Monday, April 13, 2009

kemenangan yang dijangka(ABP-BH'08)

Salam mesra...

angin kembali setelah bercuti dan merehatkan diri serta menenangkan apa yang berada dalam ketegangan..kali nie..angin telah bersedia untuk menempuhi segalanya yang bakal memungkinkan angin untuk berombak semula...
angin telah menyediakan diri dengan sesedianya mungkin untuk berhadapan dengan peperiksaan akhir semester..harapnya ini menjadi kenangan untuk sepanjang 3 tahun pengajian di sini..

angin telah berada di UUM semula setelah merehat dan memanjakan diri di rumah bersama keluarga...beberapa agenda yang telah direncanakan oleh angin dan keluarga sepanjang angin berada di rumah..hari pertama tiba di rumah (Khamis-9/04/09)..angin tiba di rumah sekitar jam 6.00 petang dengan bertemankan Cik Manja yang telah banyak membantu angin dan menyumbang jasa kepada angin untuk menghantar angin pulang ke rumah setiap kalinya..tiada apa yang menarik untuk hari Khamis melainkan angin dan keluarga telah dikunjungi oleh Makcik yang datang bertandang ke rumah..
pada hari jumaat (10/04/09)..angin sekeluarga telah ke tapak perumahan baru kami..sebenarnya rumah tersebut adalah rumah lama yang keluarga angin telah beli..dan sekarang adalah proses menambaih baik semula struktur rumah tersebut supaya sesuai dengan keadaan semasa dan mampu didiami dengan selesa..rumah tersebut adalah rumah semi-d dan angin teruja untuk menantikan sempurnanya rumah tersebut untuk kami sekeluarga diami..
pada hari sabtu..(11/04/09)..jadual angin dan keluarga telah terisi dengan aktiviti penjualan yang biasa..tapi sebelum memulakan aktiviti penjualan..angin telah mengejarkan diri ke Hospital Jitra untuk mendapatkan bantuan Nabuliser kerana di pagi hari telah diserang Asthma...maka, dcengan penuh ketabahan, angin telah ke hospital untuk mendapatkan rawatan..setelah itu, baru angin membantu bonda tercinta meniaga burger di MRSM Kubang Pasu..kebetulan pula, ada majlis Minggu Bahasa Peringkat Zon Utara di MRSM tersebut, maka sambutan jualan sangat menggalakkan..untuk hari ahad pula..(12/04/09)..angin sekali lagi ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan Nabuliser..memang agak teruk la asthma angin kali nie..jam 2.00 pagi angin telah mengejutkan bonda dan ayahanda tercinta untuk bawa angin ke hospital..disebabkan asthma angin untuk kali kedua ini begitu teruk, maka angin tak mampu untuk memandu sendirian...sebelah malam pula, sebelum bermulanya majlis Anugerah Bintang Popular Berita HArian 2008..angi sekali lagi mendapatkan rawatan Nabuliser untuk kali ketiga dalam tempoh 2 hari..dan kali nie..di Poliklinik Perubatan Kubang Pasu..
setelah selesai mendapatkan rawatan, angin kemudiannya menyaksikan malam kemuncak ABP-BH dengan jayanya...

bercerita mengenai ABP-BH 2008..segala kemenangan yang berpihak kepada meraka yang berjaya adalah seperti ramalan yang telah dijangkakan..walaubagaimanapun, tahniah kepada semua pemenang...dan itulah selera rakyat MAlaysia..undian anda menentukan kemenangan dan populariti mereka..pertamanya..tahniah buat NAbil kerana berjaya merangkul 3 anugerah dan membawa pulang gelaran Bintang Paling Popular 2008..
juga sekali lagi tahniah buat Dato' Siti Nurhaliza atas kejayaan berturut-turut yang berjaya meletakkan beliau berada terus di hati peminat..tehniah buat semua..dan akhir kata, angin yang telah beberapa kali menjadi pengacara di UUM nie..angin juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-dua pengacara yang berjaya menambat hati penonton dan mengendalikan acara dengan jayanya..angin percaya...bukannya mudah untuk mengendalikan acara sebegini..
tahniah kepada Berita HArian selaku penganjur..

1 comment:

Hamba ALLAH said...

abpbh 08!!~~

mmg d jngke2 sp pmng nyee!!