Tuesday, December 2, 2008

kahwin & iran

angin mula bersuara dengan syahdu dan dingin rasa,tenang dan nyaman udara....

Salam mesra..untuk sekian kalinya setelah sekian lama tidak menjengah kamar luahan rasa ini, angin yang berlalu kini bertandang, untuk memulakan bicara dan bersua pandang..
kali terakhir mencurah rasa setelah berbual bicara bersama Cik Seri tentang pelbagai perkara..

281208
untuk hari jumaat yang lalu tiada ap yang perlu untuk aku bicara,cuma sibuk dengan kenduri kendara jiran tetangga...n rindu plak tiba2 dekat insan yang jauh dimata..dia akan berangkat ke Iran jam 2 pagi nnti bersama bosnya atas urusan kerja..teruja pulak bila bekerja melangkaui sempadan dunia..hmm..semoga akan tiba satu hari nanti,hari yang aku sendiri bakal kemudi dengan corak dan dunia sendiri...

291108
hari nie,nak kata bosan, xdela bosan sangat..cuma memenuhi undangan kenduri kahwin jiran sebelah..setelah sekian lama membuat persiapan,akhirnya hari yang dinanti telahpun tiba...
memang meriah kendurinya,n dianggarkan berhabis hingga puluhan ribu(rasanyalah)...aku teruja sebab dia punya pelamin cantik..tiba2 je berangan untuk membuat persiapan majlis kahwin sendiri..macamla aku nie ada calon..huhu

ntahla...rasanya untuk majlis kahwin abg aku nanti, aku akan pastikan semuanya berjalan lancar, pertamanya aku akan 'set up' kan tema..macam nak guna warna purple muda..n akan pastikan barang hantaran juga mengikut tema yang sesuai, aku akan gunakan material kaca...
kemudian cenderamata untuk kesemua tetamu jemputan..haha..memang aku tengah berangan

nie aku sertakan sedikit gambar setelah pulang dari majlis kenduri kahwin....







No comments: