Saturday, February 14, 2009

Sedihnya...


Salam mesra..

angin kembali bersuara..malam ini memang terasa syahdu..sekalipun angin di bahagian utara pada sebelah siang membuatkan tersa bahangnya, namun pada malam ini, aku terharu dan terasa sedih sendiri..

sepatutnya aku kini mungkin tengah gembira dengan cerita terbaru yang aku tonton di panggung, namun apakan daya..inilah kali pertama aku terpaksa tinggalkan panggung setelah separuh cerita aku saksikan..di saat-saat aksi yang memuncak, aku telah keluar dari panggung..aku terpaksa pulang ke rumah untuk membawa pulang ubat yang mak aku kirim untuk adik aku..tetiba je malam nie dia nak sakit..muntah-muntah..dengan penuh kecewa dan berbaur sedih aku meninggalkan rakan-rakanku di panggung dan kembali ke pangkuan keluarga kerana adikku tidak berapa sihat..semoga kesihatan adikku akan bertambah baik..

pengembaraanku bersama upin dan ipin terpaksa aku ikuti di lain kali..berat benar hati ini..namun apakan daya,aku termampu untuk lakukan yang terbaik untuk adikku..

esok aku akan pulang ke rutin harian yang memualkan dan membosankan..serta akan membuatkan aku jadi tak tentu arah..a messy day come 2morrow..kembali ke kampus dengan harapan ada sinar baru yang bakal ku temu..minggu yang meletihkan..tak sabar untuk aku menamatkan sesi perjalanan panjang ini..dan aku kini bersedia untuk menempuh ke alam baru..
semoga mudah bagiku untuk bertemu jalan yang tidak berliku...

dan harapnya malam ini aku akan lena dengan tenang..tanpa ada sebarang gangguan pemikiran..
salam mesra dan salam sayang untuk semua..

-faiz hj. othman-

2 comments:

~ Seri Lyana ~ said...

I dah buat entri tentang U.. sila rujuk entri berjudul ~Faiz~

oke.. skrang u tunaikan janji u pulak.. mesti kena buat sama panjang dengan entri I.. kahkahkahkah

.anakBISAYA. said...

lorrr...naper ni bro??

-___-"