Sunday, December 14, 2008

antara dua rasa..

Salam mesra..angin kembali bertiup setelah menyepi tanpa berita dan kini..hadirnya ingin membuai rasa dan bertutur bicara..
seperhitungan masa dan telah meneliti tiap mimik bicara,angin kembali gundah gulana...
kisahnya terpaksa memilih antara dua dan kepingin untuk membuat keputusan biar tenang...

aku kini dalam dilema untuk memilih dan mendapatkan tempat bagi aku menjalankan kursus untuk sesi latihan industri aku yang bakal menjemputku ke daerah itu sekitar 6 bulan dari sekarang..mungkin pada kiraan harinya,ianya agak terlalu lama untuk dirisaukan,namun berlegarnya masa,takkan disedari pantasnya berlalu...

kata orang : organisasi media merupakan tempat yang paling menarik untuk didekati dan tak semua orang tahu bahawa media juga akan menjadi tempat yang paling digeruni..hakikatnya,semuanya ada pahit dan manis yang harus ditempuhi..dan tak semuanya mudah untuk kita lalui..pasti ada cabaran dan dugaannya...
jika masyarakat melihat,media adalah organisasi yang sering menjadi buah mulut masyarakat dan tak kurang juga media sering mendapat perhatian masyarakat setempat dalam menyebarkan sebarang bentuk malumat...apapun tanggapan masyarakat tentang peranan dan tanggungjawab media,hanya orang media sahaja yang benar-benar fasih dan mampu untuk menghuraikan deskripsi tugas mereka..
sekalipun dunia masa kini menjadi medan yang mencabar 'mediator' untuk sering kehadapan dan maju mengorak langkah..namun kesungguhan orang media harus diberi pujian kerana sanggup berdepan dengan pelbagai cabaran..antaranya saingan informasi dan serangan ke atas penyebaran maklumat...
media baru yang muncul kini seperti internet telah menjadi medan persaingan sihat kepada golongan 'mediator' untuk lebih berani tampil ke pengetahuan masyarakat dengan pelbagai idea segar dan bernas serta sentiasa kehadapan dengan berita-berita serta informasi berkualiti tinggi...cabaran sebeginilah yang bakal menjadikan golongan media akan sentiasa mendapat perhatian dan sering mendapat pujian..
walau apapun fenomena yang melanda industri media tempatan mahupun antarabangsa..
semoga industri media akan terus berkembang....ameen

itu apa yang orang kata tentang media..mungkin tak semua setuju dengan pendapat tersebut,namun itu hanyalah segelintir pendapat dan buah fikiran masyarakat..untuk mengetahui sejauh mana kebenaran tentang hakikat media,lebih baik kita sendiri berada dalam kelompok media agar kita juga dapat merungkaikan dengan baik deskripsi tugas seorang 'mediator'

kata orang: organisasi korporat memang banyak prosedur yang perlu kita ikuti dan mungkin akan menyekat sedikit kebebasan kita..namun terpulanglah kepada jenis dan bentuk bisnes yang dijalankan oleh syarikat terbabit...walaubagaimanapun,jawatan sebagai seorang Pegawai Komunikasi Korporat @ Public Relation Officer (PR) memang sangat mencabar dan kadangkala sangat menguji ketahanan fizikal dan mental seseorang individu..
ketahanan yang harus dimiliki oleh seorang yang bergelar PR ini dalah perlu sentiasa bersedia dalam mewakili syarikat untuk ke mana-mana petemuan dan temujanji bersama pelanggan..
itu berkaitan pelanggan..kalau melibatkan media pula kena sentiasa berfikiran terbuka dan ramah mesra dengan golongan media supaya imej dan reputasi syarikat akan terpelihara..
kena siap sedia dengan PC (Press Conference)..
benyak juga benda yang perlu diambil perhatian oleh seorang PR dalam memastikan imej serta reputasi syarikat akan sentiasa berada pada tahap yang memberansangkan..

itu juga apa yang orang kata tentang PR..

walau apapun tugas dan kerjaya yang bakal ditempuhi,banyak cabaran, dugaan dan peluang yang bakal muncul dalam meniti kejayaan tersebut sehingga mencapai status dan 'standard' yang memuaskan...
sekali lagi,aku masih juga mencari peluang yang paling sesuai untuk aku mulakan langkah pertama supaya setiap apa yang aku impikan akan aku capai terutamanya dalam menceburi bidang kerjaya..
aku harap agar aku akan terus melangkah masuk ke ruang legar kerjaya dengan gaya serta citarasa aku sendiri..harapnya macam 2 la..

No comments: