Tuesday, April 14, 2009

berbaki lagi sehari...

salam mesra..
buat semua rakan-rakan yang mana telah bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran..tahniah angin ucapkan kepada semua...angin tak mampu untuk menungkus sampai lumus...sebabnya angin terasa kurangnya peruntukan masa yang berbaki untuk angin mengulangkaji pelajaran di saat genting walau bukan berada di genting...
untuk makluman bersama..angin kini baru sahaja selesai taklimat Praktikum bagi semua siswa jurusan Sarjana Muda Komunikasi sesi A082 UUM..
terkadang angin rasa amatlah teruja untuk menjalani sesi praktikum..tetapi terasa cuak dan risau juga untuk menjalani sesi latihan praktikum tersebut yang hanya berbaki lagi 2 bulan...
taku tak mampu nak sesuaikan diri dengan keadaan..apa2 jelah..

0k,berbalik kepada apa yang berbaki lagi sehari adalah sesi peperiksaan akhir semester angin untuk semester akhir ini..teruja untuk menamatkan pengajian yang angin telah ikuti sepanjang 3 tahun ini..esok..bermulanya satu cubaan yang getir.
buat rakan2..doakan kejayaan angin dan angin berharap untuk semester akhir ini..angin berjaya mencapai keputusan yang membanggakan..semoga angin juga berjaya merealisasikan impian semseter akhir ini...untuk rakan2 seperjuangan..harungilah detik esok dengan penuh kegemilangan dan berintegriti..salam maju jaya buat semua...

No comments: