Thursday, February 12, 2009

Keluar "menembak" untuk Iklan PSA

Salam mesra..

Aku terpaksa tangguhkan untuk menulis 'entri' ini kerana kesibukan dan sedikit kekusutan telah melanda diriku untuk beberapa hari..kusutnya hari-hari telah berlalu..dan aku kini di rumah juga untuk merungkaikan kusutnya hari-hari..

10/02/2009

Aku telah memulakan hari ini dengan penuh gembira dan sangat teruja kerana aktiviti biasa tiap semester akan aku lalui untuk sekian kali..dan mungkin ini agak bermakna kerana aktiviti menembak ini turut disertai oleh mereka yang bukan komuniti..hmm..dan pasti terasa lebih bermakna kerana aktiviti menembak kali ini mungkin antara yang terakhir untuk semester ini..
arrghh,pengalaman yang sukar untuk dilupakan..

seperti biasanya ada, aku keluar menembak dengan berbagai props agar lebih 'real' hasilnya nanti..bermula seawal jam 9.00 pagi, crew tembak aku telah keluar menuju ke DKG 5 (hanya warga UUM akan mengerti erti sebuah DKG)...dan kali ini..aktiviti menembak tanpa ada kemudahan pengangkutan yang selesa sebenarnye memang memenatkan..namun, hakikat bahawa perjalanan dengan kaki akan rasa lebih bererti..

cuma, terasa sakitnya hati bila bas yang dinanti tak pula nak berhenti..penantian di DKG 5..mungkin agak pelik tabiat si pemandunya..atau mungkin terasa pelik untuk melihat segerombolan crew menembak dengan pelbagai rupa pakai menunggu bas ditepi jalan yang tidak selayaknya menunggu..untuk juga menaiki bas, kami segerombolan menuju ke Tradewinds(sekali lagi hanya warga UUM yang tahu jarak antara keduanya) untuk mendapatkan bas tersebut dan kali ini di ruang menunggu yang sebenarnya layak untuk menunggu..

Setibanya di Changlun maka, bermulalah scene ke 3 untuk aktiviti menembak kami...kali ini terasa pelik kerana tiada sesiapa di ruang kami menembak..hanya ada si pekedai..
Bermulalah adegan lucu untuk si pekedai..mungkin ketidak biasaan mereka melihat aktiviti tembak menembak..cuma sesekali kelihatan lucu dan mencuit hati..gelagat mereka seolah-olah tidak mengerti membuatkan pentanya kami menembak terubati..

Akiviti menembak dihentikan seketika kerana memberi laluan kepada waktu makan tengahari..
hahaha..lunch time..adegan di meja makan juga turut mencuit hati..seorang dari crew menembak kami mungkin telah cedera di hati..airmata terus mencurah-curah jatuh membasahi bumi..
adeke patut??adegan syahdu di tengahari...tatkala perut dah berbunyi-bunyi dan dengan sakitnya hati melihat karenah akak kerek yang hantar makanan tak berbudi(gaya ganas macam nak belasah kami)..kembali ke adegan syahdu..bertemankan airmata hanya untuk mendapatkan sebuah telefon bimbit..modal airmata yang cukup berkesan..tak sampai pun beberapa minit, wang telahpun di bankkan ke akaun pemilik airmata...tahniah kepada mata yang berjaya mengekuarkan air dan tak sia-sia akhirnya mendapat pulangan RM 800 untuk mendapatkan sebuah telefon bimbit..itulah antara adegan di meja makan..

Setelah selesai menjamu selera..tugas tambahan adalah mendapatkan watak-watak ekslusif untuk scene 'gathering'..bayangkan betapa Cahnglun adalah rumah kedua warga UUM..tak sampai pun beberapa ketika kami telah mendapatkan watak tambahan..maka, lengkaplah scene kami di Changlun..

kembali ke UUM untuk menembak beberapa scene lain..kali ini dengan penuh redha kerana waktu sekitar 4.30 petang untuk menamatkan berbaki lagi 2 scene..ketabahan yang ada..crew menembak yang asalnya berlima dari pagi sudah tinggal 3..bayangkan ada dua watak dan satu jurukamera..kelakarnya..namun apakan daya, tugasan ini harus disempurnakan juga...
selesai sahaja keseluruhan scene sekitar jam 7.00malam..hahaha..
pengembaraan yang sangat memenatkan..hanya untuk menyudahkan iklan 2 minit..
perlukan aktiviti menembak selama 10 jam..huh..tanpa kenderaan..memang tak masuk dek akal..crew menembak keluar ke lokasi dengan sarat barang-barang keperluan menembak hanya menaiki bas..fuh..dahsyat..sangat cut cost..hehehe

akhirnya, meraikan kejayaan menyempurnakan scene untuk 10 jam kami menikmati makan malam istimewa bersama pelakon dan crew menembak di Subaidah(sekali lagi warga UUM yang mampu menghuraikan kordinasi ini)..

Tamatlah beberapa kepenatan di sekitar hari menembak...

pelakon watak utama dan mrs director

sekali lagi pelakon watak skema..huhuhu

No comments: