Thursday, November 27, 2008

Bosannya..kalaulah dapat kerja

Kedinginan malam menjengah tubuh,menusuk seluruh tulang belulang...mana taknya,kena berjemur bawah embunan malam nie bersembang ngan CIK SERI kat luar umah sambil diperhatikan oleh pakcik2 n abg2 yang sibuk buat persiapan kenduri kahwin(jiran sebelah)....

Hari nie memang sangat membosankan..dari pagi lagi setelah siap sarapan n berkemas...
menjengah dada akhbar dengan bermacam topik hangat dan suam2 kuku..namun yang paling menangkap pandangan, bila terbaca artikel tentang TEH...minuman yang sangat disukai walau dimana saja atau bila2 masa...teh memang sudah lama ditemui dan mengikut sejarah(subjek yang paling tidak diminati..huhu), teh dikatakan telah dijumpai di negara seperti India dan Burma..tak kisahla kat mana pun dijumpainya teh tersebut, namun hakikatnya kini, teh telah menjadi sajian minum petang yang sangat sinonim dan ada yang mengatakan teh juga mampu memberi ketenangan kepada peminumnya(not sure)...apa pun fenomenanya yang dikaitkan dengan teh..aku tetap berminat untuk menghirup sekotak teh bunga..hmm aromanya sangat menyelerakan..dan tak kurang juga secangkir teh hijau yang sangat menenangkan....
itulah hakikat teh yang perlu diketahui..sedapkan??? topiknya hari nie bukanla mengenai teh..

Itu semua sedikit kisah mengenai pagi hari yang sangat membosankan..maklumlah, bila dah mula cuti semester, segalanya serba tak kena...bosan sangat2 hari nie, sampaikan tertido untuk kedua kali pada hari nie...disebelah tengah hari..dan sebelah petang..bosan sangat..kadang2 terfikir sejenak, kalaulah sekarang nie aku bukan sebagai seorang pelajar dan aku merupakan seorang yang bekerjaya...mungkin tak bosan sangat agaknya..lama pula rasanya tempoh satu semester lagi yang berbaki untuk aku tamatkan pengajian(tak termasuk latihan industri..praktikal la 2)...fikiranku untuk bekerja merewang tatkala aku menyiapkan hidangan makan malam...bukanla makan sangat, anggap je minum petang yang terlebih masa...sebab siapkan kuih lambat sangat sampai tak boleh nak makan untuk petang..jadi hidangan tersebut menjadi sajian di waktu malam...inilah hidangan tertunda aku untuk petang nie..

Secankir milo kosong yang sangat kau..

dan kuih karipap yang siap buat maghrib tadi..

Dalam beberapa minit dan ketika saja lagi nak masuk hari esok..maka 'angin' yang bertiup sepoi malam nie akan mula berhenti meniup..dan biarkan embun malam sepi sendiri ditemani cahaya rembulan dan kerdipan bintang...

Biar 'angin' kembali semula esok untuk menatap ceria wajah dunia yang akan datang dengan pelbagai kisah suka dan duka

kembali bertiup esok..
-angin tanpa suara-


Wednesday, November 26, 2008

-ku renungi-

Malam nie "angin akan bersuara"....
tapi suaranya tidaklah lantang..sepoi2 je 'angin' malam nie....kadangkala,kita melihat dunia dengan mata je...('angin' nak rujuk kata2 nie)

*rujukan...
(melihat dengan mata...dan olah dalam jutaan rasa)
Assalamualaikum...salam mesra

Buat pertama kalinya dan untuk sekian kalinya...bermulanya fasa baru dalam menjana kehidupan yang lebih proaktif dan sentiasa berfikiran terbuka...
Aku masih bingung kenapa tarikh 26 November aku pilih untuk mulakan sesi luahan bicara di laman ini..munghkin aku dah mula rasa selesa...pertemuan singkat ini akan aku garapkan sebagai pertemuan pertama yang harapnya akan membuahkan bermacam kisah suka duka dan cerita mesra tentang isu dunia dan manusia...
Akan aku jalinkan keserasian antara isi hati dan lakaran realiti dalam setiap kupasan nanti...
Semoga keberadaan aku di ruang ini akan menyeri dan turut memberi erti..
kalaupun bukan sebagai penyumbang ideologi..mungkin sekadar coretan peribadi dan luahan isi hati...itu pun dah cukup memadai..

sekian untuk permulaan ini..