Monday, May 4, 2009

penghabisan...

salam mesra..
angin kembali semula setelah menyepi seketika kerana memberi laluan kepada cuti Hari Pekerja...membenarkan tangan dan jari2 jemari berehat tanpa bekerja...n membiarkan minda juga terdiam dari bekerja seketika..
setelah tidak membuka blog ini untuk memberi laluan kepada percutian ke sebelah pantai timur semenanjung..angin kembali semula...dengan beberapa entri yang sudah tertangguh..

30 April 2009
angin kini berada di penghabisan dan pengakhiran peperiksaan akhir untuk semester ini..dan harapnya untuk sepanjang pengajian di UUM nie..angin begitu teruja untuk menamatkan pengajian...entahla..mungkin ramai antara rakan2 angin yang telah dulu meninggalkan UUM berkongsi rasa yang sama dengan angin agaknya...
cuma..beberapa rasa yang telah angin rasa berada di penghujungnya..

-teruja : angin benar2 teruja untuk menamatkan pengajian yang telah 3 tahun angin tempuhi dengan pelbagai ujian dan rintangan yang akhirnya berjaya angin tempuh untuk sampai ke tahap yang mana angin berada sekarang nie..syukur angin panjatkan kepada Ilahi, kerana memberi ruang untuk angin menimba ilmu dunia di UUM dengan segala kenangan yang telah angin corakkan..teruja angin bakal meninggalkan segala rutin yang telah lama angin ikuti sepanjang 3 tahun menimba ilmu di UUM..memang ada yang mengatakan bahawa angin satu hari nanti bakal merindui segalanya...angin benar2 tidak menafikan hakikat perasaan itu...ia benar2 wujud..

-sedih : sedih angin mengingatkan betapa angin kini begitu hampir dengan gerbang perpisahan..gerbang perpisahan setelah sesi perkenalan angin cipta..dan pengisian sepanjang perkenalan benar2 banyak mengajar angin tentang dunia dan ertinya..gerbang perpisahan yang semakin hampir dan pasti ini..bakal membuatkan angin terasa sebak akan tidak lagi semesra dulu bersama rakan2 angin yang telah angin curahkan segalanya bersama mereka..setiap detik suka..mereka ada..dan walau berada dalam duka..mereka juga sentiasa ada..angin sekali lagi benar2 bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan angin dengan pohonan rakan yang benar2 membantu..walaupun tetap ada rimbunan kawan yang membantut..angin begitu bersyukur kerana pertemuan yang telah menemukan angin dengan seorang sahabat..terima kasih kerana benar memahami angin sepanjang tempoh perkenalan ini..engkaulah teristimewa dalam erti kata sahabat yang angin temui..itulah hadiah sebenar...

-takut : dalam sedih dan teruja..perasaan memang takkan pernah menipu angin...angin sebenarnya juga turut merasakan takut dan gusar apabila memikirkan bahawa angin perlu meninggalkan UUM yang tercinta dengan kenangan indah..dan angin bakal menuju ke alam dan destinasi yang selama ini benar2 menginjak hati angin...kini, angin benar2 merasakan getarnya begitu hampir dengan angin kerana angin merasakan takut untuk berhadapan dengan realiti sebanar dunia pekerjaan..angin terkadang rasa..persediaan yang selama ini angin timba di kampus..cukup untuk membawa angin ke alam kerja..namun, sebenarnya..takkan ada yang pernah sempurna dalam diri manusia..hakikat itu perlu angin sedari bahawa angin juga tidak sempurna..dan ada cacat dan celanya..maka, angin perlu lebih bersedia dalam berhadapan dengan situasi sebenar dunia pekerjaan nanti..

-gembira : hal gembira ini memang tidak sepatutnya wujud tatkala angin berada di saat pengakhiran ini...angin benar2 gembira kerana dapat mengikuti sesi BBQ anjuran rakan2 yang bakal menamatkan pengajian bersama...batch 2006 DPP Eon..kami benar2 merasakan betapa gembiranya berada di semester akhir pengajian...kegembiraan angin pada malam nie..begitu berganda..kerana disamping BBQ yang mereka anjurkan..turut dianjurkan adalah Birthday Party untuk angin dan seorang lagi rakan angin..angin benar2 gembira..dan angin ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Wan..yang menjadi MindSetter kepada event malam tersebut..benar2 berjaya..terima kasih kepada semua rakan2 yang telah banyak membantu angin dalam mengahrungi kehidupan sepanjang angin berada di UUM...

No comments: