Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha...

Assalamualaikum...dan salam mesra..
buat semua umat Islam di seluruh dunia, aku ingin merakamkan ucapan salam aidiladha buat anda semua tidak kira walau di mana anda berada..semoga erti pengorbanan ini akan terus dihayati...

seharian bertapa di kampung halaman bonda untuk membuat persediaan dan persiapan menjelang hari raya korban..kampungnya takde la jauh sangat pun..cuma 15 minit perjalanan dari rumahku..seawal pagi menjengah kampung dan mula menyediakan ketupat palas..seperti biasa,hidangan wajib buat seluruh keluarga di pagi hari raya...sedap plak..mana lengkap hidangan ketupat palas jika tidak disediakan dan dihidangkan bersama dengan rendang..maka,tugas seterusnya adalah menyediakan rendang daging..seperti biasa,hari pertama hari raya,juadah nasi tidak akan dilupakan..dan esok kami sekeluarga akan menikmati hidangan nasi beriyani dengan ayam mask merah serta daging masak kurma..wah..meriahnya makan..huhu

yang paling menariknya hari ni,aku mempelajari bagaimana untuk menghasilkan kek..sempena musim perayaan agak kurang lengkap tanpa kek..maka,aku mengambil inisiatif untuk mempelajari cara membuat kek daripada mak tam ku..maklumlah,keknya sering mendapat tempahan..dan aku hari nie telah belajar buat kek marble dan kek buah...agak mudah jika kena cara membuatnya...sebelah malam pula,aku dan sepupu sepakat aku mnyediakan kek yang agak praktikal dan senang..kami menghasilkan 'cup cake' sempena aidiladha..
maka,juadah di Hari Raya AidilAdha 1429H...
  • ketupat palas + rendang daging + serunding
  • ketupat nasi + kuah kacang
  • satay + Kuah kacang
  • nasi beriyani + ayam mask merah + daging masak kurma
  • kuih raya + kek
  • sup tulang
wah..memang sangat meriah sambutan Aidiladha kali ini..itu yang sepatutnya,meriah sangat2..semoga sambutan kali ini akan memberi makna pengorbanan kepada semua...dan esok aku akan mengenakan sepersalinan baju melayu kuning dengan bersampin songket kuning juga..

hmmm...neway salam aidiladha angin ingin ucapkan sekali lagi..sehingga bersua lagi dengan cerita di hari raya..daa...pulangla ke kampung dengan berhati-hati dan ingatla insan tersayang..

ketupat palas..

adunan kek buah

bahan2 yang diperlukan untuk menghasilkan kek

kek marble

kek buah

cup cake

-angin tanpa suara-
salam aidiladha

No comments: