Wednesday, April 15, 2009

Audit Dalam Komunikasi-CCA 3023

Salam mesra buat semua...

angin dalam keadaan yang begitu teruja dan mengasyikkan tengah mendengar kembali dan memainkan berulang kali persembahan Dato' Siti di Royal Albert Hall beberapa tahu lalu..begitu membanggakan dan mengujakan..

dan angin malam nie..sepatutnya telah pun menjejakkan kaki ke rumah..namun ada beberapa perkara yang angin lakukan yang membantutkan hasrat angin untuk pulang ke rumah pada malam ini..

pagi nie..dalam jam 8.30 pagi..angin telah berperang dengan ujian getir peperiksaan akhir semester untuk paper Audit KOmunikasi..buat mereka yang sama aliran dengan angin menuntut ilmu Komunikasi di universiti..ketahuilah bahawa komunikasi juga perlu diaudit untuk mengetahui sejauhmanakah keberkesanan dan kelancaran proses komunikasi yang berlaku...dan sekarang nie..angin terlalu konfius dan bingung sendirian kerana angin sendiri tidak mengetahui bagaimana untuk mengaudit intracommunication yang bermain dalam fikiran angin pada ketika ini...ketahuilah rakan-rakan seperjuanganku bahawa angin telah berada pada tahap daya upaya tinggi untuk menggoreng sehingga rentung soalan exam pagi tadi..bukan nak membuktikan yang angin tak membaca buku sehingga tak mampu menjawab soalan..namun, hampir keseluruhan dewan berperasaan yang sama dengan angin iaitu ingin melepaskan sahaja soalan yang mebuatkan kami konfius itu tanpa dijawab...sedih betull..agak trauma dalam menjawab soalan tadi...arrgghh..lari

untuk pengetahuan semua..hampir 45 minit angin berteleku sampai beku dalam dewan yang serba dingin itu tanpa berfikir apa2 kerana angin sendiri dah tak mengerti untuk berfikir...45 minit angin tak bergerak dan merenung nasib kerana tak mampu untuk meneruskan sesi soal jawab exam...maka seperti gambar itulah ketermenungan angin pagi tadi..tapi x dela sampai tertidur dengan tidak mengingat dunia...

maka,angin kini telah pun bersedia untuk kembali seperti keadaan itu semula untuk lagi 3 paper yang berbaki..doakan kejayaan kita semua untuk kesejahteraan bersama..k bye2..

4 comments:

Qaseh Aishah said...

apekah...3 paper lg...?
sye ade 6 paper taw faiz...
belum mula lg...
adeh2...

Nasrul Ruslan said...

teguling la gak kan...

HANA said...

aish, susah sangat ke paper audit? hu..sem depan baru aku amik.. btw. good luck bai..propo

easzasif said...

kepada rakan2 kom yang nak amik paper audit..selamat la yea...dan kepada memember yang bakal meninggalkan UUM this sem..tabahkan diri anda untuk hadapi final exam nie k