Tuesday, December 16, 2008

air @ water @ ma'un

Salam bersua kembali...sekembalinya angin kali ini hanya untuk meluahkan bicara tentang apa yang biasa dan lama telah menduga kita..

Air atau dalam bahasa biasa yang mudah difahami untuk warga kota..water..tidak dapat dinafikan punya pelbagai fungsi kepada manusia..dan pentingnya air telah lama diketahui oleh masyarakat dunia setelah sekian lama..sejak dari awal penempatan manusia..kebanyakan dari tamadun dunia yang telah tercipta awal sejak zaman sebelum masihi lagi telah menyaksikan dan memperakui bahawa air sangat penting kepada kehidupan dan kelestarian hidup manusia..tamadun yang dibina bermula dengan penempatan yang berada di pinggir sungai...jadi peri pentingnya air ini perlulah difahami dengan kewajaran yang sangat mendalam..
namun kini, apa yang kelihatan adalah air yang mengalir sukar untuk kelihatan jernih..mungkin peredaran masa telah menjanjikan perubahan kepada air juga...

walaubagaimanapun..masyarakat Melayu banyak menggunakan perumpaan yang dikaitkan dengan air..dan antaranya..
- air dicincang takkan putus..
-sekali air bah,sekali tanah berubah..(x tau la betul ke x aku tulis nie..hehe)
tak kurang juga pesan orang tua kepada anak-anak muda..'Kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai'...ombak yang digunakan di frasa tersebut juga merupakan air..
jadi..tidak dapat dinafikan bahawa air memang sangat penting...

kepada sektor pertanian..tidak kiralah sama ada dalam negara mahupun pertanian di luar negara..buat mereka pengairan dan saliran merupakan aspek penting dalam menjamin kesuburan hasil tanaman mereka..apa yang mereka tahu..dengan kuantiti air yang cukup serta nutrisi lain yang diperlukan untuk tanaman mereka,cukup usianya..hasil tanaman mereka sudah boleh dituai..dan mampu mendatangkan hasil...bagi mereka yang bergiat untuk sektor pertanian negara..tahniah kepada anda semua..kerana sektor pertanian kini mempamerkan perkembangan positif teruatamanya kepada sistem ekonomi negara..

air juga penting kepada pengusaha dobi..untuk mereka gunakan..tak kurang juga air sangat penting kepada peniaga-peniaga sama ada di Restoran ataupun di warung-warung tepi jalaln..walau di mana juga mereka mencari rezeki menerusi perniagaan makanan ini..yang pasti..air memang sangat penting untuk memastikan kelancaran perniagaan mereka serta memenuhi kehendak menu serta masakan mereka..

namun, tidak semuanya benar-benar menghargai air sebagaimana yang kita sedia maklum..air sungai yang menjadi sumber air utama kepada penduduk di seluruh negara kini telah dicemari dengan pelbagai jenis pencemaran..dengan pencemaran yang berlaku terhadap sistem sungai dan perparitan di negara kita..maka terdapat beberapa kejadian yang kurang menyenangkan..
antaranya..longkang tersumbat yang akan mendatangkan banyak masalah kepada penduduk setempat..jika kuantiti air hujan melimpah ruah,maka dengan longkang yang tersumbat tadi..akan menghasilkan genomena banjir..yang juga tidak disenangi oleh hampir semua golongan masyarakat..kesedaran sangat penting untuk dimainkan oleh semua pihak..buat mangsa banjir..sudah semestinya,air merupakan trauma buat mereka..apa yang boleh dikatakan kepada mereka..semoga mereka sentiasa tabah dengan setiap ujian yang datang...

fenomena terbaru yang juga dikaitkan dengan air..adalah fenomena sama yang menggemparkan seluruh negara...apabila negara dikejutkan dengan berita tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang meranapkan 14 banglo mewah serta mengorbankan 4 nyawa..fenomena tersebut turut dikaitkan dengan air apabila dikatan longsoran yang berlaku ke atas tanah tersebut disebabkan berlakunya pergerakan air di bawah tanah tersebut ekoran hujan sejak beberapa hari...
buat mangsa runtuhan Bukit Antarabangsa..semoga anda tabah mengharungi segalanya...

itu serba sedikit yang dapat dikongsikan mengenai air..sebenarnya..waktu aku mengarang blog ini..hujan turun..maka,seronok pulak bercerita tentang air..huhu..macam air yang epal yang sedap di Restoran Santhai tadi..(restoran yang aku janji nak belanja Cik Seri..)huhu...

untuk itu,sekian sahaja coretan angin tentang air..dan untuk pengetahuan juga..kenapa Mr. Angin pilih angin???kerana air da selalu orang guna dalam banyak perkara..so, sesekali gunalah angin pulak..hehe
bye..da nak tido..

No comments: