Thursday, April 28, 2011

Terlalu Asing



Terlalu asing bila berada di tengah ramai, tapi sendiri.
terasing bila kehendak tidak mampu dibeli,
keperluan masih lagi tercari-cari.

Terlalu asing berada di keliling hati, tapi mati.

Asingnya bila punya rasa begini.
Bukannya rasa untuk didampingi,
tetapi rasa untuk dihargai.

Bilakah jalan ini akan tidak seasing ini?
Dan bilakah pengasingan ini akan bertemu jalan mati?

Semoga aku dapat belajar dari rasa keasingan ini.


FaizHj. Othman
14 Disember 2010
18:45
Taman Miharja, Cheras

No comments: