Wednesday, May 13, 2009

Halal !!!$^&#(#)__)@(&(**

Salam mesra...

Buat semua rakan2...angin da mula bergiat kembali untuk berdampingan dengan blog nie..walaupun adakalanya, terasa malas untuk mengarang..
sebenarnya hari nie rasa tergerak untuk berkongsi rasa bersama dengan rakan2 semua tentang perkara yang benar2 menyentuh benak angin untuk dikongsikan bersama dan juga untuk dapatkan pandangan serta pendapat dari rakan2 semua...

HALAL
satu perkara yang telah lama dibincangkan oleh peringkat masyarakat kampung, orang perseorangan, ahli politik, ahli perniagaan, pengusaha kedai makan, makcik2, pakcik2 dan hampir seluruh dunia membicarakan tentang perkara yang sama....HALAL
bukan itu sahaja, bahkan perkara yang membabitkan tentang halal nie..dah pun dibincangkan dalam konvensyen yang melibatkan seantero dunia..MIHAS contohnya..maka isu Halal kini bukanlah isu setempat malah telah menjadi isu global..bagus!!

namun, apa yang masih bermain dalam kepala otak angin pada ketika ini..adalah, sekalipun giat pelbagai pihak memainkan peranan mereka dalam memartabatkan produk halal dan industri halal nie...masih ada lagi beberapa pihak yang mengganggapnya sebagai perkara yang sangat remeh dan memandang enteng terhadap isu yang benar2 menyentuh sensitiviti masyarakat Muslim di seluruh dunia...

bukan nak menuding jari kepada pelbagai pihak..terkadang angin juga terlepas pandang terhadap perkara Halal nie...apa yang mengungkit perbincangan di dalam minda angin adalah pabila mak sedara angin bertandang ke rumah pagi tadi dan mengkhabarkan kepada kami sekeluarga mengenai satu produk makanan yang telah dijalankan kajian dan disahkan oleh individu yang benar2 mempunyai pengetahuan dalam bidang terbabit..bahawa produk tersebut telah dihasilkan beserta dengan najis bayi..apa yang menjadi persoalan dan tanda tanya di fikiran angin adalah..kenapa perkara sebegini tidak disampaikan kepada masyarakat mengikut saluaran yang tepat..maklumat yang mak sedara angin perolehi pula bersumberkan sebuah stesyen radio..kenapa hanya menerusi radio dan tidak disampaikan menerusi televisyen dan surat khabar???...jika benar perkara yang dijalankan kajian ini..maka, khabarkannya kepada masyarakat secara telus dan amanah bahawa produk tersebut tidak boleh dimakan dan dikhuatiri kesuciannya..banyak perkara yang benar2 menguji pemikiran kita..

angin tahu, mesti ramai diantara kita yang tidak mengetahui tentang perkara sebegini kan???angin pun terkadang terfikir..adakah benar apa yang disampaikan kerana angin lebih suka jika sesuatu perkara itu disampaikan secara telus menerusi saluran yang betul oleh individu yang bertanggungjawab terhadap isu Halal nie..maka, pada ketika itu, angin tidak ragu2 untuk menerima maklumat tersebut..

angin suarakan perkara ini bukan kerana ingin membangkitkan rasa rimas semua orang...cuma angin terkena tempias perkara ini..satu hari angin bertandang ke sebuah pasaraya terkemuka di Alor Setar..dan angin ingin membeli donut yang terkenal dengan kesedapan dan keenakannya itu..setiba di pintu kedai..angin telah ditegur oleh mak angin yang menyatakan bahawa produk donut tersebut tidak boleh dimakan kerana ramuannya telah dicampurkan dengan bulu ayam untuk melembutkaan donut tersebut..pada ketika itu, fikiran angin ligat bergerak dan berputar memikirkan dari mana sumber yang menyatakan tentang perkara ini..dan jika benar apa yang dikata kenapa tidak dihebohkan..atau memang angin je yang tak tahu..entahla..

jadi perkara ini benar2 menguji kesabaran dan angin berharap sangat agar pihak yang bertanggungjawab tampil untuk mengurangkan kekusutan dan kekalutan ini...berkhidmat lah kepada masyarakat dengan telus dan amanah..angin benar2 berharap agar isu ini..dapat diperhalusi..ameen..

2 comments:

nOrLen said...

ni mesti downut bik epel ni kan..kan...

Richeal Phil @ Ritz ^-^ said...

wah... mengalahkan penulis novel haha...anyway...cool blog! just passing by...salam pengunjung baru...