Thursday, May 21, 2009

arrgghhh....NGERI !!!! (Final Football)


salam mesra..
semalam angin telah menyaksikan sendiri betapa ngerinya hidup angin dalam sejarah bergelar seorang pengacara majlis di Universiti Utara Malaysia...
kengerian yang angin alami jelas menjejaskan angin semalam...
ikuti apa yang berlaku ini...

20 Mei 2009 (Rabu) - 8.30mlm

angin telah ditugaskan oleh pegawai dari Pusat Sukan, UUM..untuk mengendalikan acara yang memang tidak pernah terlintas difikiran angin untuk mengendalikan acara tersebut..
Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak MASUM 2009
memang satu acara yang tak terfikir oleh angin untuk angin jadi Emcee pada acara tersebut..sangat mengerikan...
ok..mungkin tugas sebagai emcee adalah satu perkara yang biasa..namun, apabila ianya melibatkan kejohanan bola sepak..arrghh..memang bukan dalam bidang angin..
-pertamanya adalah kerana angin bukan seorang atlit dan bukan seorang yang meminati sukan..maka agak sukar untuk angin mendapatkan 'feel' ketika mengacarakan majlis tersebut..
-kedua adalah kerana bola sepak merupakan sukan yang memang angin tak minat dan tak terlintas oleh angin untuk menonton perlawanan bola sepak..apatah lagi bergelar juruacara majlis untuk perlawanan bola sepak...

apakan daya, semalam angin telah membuktikan bahwa angin telah menjadi emcee untuk majlis sukan yang memang angin tidak gemari..
ok..angin semalam benar2 terasa sangat kekok untuk menyebut perkara2 yang memang seumur hidup angin tak pernah sebut...antaranya FIFA FAIR PLAY..dan MATCH INSPECTOR
nampaknya angin memang bukan seorang atlit dan bukan seorang yang menggemari sukan..
hanya tuhan sahaja yang tahu macam mana perasaan angin semalam..huh..pengalaman ngeri yang tak mungkin akan angin ulangi..
mungkin inilah pertama kali dan yang terakhir kali angin mengacarakan perlawanan bola sepak..

bayangkan, setelah angin memperkenalkan barisan pemain kepada penonton..angin terpaksa menyaksikan perlawanan yang pada angin sangat membosankan..untuk 90minit..satu jangka masa yang sangat lama...
dahla kena terngok perlawanan bola yang memang angin tak suka...tambah plak..pengadil dengan tidak semena-mena telah mengganggu tugas angin sebagai pengacara majlis...
bayangkan..pengadil minta angin buat sedikti ulasan apabila jaringan berjaya dibuat..
"perlu angin jelaskan kepada pengadil..
harap maklum..angin bukannya ditugaskan sebagai pengulas sukan..hanya sebagai pengacara majlis...betapa runsingnya angin memikirkan.."

tak pernah angin tahu macam mana yang dikatakan offside..sepakan sudut dan sebagainya..
nak mampus kalau buat ulasan sendiri..dah macam nak bunuh diri je rasanya semalam..
satu perasaan pelik berlaku semalam..
yelah..penonton sangat ternanti2 akan jaringan gol..dan akan bersorak gembira..
pada angin pula..janganlah berlaku sebarang jaringan kerana angin akan gugup untuk membuat ulasan jaringan..arrgghh..tidak...

sementara nak habiskan separuh masa pertama pun angin dah terasa jemu yang teramat..inikan pula untuk menghabiskan sepenuhnya perlawanan semalam..ngeri..ngeri..
tetiba angin terfikirkan langkah bijak supaya angin tidak dilihat oleh pengadil untuk membuat ulasan jaringan..angin telah mendapatkan telefon bimbit angin dan terus mendail dan bersembang dengan Lyana di bawah stage..sangat memalukan..sebenarnya tindakan tersebut, selain untuk meluahkan kecelaruan rasa..ia juga sebagai langkah menyembunyikan diri..hahaha

walaubagaimanapun, angin berjaya menghabiskan juga perlawana bola sepak semalam yang menyaksikan pertembungan antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT)..dan kemenangan berpihak kepada UTHM dengan 4-0
apapun memang ini adalah pengalaman emcee angin yang pertama yang sangat ngeri..dan mungkin yang terakhir harapnya..walauapapun..angin telah dibayar sebanyak RM150.00 untuk emcee semalam..satu permulaan yang bagusla..kerana sebelum nie..tak pernah dubayar..huahuahua..

k la..tu je..trauma semalam masih terngiang-ngiang..k daa

3 comments:

kuIna said...

akak dok tepi padang aja.. x tahu pasukan mana yg lawan.. bila bola merentasi jaring & org bersorak kira gol la tu.... hehehe

traveloch said...

oh yeke???so...akak ada ke malam 2???sy da macam org kehilangan anak..da x tau nk wt pe..serabut serabai

Qaseh Aishah said...

ahaha..takpe..sekurang2nye dapat ganjaran gak..hehe..
yeh..faiz boley belanje pizza pas ni..
jom, gi makan pizza hut..faiz belanje.. ;)