Monday, February 16, 2009

'a messy day'

Salam mesra...

14/02/2009
entri ini akan merujuk kepada tarikh yang berkenaan..memang sangat serabut menjadi faiz..
kerana apa saya berpendapat sebegitu???pada hari Sabtu 14/02/2009 ini..beberapa kejadian telah terjadi....

9.00 pagi:
menerima panggilan telefon daripada bonda tercinta..(gangguan di kala tidur pagi) meminta Faiz menghantar barang-barang keperluan meniaga(bonda Faiz menjual burger)yang tertinggal di rumah..seperti mayonis dan juga sos..bukankah itu perkara asas untuk diletakkan ke dalam burger..ish2..tak tahulah mengapa terjadinya lupa..dengan penuh perasaan segan dan silu terus menuju ke bilik air dan mandi dengan ala berkadar dan menyisir rambut dengan jari jemari..terus menuju ke cafe burger..wahh.."ramainya orang"..maka dengan penuh simpati..Faiz meringankan tulang belulang dan terus membantu bonda dan ayahanda Faiz membuat burger..(kadangkala terfikir, mengapa tidak ayahanda Faiz sahaja yang pulang mengambil mayonis yang tertinggal?)..hairan sejenak..mungkin itu adalah taktik bonda Faiz untuk meminta Faiz membantunya di sana dalam nada yang tidak sengaja...kihkihkih
-alangkah susahnya menjadi Faiz

11.00 pagi:
masih lagi di cafe burger membantu bonda dan ayahanda meniaga burger..sedangkan di kala itu,mesej bertalu-talu menyatakan 'discussion 4 assignment' akan dilakukan jam 2.00 petang..sedangkan jam 11.oo pagi..Faiz masih lagi di rumah..masih tidak pulang ke kampus dalam misi menyempurnakan 'assignment'...arrgghhh..ngeri..dan jam 11.00 pagi juga menyaksikan yang Faiz masih belum mengalaskan perutnya yang selalunya akan di alas dengan makanan yang bukan sebagai pengalas tetapi sebagai pengisi(maksudnya,banyaknya Faiz makan sekalipun di waktu pagi...malula pulak).
-betapa susashya menjadi Faiz

12.30 tghhari
kini, Faiz telah pulang ke rumah dan mengemas semua barang-barang keperluan untuk kembali ke kampus..maka, Faiz sekali lagi dengan tidak sempat mengalas perut terus meluru ke 'bus stand' untuk pulang ke kampus...hanya berbekalkan sebungkus roti..itu bukanlah sesuatu yang sesuai dijadikan pengalas perut di saat jam telah menunjukkan 12 tghhari...dengan penat menjual burger pun tak hilang lagi semputnya..faiz kembali ke kampus untuk misi yang lain pula. -hairannya..mengapalah banyak keje si Faiz

1.00 ptg
setibanya di kampus dalam keadaan berasak (bas di UUM tidak akan sunyi dari manusia kalau ianya hujung minggu)..maka tiba di bilik dengan penuh redha dan meninggalkan barang yang di bawa pulang dari rumah...dan mencapai pula barang yang diperlukan untuk misi menyiapkan 'assignment'..'rumate turut bersimpati melihatkan faiz tidak lagi terurus seperti sediakala..hmm
terima kasih 'rumate' atas rasa simpati..namun tetap tidak dapat MERUBAH SEGALANYA(macam tajuk lagu jer??) mungkin ini yang bermain di fikiran 'rumate'....
takkan Faiz tak berhenti untuk menghilangkan penat???hairan..
-tabahnya menjadi Faiz...

1.30 ptg
edisi makan tengahari..walaupun hanya beralaskan sebungkus roti..namun, Faiz tetap jua untuk mengisi perut dan tidak lagi mengalas perut..jika di saat ini..faiz tidak mengisi perut, maka dia tidak akan sempat mengisinya lagi di saat harinya yang sudah terisi dan akan diisi dengan pelbagai pengisian..
-alangkah kesiannya menjadi Faiz

2.00 ptg
bermulanya misi menyempurnakan 'assignment' untuk subjek Periklanan Elektronik...di waktu ini..bermulalah proses pemikiran kreatif yang memerlukan semua individu dalam kumpulan kerja bagaimana untuk mendapatkan ini... 1 + 1 = iklan... inilah formula untuk Faiz mendapatkan ilham menghasilkan iklan...arrgghh..bayangkan di kala mentari tidak lagi sembunyi dan terang-terangan menyimbahkan kemilaunya..tak dapat terkuis fikiran untuk memikirkan tentang sesuatu yang kreatif pada sebelah petang..(sebenarnya ia adalah tidur 'time)...hehehe
-semoga Faiz akan terus tabah menjalani hari ini

