Saturday, April 30, 2011

aku senang senang aje

Selamat Pagi Dunia...

Pagi yang sangat indah...

angin masih lagi dibuai manis-manis acara perkahwinan yang sangat mempersona...

'Putera William & Kate Middleton' ~ Duke & Duchess of Cambridge


-Love is in the air-


angin ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada mereka berdua...


Marilah kita berkelana dan berkisah tentang kehidupan rakyat biasa yang hidupnya limpahan luar biasa. Angin sekarang nie, dalam 'mood' yang agak bercampur...

Kisah gembira ~ mahu pulang ke kampung halaman ketemu kedua ibu bapa dan keuarga tercinta

Kisah duka ~ perpisahan yang pasti itu, akan datang juga...semoga kita masih mampu tersenyum dan tertawa bersama.

Kisah percampuran antara keduanya ~ tawaran yang tak kuduga hadir diwaktu yang tidak diminta.

Okey..angin senang-senang aje. Tiada apa yang perlu difikirkan trlalu rumit. Angin perlu ambil kesempatan ini mencuba dan menyelahkan potensi diri. Angin sangat yakin dengan kebolehan diri dan inilah masanya untuk menyinar (bunyi macam bangga diri pulak ~ argghhh,pedulik).

Apapun, Angin perlu panjatkan rasa syukur yan melimpah kepada yang Maha Kaya kerana kabulkan hajat dan impian..cita-cita dan harapan. Kini Angin sandrkan semuanya pada masa dan ketika. Biarlah keadaan ini berubah secara semulajadi tanpa ada unsur paksa memaksa.


Angin kena mengubah cara hidup yang sediakala kepada kehiupan baru yang belum tentu cabarannya.

Yang pasti, ketepikan seketika kisah perubahan besar pada diri Angin dan letak sebelah, ataupun buang sekejap dari laman nie...Sekarang Angin nak teruja menempuh hari-hari cuti di kampung....Yehaaaaa, Angin kini kembali.

Kawan-kawan dan rakan taulan, sedarilah yang Angin rindu akan kalian dan bakal menyusun waktu untuk sesi ketemu.

Jangan lupa undangan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di kediaman rasmi Angin pada :


30 April 2011 (Sabtu)

8.30 Malam

Taman Permata, Jitra


Saya, Mohd Faiz Hj. Othman sangat senang mengaku yang saya 'senang-senang aje'

No comments: