Monday, December 13, 2010

Pilihan

Salam Seusia Pagi...merenjis janji..

Angin Dah lama tak bersua muka dan menyapa mesra..
sesungguhnya telah terhitung banyak kerja dan masa yang tergadai dek usia yang semakin tua..

Angin dalam nada sendu yang sama...masih samar dengan apa yang kekar dalam ingatan yang udah tidak segar..

Angin ingin menilai semula bijak bicara...dan nilai semula setia sejiwa..

Angin punya banyak rasa yang bercanggah dengan cara...dan angin punya banyak duga yang terlintas tanpa periksa..

Benarlah kalau angin masih buntu dan tak tahu menuju...

Angin masih lelah dan terasa nak rebah kalau belum pasti yang keluh kesah sentisa buat angin resah..

Angin tak tentu ke mana nak tuju kalau punya beribu..
kerana banyaknya tak tentu nak pilih yang mana satu..

Kalaupun angin boleh terbang melihat di hujung jalan..
belum tentu terlepas dari halangan di pertengahan..

Angin kena lalui...semuanya dengan penuh hati...
Berhati bukan bererti tak reti..
tapi berhati dengan penuh sedar ke diri...

Pilihan ini rumit..
dan takut tak tercuit..
dan risau menadah pahit..

1 comment:

De Carelove said...

Choices... one step shall affect another in future.