6.30ptg
Si Faiz nie..dengan redha dan tabahnya terus pulang ke kamar sepi walaupun dengan menaiki V6(berangannya si Faiz..cakap je tumpang kete kawan..huhu)...setibanya di kamar..terus mengemas barang yang dibawa pulang dari rumah dan menmasukkannya ke dalam almari..hmm..dan terus mencapai tuala..ke bilik air dan bermandi manda dengan tenang agar kekusutan hari ini terlerai sedikit...
dengan perasaan segar, Faiz terus mencapai pakaian dan terus 'landing' atas katil memikirkan kepenatan yang melanda untuk sekian harinya..
maka, Faiz dengan lagak gaya seperti anak comel tertidur dengan kepenatan...
-semoga tidur ini akan mengurangkan tekanan buat Faiz..redhalah wahai Faiz.

8.30mlm
terjaga dari tidur dengan penuh rasa berdosa...terus mencapai peralatan yang diperlukan untuk proses editing video iklan 'psa'..maka Faiz dengan penuh kemengantukan..pergi meninggalkan kamarnya lalu menuju ke 'Varsity Mall' (sekali lagi, hanya warga UUM sahaja yang mengerti erti Varsity Mall)..berjumpa dengan anggota crew editing...
tiba-tiba..Faiz dengan mengejutnya terus terfikir..adakah cukup keperluan yang telah disediakan??maka, Faiz menjalankan semakan semula...hmm..benar apa yang dirasa..Faiz telah ketinggalan microphone dan headphone untuk lakukan proses 'Voice Over'..sedihnya Faiz untuk kembali ke kamar mendapatkan microphone dan headphone...
-gigihnya Faiz berulang alik dari Mall ke kamarnya..

9.00mlm
Faiz tiba di laman perpustakaan..mengadap segala kepayahan yang timbul ketika proses 'editing'..wah..Faiz kini menjadi semakin tabah kerana video yang telah diedit separuh tidak dapat dibuka kerana 'File Corrupted'..arrgghh...rasa seperti Faiz telah mencurahkan airmata dengan sengajanya..saja nak minta simpati..huhuhu..maka, dengan redha Faiz melakukan proses editing semula..jika proses shooting memakan masa selama 10 jam..tidak kurang hebat juga dengan proses editing yang memakan masa selama 8 jam...maka Faiz dan seluruh krew produksi telah berkira-kira..untuk menyiapkan video durasi 2 minit, kami telah menghabiskan 18 jam..
hahaha..memang sangat amatur kami bekerja
-Faiz kembali ke alam tabahnya...

5.00 pagi (hari berikutnya)
Faiz telah pulang ke kamar tapi kali ini Faiz terpaksa menumpang di bilik rakan yang jarak kamarnya lebih dekat dengan perpustakaan..kerana tak sanggup menghabiskan tapak untuk menapak pulang ke kamar yang memakan masa 20 minit dari perpustakaan..
-dahsyatnya ujian buat Faiz.

5.30pagi
tiba di kamar rakan seperjuangan...masih tidak dapat memejamkan mata sekalipun telah menjangkau jam 5.30 pagi kerana rakan Faiz yang sorang nie..mentang-mentangla da lama tidak bersua muka...maka bermuka-muka lah cerita dan gosip antara kami..bukan sahaja bermuka..malah sedarlah wahai manusia sesugguhnya anda telah menambah dosa dengan mengumpat segala...hihi...(ish..bukan ngumpatla..tetapi mengata sedikit je..hehe)
-'very the' si Faiz nie..ngumpat pun sempat.

6.30pagi
Faiz akan melabuhkan harinya yang kelam kelibut dengan tidurnya yang telah ditangguhkan atas bermacam alasan...maka, Faiz dengan nyenyaknya telah melelapkan mata..maka, tamatlah segala kepenatan Faiz buat seketika..
-semoga amanlah Faiz di lain hari.

*jangan lupa nantikan episod suka duka 'a messy week Faiz yang akan menyusul tidak laam lagi kesinambungan daripada episod 'a messy day'..
-tabahlah wahai Faiz..

tulus dari hati
-Faiz Hj. Othman-

No comments: