Tuesday, May 26, 2009

Makan Hati dengan Tukang Jahit..

hahaha..
hari nie..angin sangat makan hati dengan tukang jahit..bukannya cerita angin suka makan hati..sebab hati memanglah bukan makan yang sedap untuk angin telan...
sebab 2 la..makan hati x berapa sedapkan?? oklah.,.berhenti mencarut dan mengarut..

ok..sebenarnya kisah makan hati nie..dari semalam lagi..
petang semalam, angin pegi ke kedai jahit yang mak angin tempah baju seminggu yang lalu..dan memang semalam adalah tarikh untuk mak angin amik baju tersebut..
setibanya di kedai tersebut..boleh tak tokey kedai 2 cakap, kain dah potong cuma belum jahit lagi..membara la dalam hati..dah la janji 25 mei akan siap baju 2..tetiba x siap lagi...hangin2..

ok..then, tokey kedai pegi amik baju 2 kat tukang jahit..rupanya, dia upah orang lain untuk jahit baju 2..lagi la makan hati...xpe2..
so, sementara dia pegi amik baju kat umah tukang jahit..angin dan mak pergi berfoya2 di 'shopping complex'..hampir sejam setengah la juga kami berfoya2 di sana..

so, kami kembali ke kedai tersebut untuk mengambil baju yang dah siap...tapi, lagi makan hati bila kain 2 sebenarnya masih belum dipotong apatah lagi dijahit...benar2 menguji kesabaran..
tapi x pe, mak angin dah bagi dorang tempoh 2 hari lagi untuk dorang siapkan baju tersebut..

habis kisah semalam, tetiba petang hari nie...tokey kedai jahit 2..call semula dan memaklumkan kepada mak angin bahawa tukang jahitnya tak pandai untuk buat leher seperti yang telah angin 'designkan'..
tak ke pelik bunyinya..seorang tukang jahit tak pandai membuat leher seperti yang pelanggan kehendaki???..memang sangat pelik..
serius angin kata..memang itulah yang terakhir angin dan mak tempah baju di kedai tersebut.
dah la siap lambat..lepas tu tak pandai nak buat plak..
bukannya kami minta baju yang bukan2..hanyalah sepasang mini kurung..

tak pe..kita nantikan kemunculan esok..kerana esok..katanya baju tersebut akan siap..so,angin akan ceritakan apa yang bakal berlaku k..

daa

1 comment:

seri lyana said...

I pon geram dengan tukang jahit tu.. tak patot betol buat ur mom macam tu kan..

tak responsibile tu satu hal la.. kerek pulak tu.. ish ish ish tak leh blah.. haduiii