Sunday, December 7, 2008

tragedi....

salam mesra...
angin menyapa manja..dengan biasa ingin bicara tentang dunia dan tentang jiwa...
antara perkara yang sangat menyentuh dan menggemparkan seluruh negara..peristiwa yang tidak diduga..kejadian banglo runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa susulan tanah runtuh..
kejadian tanah runtuh ini telahpun menyaksikan kehilangan nyawa mangsa yang menetap di situ..
apa yang sangat membimbangkan adalah berlakunya runtuhan susulan selepas kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan beberapa buah banglo musnah...
kejadian tanah runtuh ini mengingatkan tentang kejadian sama yang telah meragut mangsa iaitu kejadian runtuhnya satu daripada bangunan highland tower..sangan menyayat hati...
apa yang diharapkan semoga kejadian sebegini akan menjadi iktibar dan benar-benar memberi kesedaran kepada umat manusia..
semoga keluarga mangsa akan lebih tabah menghadapi ujian dan dugaan ini..di saat fajar AidilAdha mula menjelma..mereka akan meraikannya dengan sengsara,mungkin kehilangan insan tersayang..dan rumah tempat mereka berlindung...walauapapun yang telah terjadi,hidup di atas muka bumi ini harus diteruskan...buat mereka yang telah kembali ke Rahmatullah..sekalung doa buat mereka...dan buat keluarga mangsa..ucapan takziah mengiringi..

No comments: