandi manda dengan tenang agar kekusutan hari ini terlerai sedikit...
dengan perasaan segar, Faiz terus mencapai pakaian dan terus 'landing' atas katil memikirkan kepenatan yang melanda untuk sekian harinya..
maka, Faiz dengan lagak gaya seperti anak comel tertidur dengan kepenatan...
-semoga tidur ini akan mengurangkan tekanan buat Faiz..redhalah wahai Faiz.

8.30mlm
terjaga dari tidur dengan penuh rasa berdosa...terus mencapai peralatan yang diperlukan untuk proses editing video iklan 'psa'..maka Faiz dengan penuh kemengantukan..pergi meninggalkan kamarnya lalu menuju ke 'Varsity Mall' (sekali lagi, hanya warga UUM sahaja yang mengerti erti Varsity Mall)..berjumpa dengan anggota crew editing...
tiba-tiba..Faiz dengan mengejutnya terus terfikir..adakah cukup keperluan yang telah disediakan??maka, Faiz menjalankan semakan semula...hmm..benar apa yang dirasa..Faiz telah ketinggalan microphone dan headphone untuk lakukan proses 'Voice Over'..sedihnya Faiz untuk kembali ke kamar mendapatkan microphone dan headphone...
-gigihnya Faiz berulang alik dari Mall ke kamarnya..

9.00mlm
Faiz tiba di laman perpustakaan..mengadap segala kepayahan yang timbul ketika proses 'editing'..wah..Faiz kini menjadi semakin tabah kerana video yang telah diedit separuh tidak dapat dibuka kerana 'File Corrupted'..arrgghh...rasa seperti Faiz telah mencurahkan airmata dengan sengajanya..saja nak minta simpati..huhuhu..maka, dengan redha Faiz melakukan proses editing semula..jika proses shooting memakan masa selama 10 jam..tidak kurang hebat juga dengan proses editing yang memakan masa selama 8 jam...maka Faiz dan seluruh krew produksi telah berkira-kira..untuk menyiapkan video durasi 2 minit, kami telah menghabiskan 18 jam..
hahaha..memang sangat amatur kami bekerja
-Faiz kembali ke alam tabahnya...

5.00 pagi (hari berikutnya)
Faiz telah pulang ke kamar tapi kali ini Faiz terpaksa menumpang di bilik rakan yang jarak kamarnya lebih dekat dengan perpustakaan..kerana tak sanggup menghabiskan tapak untuk menapak pulang ke kamar yang memakan masa 20 minit dari perpustakaan..
-dahsyatnya ujian buat Faiz.

5.30pagi
tiba di kamar rakan seperjuangan...masih tidak dapat memejamkan mata sekalipun telah menjangkau jam 5.30 pagi kerana rakan Faiz yang sorang nie..mentang-mentangla da lama tidak bersua muka...maka bermuka-muka lah cerita dan gosip antara kami..bukan sahaja bermuka..malah sedarlah wahai manusia sesugguhnya anda telah menambah dosa dengan mengumpat segala...hihi...(ish..bukan ngumpatla..tetapi mengata sedikit je..hehe)
-'very the' si Faiz nie..ngumpat pun sempat.

6.30pagi
Faiz akan melabuhkan harinya yang kelam kelibut dengan tidurnya yang telah ditangguhkan atas bermacam alasan...maka, Faiz dengan nyenyaknya telah melelapkan mata..maka, tamatlah segala kepenatan Faiz buat seketika..
-semoga amanlah Faiz di lain hari.

*jangan lupa nantikan episod suka duka 'a messy week Faiz yang akan menyusul tidak laam lagi kesinambungan daripada episod 'a messy day'..
-tabahlah wahai Faiz..

tulus dari hati
-Faiz Hj. Othman-

Iklan 'Corporate Advocacy'



Salam mesra..


di kala bayu bertiup sayu dan manjanya mentari menjengah hari..aku kini kembali normal dengan keadaan yang tenang dan teratur menjalani kehidupan seperti sediakala..

sepatutnya,di saat aku menyiapkan 'entri' ini aku juga sering terfikir mengapa tidak entri 'a messy day' yang aku dahulukan dalam laman ini..aku terlupa tentang itu (seringkali aku mengalami masalah ini, lupa)..sukar untuk mengingati sesuatu perkara..itu tandanya aku sudah semakin tua menuju ke zaman usia..


ceritanya di sini adalah hanya untuk berkongsi suka dan luahan duka bagaimana aku berjaya menyempurnakan misi menyiapkan tugasan untuk subjek media integratif..Iklan 'corporate advocacy'..hanya video untuk durasi selama 2 minit...


video yang mengisahkan tentang bagaimana pengaruh 'media baru' benar-benar memberi kesan terhadap rutin seorang remaja...menceritakan seorang gadis remaja yang ingin ke 'coffehouse' dalam satu misi temujanji..terjumpa dengan remaja-remaja yang seusia dengannya dan mereka mengaplikasikan kegunaan teknologi dengan sangat meluas ke dalam kehidupan mereka..alangkah bahagianya dunia masa kini..di sana sini teknologi..namun, apa yang ingin disampaikan di sini..."WALAU SEJAUH MANAPUN TEKNOLOGI MEMBAWA KITA, TETAP ADA PERKARA YANG LEBIH BERMAKNA JIKIA DILAKUKAN DENGAN CARA LAMA"


semoga dengan mesej yang disampaikan ini..kita akan lebih menjalani kehidupan berkomunikasi dengan cara dan kaedahnya yang begitu sempurna agar terasa nikmatnya berada dalam hidup yang nyata..semoaga anda terhibur....

Saturday, February 14, 2009

Sedihnya...


Salam mesra..

angin kembali bersuara..malam ini memang terasa syahdu..sekalipun angin di bahagian utara pada sebelah siang membuatkan tersa bahangnya, namun pada malam ini, aku terharu dan terasa sedih sendiri..

sepatutnya aku kini mungkin tengah gembira dengan cerita terbaru yang aku tonton di panggung, namun apakan daya..inilah kali pertama aku terpaksa tinggalkan panggung setelah separuh cerita aku saksikan..di saat-saat aksi yang memuncak, aku telah keluar dari panggung..aku terpaksa pulang ke rumah untuk membawa pulang ubat yang mak aku kirim untuk adik aku..tetiba je malam nie dia nak sakit..muntah-muntah..dengan penuh kecewa dan berbaur sedih aku meninggalkan rakan-rakanku di panggung dan kembali ke pangkuan keluarga kerana adikku tidak berapa sihat..semoga kesihatan adikku akan bertambah baik..

pengembaraanku bersama upin dan ipin terpaksa aku ikuti di lain kali..berat benar hati ini..namun apakan daya,aku termampu untuk lakukan yang terbaik untuk adikku..

esok aku akan pulang ke rutin harian yang memualkan dan membosankan..serta akan membuatkan aku jadi tak tentu arah..a messy day come 2morrow..kembali ke kampus dengan harapan ada sinar baru yang bakal ku temu..minggu yang meletihkan..tak sabar untuk aku menamatkan sesi perjalanan panjang ini..dan aku kini bersedia untuk menempuh ke alam baru..
semoga mudah bagiku untuk bertemu jalan yang tidak berliku...

dan harapnya malam ini aku akan lena dengan tenang..tanpa ada sebarang gangguan pemikiran..
salam mesra dan salam sayang untuk semua..

-faiz hj. othman-

Thursday, February 12, 2009

jadinya 5 kejadian

Salam mesra..


tetiba terjadi rajin untuk menulis blog..bak kata aku kepada kak manja..kumpulkan kekuatan untuk menulis blog jika anda berada di luar kawasan terhadnya penggunaan internet..maka dengan penuh semangat dan kekuatan yang ada..dan daya ingatan yang telah ku kumpul ini..maka, terciptalah entri ini..


entri ini dianggap sebagai keterlanjuran dari sebuah episod bosan..walau anda berada di kawasan yang khalayaknya ramai, jika hati anda mengatakan ia bosan..maka, anda akan tetap bosan..ketahuilah dan percayalah..dan terimalah 'jadinya 10 kejadian'


-bermula seawal pagi..rumate telah membuatkan tidurku terbantut..namun, thank to rumate kerana membuatkan aku sedar betapa pentingnya bangun di awal di pagi hari..membuatkan minda ku cergas....namun kecergasan minda ku terus jadi serabut serabai(memang setiap pagi pun serabut) disebabkan tugasan meng'edit video iklan ku..
arrrgghhh....bayangkan kuar menembak selama 10 jam untuk siapkan iklan 2 minit...peningnya nak edit..

-recieve call from Kak Manja..aku perlu berada di Pusat Sukan & Rekreasi UUM jam 8.30 pagi..sedangkan waktu aku terima call dia..da kul 8.00...arrgghh...permulaan pagi yang tidak menyeronokkan..rushing..makanya mandi hanya untuk temph 10minit..tidakla terasa menyegarkan..apakan daya

-setibanya di Pusat Sukan & Rekreasi,ramai telah berada di sana untuk menjayakan raptai pertama Sambutan Jubli Perak UUM...aku seperti biasa bertindak sebagai emcee unuk majlis tersebut...mungkin itulah 'event' terbesar UUM yang aku jayakan untuk terakhir kali..(macam tajuk lagu la plak)

-pulang dari raptai di Pusat Sukan & Rekreasi UUM..aku mula berkemas untuk pulang ke rumah...seperti dalam entri lepas..pulang untuk merungkaikan kekusutan..nak setlekan pasal praktikum..harapnya berbaloi kepulanganku ini..sebelum tiba di rumah..sempat bersama rakan-rakan di Jitra menghiburkan hati yang serabut serabai..dan teman wan beli seluar..then yang paling penting hari nie..aku mulakan dengan semangat baru..g saloon..untuk gunting rambut dengan imej baru..harapnya ok..siap basuh rambut sekali..(imej baru akan disiarkan dalam entri berikutnya)...hehe

-tibanya di rumah..terkejutnya dengan keadaan bilikku yang sudah berubah rupa..rajin pulak seluruh isi rumah mengemaskini keadaan bilikku..cuma sedikit tidak puas hati..aku nak kembali kedaan bilikku yang asal..tapi tak mengapa,aku cuba untuk biasakan diri dengan keadaan bilik baruku ini..

kembali ke alam nyata..mata pun dah tak larat nak menampung derita..ngantuk..jom larik..nak g tido..

daa...nyte

Keluar "menembak" untuk Iklan PSA

Salam mesra..

Aku terpaksa tangguhkan untuk menulis 'entri' ini kerana kesibukan dan sedikit kekusutan telah melanda diriku untuk beberapa hari..kusutnya hari-hari telah berlalu..dan aku kini di rumah juga untuk merungkaikan kusutnya hari-hari..

10/02/2009

Aku telah memulakan hari ini dengan penuh gembira dan sangat teruja kerana aktiviti biasa tiap semester akan aku lalui untuk sekian kali..dan mungkin ini agak bermakna kerana aktiviti menembak ini turut disertai oleh mereka yang bukan komuniti..hmm..dan pasti terasa lebih bermakna kerana aktiviti menembak kali ini mungkin antara yang terakhir untuk semester ini..
arrghh,pengalaman yang sukar untuk dilupakan..

seperti biasanya ada, aku keluar menembak dengan berbagai props agar lebih 'real' hasilnya nanti..bermula seawal jam 9.00 pagi, crew tembak aku telah keluar menuju ke DKG 5 (hanya warga UUM akan mengerti erti sebuah DKG)...dan kali ini..aktiviti menembak tanpa ada kemudahan pengangkutan yang selesa sebenarnye memang memenatkan..namun, hakikat bahawa perjalanan dengan kaki akan rasa lebih bererti..

cuma, terasa sakitnya hati bila bas yang dinanti tak pula nak berhenti..penantian di DKG 5..mungkin agak pelik tabiat si pemandunya..atau mungkin terasa pelik untuk melihat segerombolan crew menembak dengan pelbagai rupa pakai menunggu bas ditepi jalan yang tidak selayaknya menunggu..untuk juga menaiki bas, kami segerombolan menuju ke Tradewinds(sekali lagi hanya warga UUM yang tahu jarak antara keduanya) untuk mendapatkan bas tersebut dan kali ini di ruang menunggu yang sebenarnya layak untuk menunggu..

Setibanya di Changlun maka, bermulalah scene ke 3 untuk aktiviti menembak kami...kali ini terasa pelik kerana tiada sesiapa di ruang kami menembak..hanya ada si pekedai..
Bermulalah adegan lucu untuk si pekedai..mungkin ketidak biasaan mereka melihat aktiviti tembak menembak..cuma sesekali kelihatan lucu dan mencuit hati..gelagat mereka seolah-olah tidak mengerti membuatkan pentanya kami menembak terubati..

Akiviti menembak dihentikan seketika kerana memberi laluan kepada waktu makan tengahari..
hahaha..lunch time..adegan di meja makan juga turut mencuit hati..seorang dari crew menembak kami mungkin telah cedera di hati..airmata terus mencurah-curah jatuh membasahi bumi..
adeke patut??adegan syahdu di tengahari...tatkala perut dah berbunyi-bunyi dan dengan sakitnya hati melihat karenah akak kerek yang hantar makanan tak berbudi(gaya ganas macam nak belasah kami)..kembali ke adegan syahdu..bertemankan airmata hanya untuk mendapatkan sebuah telefon bimbit..modal airmata yang cukup berkesan..tak sampai pun beberapa minit, wang telahpun di bankkan ke akaun pemilik airmata...tahniah kepada mata yang berjaya mengekuarkan air dan tak sia-sia akhirnya mendapat pulangan RM 800 untuk mendapatkan sebuah telefon bimbit..itulah antara adegan di meja makan..

Setelah selesai menjamu selera..tugas tambahan adalah mendapatkan watak-watak ekslusif untuk scene 'gathering'..bayangkan betapa Cahnglun adalah rumah kedua warga UUM..tak sampai pun beberapa ketika kami telah mendapatkan watak tambahan..maka, lengkaplah scene kami di Changlun..

kembali ke UUM untuk menembak beberapa scene lain..kali ini dengan penuh redha kerana waktu sekitar 4.30 petang untuk menamatkan berbaki lagi 2 scene..ketabahan yang ada..crew menembak yang asalnya berlima dari pagi sudah tinggal 3..bayangkan ada dua watak dan satu jurukamera..kelakarnya..namun apakan daya, tugasan ini harus disempurnakan juga...
selesai sahaja keseluruhan scene sekitar jam 7.00malam..hahaha..
pengembaraan yang sangat memenatkan..hanya untuk menyudahkan iklan 2 minit..
perlukan aktiviti menembak selama 10 jam..huh..tanpa kenderaan..memang tak masuk dek akal..crew menembak keluar ke lokasi dengan sarat barang-barang keperluan menembak hanya menaiki bas..fuh..dahsyat..sangat cut cost..hehehe

akhirnya, meraikan kejayaan menyempurnakan scene untuk 10 jam kami menikmati makan malam istimewa bersama pelakon dan crew menembak di Subaidah(sekali lagi warga UUM yang mampu menghuraikan kordinasi ini)..

Tamatlah beberapa kepenatan di sekitar hari menembak...

pelakon watak utama dan mrs director

sekali lagi pelakon watak skema..huhuhu

Sunday, February 8, 2009

BOSAN

Salam Mesra..

Kalaulah dikatakan anda tidak mempunyai aktiviti harian??huh..memang sangat membosankan..dan.adakalanya aktiviti harian juga tampak kebosanan..maka malanglah bagi mereka yang merasai nikmat kebosanan itu..
dan untuk aku..adakalanya,terasa syahdu bila bosan mula menjengah aku..
macam-macam kerenah dan perkara yang aku akan cuba dalam memastikan kebosanan aku terhindar..sebenarnya di saat aku mencoretkan rasa bosan di dalam blog ini..ketahuilah bahawa aku sedang dilanda bosan..yang sangat-sangat bosan..kesinambungan dari episod bosan semalam...

Semalam,saat diri mula terasa bosan di waktu yang sama(sekitar jam 2 petang)..mungkin dapat disimpulkan bahawa puncaknya bosan adalah selepas makan..huhu..dan antara aksi semalam untuk aku cuba menghilangkan bosan adalah membuat satu sumbangan peribada ke dalam phone sendiri..sumbangan yang berjaya aku sumbangkan adalah menyumbangkan lagu....memang sangat sumbang..

jadi, sebelum aku melangkah bosan untuk ke kelas yang intinya tidak terasa bosan..mengujakan..aku akhiri kebosanan ini dengan penuh lemah longlai..arrgghh...bosan

Tuesday, February 3, 2009

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2009


Salam mesra...

kemeriahan sambutan sempena penganjuran Karnival Pengajian Tinggi Negara masih lagi terasa walaupun telah berlalu untuk beberapa hari..

Sebenarnya lebih kepada pengalaman peribadi menyertai secara langsung karnival sebegini yang mana merupakan karnival seumpamanya yang julung kali aku kunjungi..

kunjungan kali ini terasa sangat bermakna keran turut disertai bersama mereka yang sangat dekat dengan aku..tambahan pula,aku kini telah menjadi sebahagian daripada sejarah pengajian tinggi negara..kerana aku juga kini sedang mengikuti pengajian di salah sebuah institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA)..

maka, pemergian aku ke karnival ini semata-mata untuk melihat kemeriahan sambutan juga untuk memberi sokongan kepada sektor pengajian tinggi negara...

sekalipun kini kedengaran suara-suara yang kurang enak bercerita tentang kegusaran mereka terhadap sektor pekerjaan di Malaysia...namun, pengajian tidak perlu diabaikan..biar apapun kesudahan dan penghujungnya...yang pasti kita harus bermula untuk bertemu penghujungnya

dan bila di hujung sudah tiba...maka kita akan terima pengakhirannya dengan oenuh terbuka serta lapang dada..

keterlibatan abang yang turut sama menjadi sebahagian dari komuniti yang menjayakan karnival ini sebenarnya membuatkan aku begitu teruja untuk menyaksikan sendiri kemeriahan ini...peluang yang ada juga aku manfaatkan untuk menimba pengalaman dan sedikit pengetahuan tentang pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi..ini mungkin sekadar persedian aku di masa hadapan untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah..mungkin penitian dan perjalanan itu terasa terlalu jauh...tapi,hasrat untuk teruskan perjalanan masih menebal..

semoga apa yang aku perolehi sepanjang penganjuran karnival ini mampu aku manfaatkannya..