Wednesday, January 28, 2009

Santai Puisi Canselori "Bloodshed in Gaza"

Salam mesra dan salam perpaduan..
angin kembali bersuara dengan luka dan duka yang dalamnya terasa..
mencengkam diri dan terus menjadi benci..buat mereka yang tak punya hati...
aku ingin berkongsi rasa dan sedikit luahan..
aku juga ingin berkongsi rasa derita....dan ku akui,perasaan saudara kita..masih lagi merah maraknya darah..
sempena Santai Puisi Canselori UUM "Bloodshed in Gaza"..aku telah mendeklamasikan sebuah puisi hasil nukilan aku sendiri..hanya yang termampu untuk aku tampilkan rasa duka dan sokongan ku terhadap saudaraku di bumi Palestin..dan puisi ini berjaya merangkul juara bagi pertandingan menulis puisi kemanusiaan dan hak asasi 2008 anjuran Grup Estetika, UUM.

inilah yang mampu untuk ku nukilkan...

AKHIR ZAMAN
Andai mentari enggan kembali,
ketahuilah bahawa ia menarik diri.
Andai hujan membasahi bumi,
ketahuilah bahawa ia meratap sendiri.
Andai bulan tersenyum suram,
ketahuilah bahawa ia memprotes geram.
Andai beburung tak lagi berkicau,
ketahuilah bahawa ia diam risau.
Andai bunga layu mengembang,
ketahuilah bahawa ia kian bimbang.

ketahuilah-
ketahuilah-
ketahuilah-
Pabila seluruh isi bumi
tidak lagi selumrah ini,
Pabila seluruh makhluk ini
bertafakur sendiri,
Inilah rahsia yang telah terbongkar
di kala kehancuran bumi
oleh lengan-lengan insani
yang tidak kenal nikmat Ilahi.
Inilah zaman kehancuran bumi
oleh manusia sendiri yang sentiasa berfoya-foya
sehaloba-haloba diri mengukur riak nafsu nafsi.

Inilah kehancuran bumi

Pabila peluru berpandu-
dikawal hantu
melulu tanpa arah tuju
Pabila manusia bertelagah-
demi mencari arah
menegakkan hujah basah
Pabila kereta kebal-
bertempur sesama sendiri
untuk mengukur kehebatan diri.

Inilah kemurkaan Ilahi.
kini nikmatnya ditarik kembali
kerana kita tidak bersama
menegakkan kalimah-Nya.

Sebaliknya kita berpelu tubuh-
melihat saudara Islam rebah
dan luluh.
Kerana kita tidak menghalang kuku besi Zionis-
terus tersenyum sinis
melihat Muslim menangis.
Kerana kita melihat laungan Intifada-
sekadar slogan mengada-ngada
tanpa menyemat di dada.

Sampai bila Islam akan ditertawa,
Sampai bila Islam akan dicerca,
Sampai bila Islam akan dihina,
Kitalah pewarisnya
yang akan membenarkan Kalimah Suci Ilahi
tidak lagi sepi bersemadi
nukilan,
Faiz Hj. Othman
Santai Puisi Canselori
"BLOODSHED IN GAZA"

No comments: