Monday, October 25, 2010

Sekian lama (Nada seruapa Rentak sekata)


Rindu terasa ingin kembali bersua dengan semua..


Angin kini terasa sukar bersama..
kebersamaan ini terasa janggal ertinya..
tapi kerinduan yang selamanya membara akan tetap selamanya sama...

Angin kan cuba sedayanya berdaya kembali bersama..
angin rindu saat dulu menjengah semuanya..
semoga kita akan ketemu lagi sekerap yang lama..
dan semoga kita mampu bicara dalam nada yang serupa dan rentak sekata...
Salam sayang dari hati buat semua

Kepada pemuja cinta..
pasti pada Yang Maha ESA
dan kepada pengkarya cinta..
jangankan pernah pinggir dari terus memuji semesta...
kerana belum tahu usia kita selama mana..

Sehormatnya angin pada semua..
harapnya kita ceria diberi gembira..

1 comment:

lyana said...

rindu pada masa lalu.
riang gembira bersama rakan taulan yang sejiwa
bebas dari tekanan dunia
hanya ada tekanan sementara
yang berakhir tiap hujung semester saja..

tidak kembali lagi semua masa itu
tidak sama lagi keadaan kini dan dulu
semoga perjalanan kita di depan hari tidak akan memutuskan silaturrahim antara kita semua
yang terlalu indah
dan tersimpan kemas dalam lipatan ingatan, dalam helaian kenangan.

Cepatnya masa berlalu.