Wednesday, February 25, 2009

Festival Zapin Kontemporari UUM 2009

Salam mesra...

buat kenalan yang telah lama berkenalan dan baru memulakan sesi pengenalan..angin kini sedang dilamun rasa mengantuk yang tak tertahan....
cuma ada sedikit ruang cerita yang ingin angi sampaikan menerusi khabaran bayu yang bertiup sayu..

24/02/2009

festival Zapin Kontemporari UUM 2009 yang julung kalinya dianjurkan oleh Kelab Tarian Bidasari dengan kerjasama Grup Estetika merupakan penganjuran yang sangat memberi impak dalam pembangunan dan kelestarian budaya seni tari bangsa...penganjuran ini juga dilihat mampu memupuk masyarakat kampus yang sangat proaktif dan seimbang dari aspek pendidikan dan aktiviti sosial..apa yang angin ingin kongsikan hanyalah sekadar luahan pandangan sebagai insan yang berada di hadapan semasa program ini berjalan..tak lain tak bukan..angin telah dilantik dan dipertanggungjawabkan sebagai EMCEE untuk FESTIVAL ZAPIN KONTEMPORARI UUM 2009. buat pertama kalinya angin telah menjayakan program ini dengan sempurna setelah hampir 6 bulan angin meninggalkan acara yang sebegini rupa.. menjadi EMCEE untuk FESTIVAL TARIAN UUM 2008.

perjalanan majlis ini dari sudut pandangan seorang Emcee..angin melihat kelancaran program ini sangat boleh mendapat pujian..keran setiap crew dan segenap inci majlis ini dakawal dan berjalan dengan sangat rapi dan teratur...dan apa yang menarik pada pengamatan angin adalah keunikan tarian zapin kontemorari yang telah dipersembahkan oleh 8 kumpulan yang mewakili Dewan Penginapan Pelajar (DPP) di UUM ini..ucapan tahniah dari angin buat kumpulan yang berjaya dinobatkan sebagai Johan Festival Zapin Kontemporari UUM 2009..semoga usaha anda dalam memajukan budaya tari warisan melayu akan terus berkembang...

sekali lagi..angin terasa sayu untuk meninggalkan UUM dengan pelbagai kenangan yang telah angin coretkan bersama rakan-rakan seperjuangan..terutamanya di saat angin diberi kepercayaan untuk mengendalikan program-program peringkat universiti sebagai Emcee...

for those who give me some supported...thank u so much..

2 comments:

kuIna said...

akak tak sempat nak g mengintai... tunggu program lain lak yer

traveloch said...

oh...x pe..i'allah akan program lain dalam jangka masa terdekat nie...cuma x tau la lagi kalau2 faiz jadi emcee ke x...hehe