Tuesday, April 27, 2010

Rindu Lagi


salam menyapa mesra..

pernahkah kita rasa rindu yang membuak-buak dalam dada???
seharusnya itu lumrah biasa..dan kini, ianya melanda lagi..

rindu ez pada semua perkara..
dan setiap apa yang pernah ez rasa...
dan pada semua yang sentiasa bertakhta..
selamanya rindu akan membara..

sejauhmanakah ez perlu menyemai rindu pada semua....??

ez rindu pada kenangan kita yang lama-lama..
ez rindu saat mana memikul tugas menjalankan semua kerja
ez rindu leteran cikgu yang kerjanya mencurah ilmu di dada..
ez rindu kisah-kisah nakal anak remaja..
ez juga rindu untuk bersama rakan..jauh dari keluarga..
ez rindu semeriahnya menyambut hari raya
ez rindu saat kita gelak tawa bersama..
ez rindu tangisan kita yang berlinang dan bergenang di mata
ez rindu telingkah kita pada suatu ketika
ez rindu laparnya kita berbuka puasa..
ez rindu saat kita mencurah rasa dan berkongsi cerita..
duka dan lara..tawa dan gembira..
ez rindu saat mana berjalan bersama..jatuh dan kecewa..
ez rindu semuanya dan semua yang kita kongsi bersama..
saat lama dulu...rindunya tak terhingga..
untuk rindu merasa semuanya..
masa dah berjalan dan putaran telah bermula..
rindu yang lama...adalah tetap rindu selamanya..
kalaupun perkara yang sama di ulang suatu ketika..
tetap takkan pernah sama..
sama tapi berbeza..
jaraknya telah memisahkan kita...
namun, di hati..ez masih percaya ia tetap sama..

salam rindu buat semua...
menjengah sanubari dan bertahan sekian lama...

Thursday, April 22, 2010

Hari Bumi Sedunia

Salam menyapa mesra..

angin masih lagi di tempat kerja..
menghabiskan sisa-sisa kerja yang masih lagi berbaki..kiranya ada ruang untuk angin siapkan sepenuhnya..baik angin terus siapkan..

apapun, angin ingin kongsikan bersama semua..betapa angin gembira dan teruja untuk menyatakan bahawa angin ingin menjadi antara mereka yang sama-sama menyumbang kepada kehijauan bumi kita..

langkahnya bermula tatkala angin menghadiri

Majlis Pelancaran Kempen Menanam 26 Juta Pokok Peringkat Negeri Kedah

yang berlangsung di Taman Jubli Emas, Alor Setar, kedah..

angin ke sana menjalankan tugas angin sebagai wartawan syarikat dan angin telah menyaksikan semua peristiwa bersejarah itu..dan telah merakamkan segala detik indahnya..
apapun angin benar-benar teruja dan bangga dengan usaha yang dimainkan oleh semua pihak dalam menjayakan program terbabit..
apa yang menariknya, pelajar sekolah dan NGO yang terdiri dari kalangan pemudan yang masih belia remaja turut serta menjayakan program terbabit...

Kempen yang bertemakan Menghijaukan Bumi Satu Warga Satu Pokok itu selamat disempurnakan perasmiannya oleh YAB Menteri Besar Kedah..


angin telah menyatakan hasrat untuk sama-sama menyumbang tenaga ke arah menghijaukan bumi kita..
bagaimana dengan anda..sahutlah saranan kerajaan untuk menjadikan 50% Malaysia adalah diliputi kawasan berhutan..

kehijauan untuk kesegaran bersama...
dan ketenangan adalah dari hijaunya bumi kita...

Wednesday, April 21, 2010

oh...hari


salam menyapa mesra..

hari makin bertambah dengan bebanan yang tak terjengah..
makin sibuk dan penuh dengan onak yang mendepani..

kehidupan takkan pernah berhenti dengan ujian dan dugaan..
inilah lumrahnya pengisian sebuah kehidupan..
apapun angin benar-benar teruja untuk menyatakan kegembiraan angin terhadap beberapa perkara..
angin benar-benar suka bersama dengan sekaliannya yang sepenuh hati mengasihi dan menyayangi..
dan sekalian lagi yang benar-benar menabur budi terhadap angin sepanjang keberadaan ini...




selamanya angin tak pernah berasa sunyi..walaupun mehnah yang datang menguji..
saban hari dengan corak yang angin tak pernah dugai...
cekalnya hati ini kalau ia benar berada pada landasan yang diredhai..
angin punya jutaan hati yang menemani..
bukan sahaja teman di kala sunyi..
malah tumpang gembira bila ceria hati ini..




oh hari...inilah yang angin nantikan..
bila kita tidak pernah sunyi..
dan bila gembira datang kembali..


angin benar memerlukan sokongan dan dorongan..
kalaupun ada yang menentang apa jua keinginan..
tentanglah dengan punuh alasan..
dan bukannya tentangan yang kosong tanpa tujuan..

angin perlukan jalanan yang landasannya adalah cabaran..
dan angin inginkan jalananan yang laluannya adalah dugaan..

sepenuh hati ini..angin kagum dengan tiap insan yang menemani sepanjang sisi..
tahniahdan terima kasih buat semua..
kagum untuk kalian yang sentiasa bersama..

oh hari..
demamlah sekalian hari kalau tiada lagi mereka di sisi..


Friday, April 16, 2010

masih di sini..kekal di sisi

Salam menyapa mesra..

Alhamdulillah, banyak yang telah berjaya angin lakukan dalam masa beberapa hari ini..
dan kini, angin masih lagi di sini..menyempurnakan dan melaksanakan segala misi..

menyempurnakan segala misi, siapkan segala tugas yang diberi..dan kami telah bersama-sama di sini menyiapkan semuanya dalam nada yang sama dan rentak yang sekata...
tiada apa yang membezakan dan memisahkan kasih kita semua..
bila kita bergerak dan serentak berarak..
maka, tiada apa yang perlu dikhuatirkan..kerana kelak kejayaan yang cerah itu,..adalah titik penghasilan kepada penyatuan semua..
dan inilah formula kepada sebuah kejayaan..

sambil, melayan perasaan ini..dengan Rahsiaku Milikmu dendangan penyanyi kegemaran angin..
angin benar-benar terasa akan nilai kebersamaan ini..
sedih dan duka kita...adalah milik kita bersama dan kekal bersama kita..
suka dan gembira kita juga...adalah rasa yang kita kongsi bersama..
semoga kebersamaan ini..kekal untuk selamanya..dan bertahan sehingga kejayaan sebenar milik kita semua..

salam sayang buat semua..

-Faiz Hj. Othman-

Tuesday, April 13, 2010

huh

salam menyapa mesra...

angin kembali bersuara..cuma nadanya agak berbeza..angin letih untuk terus bersuara...
hari nie, angin x berapa nak sihat..ujian Tuhan hari nie..walaupun hanya sekecil cuma..namun agak terjeas dan terganggu untuk angin hadapi..
namun, angin kena kuat..ujian itu tandanya masih ada ruang untuk kita perbetulkan keadaan..
kini, apa yang angin alami adalah perkara biasa...yang selalu sangat angin rasa..
cumanya..tiada daya upaya untuk angin teruskan jalan ini...

apapun..angin panjatkan kesyukuran pada yang Maha Esa..kerana angin masih di sini untuk menatap bumi NYA..
dan Alhamdulillah..tiada apa yang merubah rasa angin..
angin sentiasa rasa cabaran dan dugaan adalah mehnah biasa yang perlu angin tempuhi..
cumanya...cara angin tempuhi laluan ini perlu sedikit bantuan..

Wednesday, April 7, 2010

kita menilai kehidupan dari sudut yang berbeza

Salam mesra..

kita sentiasa melihat akan kejayaan insan lain..dan kita sering menjadi pendengki terhadap sesuatu yang insan lain miliki dan pastinya tertanya mengapa bukan kita..
sebaliknya..tahukah kita apa yang mereka miliki itu adalah serupa dengan apa yang menjadi milik kita..
cuma mungkin bezanya..kita miliki apa yang mereka ada dalam keadaan dan cara yang berbeza..
seharusnya, sebelum kita membuka bicara tentang apa yang orang lain ada..
kita nilai dahulu..adakah apa yang kita ada..benar-benar kita gunakan sebaiknya..
atau kita biarkan terlepas begitu sahaja..
jadi..janganlah kita melihat setiap yang orang punya..sebaliknya..kenal dulu milik kita..
mungkin juga..ada yang terlebih pada kita..terkurang pada yang lainnya..
bezanya antara nisbah yang kita ada..dengan mereka-mereka
adalah sejauh mana yang kita ada..benar-benar terasa seperti ia ada..

jadinya..kehidupan ini...coraknya hampir sama..
yang membezakan kita dengan yang lainnya..adalah tingkah dan tanduk kita..
kita mungkin lihat kejayaan milik kita dan milik yang lainnya berbeza..
namun, yang menjadikannya sama..apabila kejayaan juga yang disebut mereka..

kalaupun kita kalah pada suatu ketika..
orang lain juga akan turut rasa kekalahan yang kita ada..mungkin lebih teruk kalahnya dari kita..

cuma harusnya kita ingat..jangan lah kita mendabik dada..dan mendongak tak pandang ke tanah rata..
kerana..apa yang kita ada...bukanlah selamanya terjamin milik kita..
ianya..belum tentu masa akan kekal bersama kita..
entah esok atau lusa..terbangnya entah ke mana..
dan hilang semua yang kita ada..
eloklah kalau kita panjatkan syukur pada yang MAha Esa,,
kerana..kuasanya..mampu memilikkan apa yang kita ada..
dan kuasanya jugalah yang bakal melenyapkan semuanya..

kehidupan kita..seinci mungkin berbeza..tetapi akhirnya tetap sama...
kitalah yang menilai kehidupan dari sudut yang berbeza...

-easzasif-
Alor Setar
6 April 2010
20:15