Tuesday, February 3, 2009

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2009


Salam mesra...

kemeriahan sambutan sempena penganjuran Karnival Pengajian Tinggi Negara masih lagi terasa walaupun telah berlalu untuk beberapa hari..

Sebenarnya lebih kepada pengalaman peribadi menyertai secara langsung karnival sebegini yang mana merupakan karnival seumpamanya yang julung kali aku kunjungi..

kunjungan kali ini terasa sangat bermakna keran turut disertai bersama mereka yang sangat dekat dengan aku..tambahan pula,aku kini telah menjadi sebahagian daripada sejarah pengajian tinggi negara..kerana aku juga kini sedang mengikuti pengajian di salah sebuah institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA)..

maka, pemergian aku ke karnival ini semata-mata untuk melihat kemeriahan sambutan juga untuk memberi sokongan kepada sektor pengajian tinggi negara...

sekalipun kini kedengaran suara-suara yang kurang enak bercerita tentang kegusaran mereka terhadap sektor pekerjaan di Malaysia...namun, pengajian tidak perlu diabaikan..biar apapun kesudahan dan penghujungnya...yang pasti kita harus bermula untuk bertemu penghujungnya

dan bila di hujung sudah tiba...maka kita akan terima pengakhirannya dengan oenuh terbuka serta lapang dada..

keterlibatan abang yang turut sama menjadi sebahagian dari komuniti yang menjayakan karnival ini sebenarnya membuatkan aku begitu teruja untuk menyaksikan sendiri kemeriahan ini...peluang yang ada juga aku manfaatkan untuk menimba pengalaman dan sedikit pengetahuan tentang pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi..ini mungkin sekadar persedian aku di masa hadapan untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah..mungkin penitian dan perjalanan itu terasa terlalu jauh...tapi,hasrat untuk teruskan perjalanan masih menebal..

semoga apa yang aku perolehi sepanjang penganjuran karnival ini mampu aku manfaatkannya..


2 comments:

SERI yang SENI said...

faiz.. sila follow balik blog i.. tsunami melanda!.. harus follow.. mesti follow.. perlu follow.. dan sila ambik award i untuk blog u.. di entri 'penghargaan untukmu' coretan February... ok miss u so muchhhh... so muchh taw... so so so much... too much...
uweekkkk.... terlebih pulak!

.anakBISAYA. said...

x sabar ntuk smpai ke sini.
hehehe
peep..peep..tumpang lalu.~