Tuesday, March 24, 2009

Shooting iklan corporate advocacy II (pemanasan global)

Salam mesra..

aku kembali lagi..setelah sekian lama menyepi..sunyi dan sepi tanpa sebarang bunyi...
setelah menghabiskan sisa-sisa minggu di luar negeri Kedah..aku terasa aman dan tenang sekali..meminggirkan diri dari segala kekusutan (memang diri sangat kusut masai)
pertamanya..aku begitu gembira untuk menceritakan detik-detik dan saat-saat menjalankan penggambaran untuk iklan kedua aku bagi semester ini..iklan ini agak merunsingkan sebenarynya..kerana setelah beberapa kali tajuk aku telah ditolak oleh pensyarah agar memilih tajuk lain..jika tak salah dari segi kiraan..hampir tiga kali kami satu produksi menyerbu pensayarah untuk membenarkan kami menukar tajuk..namun, kami telah diberi untuk menjalankan penggambaran mengenai 'pemanasan global'..sebenarnya..tajuk yang diberi..terasa bagai cabaran yang mendatang..arrgghhh..susah jugak rasanya tajuk 2..

ok..di hari penggambaran berlangsung pada : 20 /03/2009 (Jumaat)
baik...kami telah bertungkus lumus..bergegas..apa lagi perkataan yang menunjukkan kelam kabut dan tergesa-gesa???hmm..itulah keadaan kami..telah keluar ke lokasi penggambaran pada jam 9.00 pagi..dan seterusnya kami ke Taman Universiti mencari pelakon seciliknya dan sekecil molek..memang produksi ini memerlukan pelakon kanak-kanak..bukankah terasa payah dan sukar untuk menemukan pelakon kanak-kanak yang bagus tahap lakonannya..maka, di pagi Jumaat yang terik..kami telah mengucar-kacirkan taman tersebut dan mengetuk pintu rumah makcik dan pakcik yang kami rasakan terdapat kanak-kanak di rumah tersebut..

dengan penuh ketebalan di muka..maka kami telah berjaya mendapatkan 5 orang pelakon kanak-kanak yang sangat comel dan sebenarnya punya bakat yang besar dalam bidang lakonan...(pujian untuk pelakon kanak-kanak..bestnya lakonan dorang)..

kejayaan pertama kami mendapatkan pelakon kanak-kanak kemudiannya diuji dengan langkah untuk memberi mereka keterangan mengenai peranan dan watak mereka....bayangkan, kanak-kanak berusia 5 tahun..terpaksa dilatih dengan lakonan dan menggunakan kamera..arrgghh..
bebanan sekali lagi...untuk scene ini..kami cukup berterima kasih kepada rakan produksi yang berbakat menjadi guru tadika kerana beliau telah mendidik anak bangsa tersebut mengenai peranan dan watak mereka...2 baru masalah watak..belum lagi masalah nak suruh mereka cakap apa yang mereka perlu cakap..dah la banyak perkataan yang perlu dilontarkan..maka, kanak-kanak memulakan sesi penghafalan dialog mereka...

huh.,.agak sukar sebenarnya menyiapkan tugasan ini sekalipun hanya mengambil masa selama 5 jam untuk sesi pengambaran..namun, disebabkan terlibat dengan kanak-kanak..ada kalanya kami terasa susah untuk menguruskan dan mengendalikan kanak-kanak...arrgghh..bayangkan..tengah sibuk dapatkan shot yang terbaik..tetiba kanak-kanak 2..mengadu lapar..selamat la x minta nasi..kalau x..abang2 dan akak2 produksi jenuh nak mendapatkan nasi di hari jumaat..maksudnya kedai banyak yang tutup...

ok..jadi dipendekkan cerita..iklan ini telah disiapkan dan disempurnakan dengan jayanya..baik..
tapi x mampu nak tunjukkan dekat semua iklan nie sekarang..nanti menyusul entri tentang iklan ini k..daa

No comments: