Tuesday, May 26, 2009

Kenyataannya..!! Terbongkar jua

salam mesra..

smoga hari nie..semuanya akan berada dalam keadaan ceria dan emosi yang sangat stabil..
cuma angin yang agak kurang stabil dengan cerita yang bakal angin sampaikan ini...
bukannya apa..selama nie, emosi terasa bercelaru dengan perngkhabaran yang satu 2..dan kini, terbongkar segalanya yang menenangkan jiwa..

ok..pesanan lyana kepada angin supaya tidak berangan2 dalam menulis entri ini..baiklah, angin cuba

semalam, 25 Mei 2009 (Isnin)..
angin telah menerima panggilan telefon dari TM Alor Star..satu perkara yang mengejutkan angin...kerana pada angin, perkara yang melibatkan TM ini telahpun berakhir..
baik, pegawai di syarikat TM tanya adakah angin bersetuju untuk menjalani latihan praktikal di syarikat mereka..dengan penuh terkejut, angin hanya mampu berkata..

maaf yea en., saya sebenarnya membuat permohonan untuk menjalani praktikal di
syarikat en. melalui universiti saya..dan seminggu sebelum saya menduduki
peperiksaan akhir, pihak universiti memaklumkan kepada saya bahawa pihak en.
telah menolak permohonan saya..dan hari nie, en bagitau yang nama saya masih
dalam senarai pelajar yang akan praktikal di syarikat en....jadi saya memang
tak dapat buat apa2..memang sebenarnya saya sangat berminat untuk
menjalani latihan praktikal di syarikat en..tapi, bila permohonan saya
ditolak, maka saya terpaksa menerima syarikat lain..apapun, saya minta
maaf banyak2..terima kasih yea en.

itulah kisahnya..
jadi tanpa membuang masa, angin terus menghubungi pihak yang berkenaan di universiti..
apa yang mereka kata..mereka telah menghantar surat kepada syarikat yang berkenaan dengan menyatakan pada surat tersebut, sekiranya maklumbalas tidak diberikan sehingga ke satu tarikh yang ditetapkan. ini bermaksud permohonan tersebut tidak diterima..ok..
angin begitu jelas dengan apa yang cuba disampaikan..

cuma angin sangat kesal dengan perkataan yang digunakan oleh pegawai di pihak universiti..
meraka mengatakan TM 'REJECT' PERMOHONAN ANDA
dengan perkataan tersebut benar2 menjejaskan emosi angin kerana pada angin, kenapa ditolak..tidak layak sangatkan angin untuk berada di syarikat tersebut??
perkataan tersebut tidak seharusnya keluar dari mulut pegawai tersebut..
sepatutnya pegawai universiti yang berurusan dengan pelajar (yang mana pelajar adalah pelanggan yang membayar gaji mereka) seharusnya lebih telus dan 'polite' dalam pemilihan ayat..
jika dia maklumkan pada angin bahawa surat maklumbals tidak diterima..angin boleh terima dengan ayat tersebut..tapi apabila perkataan 'reject' digunakan..angin terasa agak hina..

itu sahaja apa yang angin cuba sampaikan..mungkin angin terlalu emosi..tapi itulah hakikatnya dan harapnya perkara sebegini tidak akan berlaku lagi untuk kepentingan bersama..
*kesimpulannya, angin meang tak pernah kena reject oleh TM..cuma pihak universiti yang mengganggap bahawa TM reject angin...hmm...ape2 jela

No comments: