Saturday, May 1, 2010

B0la & HaRI BuruH

Salam menyapa mesra..

angin saat dan ketika ini..benar2 teruji dengan apa yang telah angin lalui sepanjang hari ini..
penat lelah hari ini...adalah untuk masa depan angin jugak..

bagaimanapun, angin sangat letih menjalankan tugas hari ini..begitu juga perasaan yang sama turut dialami oleh rakan-rakan sekerja angin yang lain..
ungkapan tahniah buat semua yang telah menjayakan
Perlawanan Zon 2 Kejohanan Liga BOla Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah ini..

perlawan yang pada angin, disifatkan cukup menarik dan pasukan yang bertanding juga turut mempamerkan aksi perlawanan yang cukup cemerlang..


tahniah angin ucapkan buat pasukan Dun Kuala Nerang yang telah menjulang torfi Piala Zon 2 Kejohanan dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1500.00..


apa yang menghairankan angin seketika adalah..bila angin lihat gelagat penonton dan penyokong pasukan bertanding yang hadir memeriahkan perlawanan yang telah berlangsung di Stadium Hijau Kuning, Alor Setar, Kedah..
banyak perkara dan aksi mencuit hati telah dapat angin saksikan yang melibatkan penyokong dan penonton ini..adegan mereka benar-benar menarik perhatian angin...
yang berhempas pulas mengerah seluruh tenaga dan menyeksa tulang empat kerat adalah pemain2 yang bertanding..tapi, yang duk beriya sangat, puak-puak yang berada di luar padang...tak cukup dengan maki hamun..pelbagai ungkapan menarik juga keluar dr mulut mereka seolah2 diorang nie lah pengulas serta pemain sukan yang hebat..

cuba suruh diorang yang menjerit dan melalak tak tentu pasal 2,pegi main dan gantikan pemain yang sedia ada...pada firasat anginlah kan, kalau penyokong yang beriya nie turun..alamatnya, patah renyukla dibuatnya..
2 lah, x padan dengan penyokong je...dah siap kata pengadil x tahu law la...pemain x de stamina la..
maklumlah diorang nie kan stamina berlebih..sebab 2 melalak je kejanya..

apapun angin benar-benar terhibur melihatkan aksi mereka..

yang di tengah padang pulak..memang angin salut ngan mereka nie..berjuang sehabis baik untuk mendapatkan gelaran juara..

tahniah angin ucapkan kepada pasukan Kuala Nerang kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat Suku Akhir dan menewaskan dun Bukit Lada dengan sepakan penalti...

bercerita mengenai event yang berlangsung semalam..

kepada staf yang seluruh jiwa dan raga menunaikan tanggungjawab bersama..terima kasih berbanyak-banyak..dan kepada mereka yang buat kerja sambil menyusahkan oranglain nie..tahniah jugaklah..sebab dlam sibuk2 orang buat keja..dia masih sempat dan ada masa nak susahkan orang lain..TAHNIAH sgt..letih dibuatnya dengan orang-orang yang macam nie...


apapun...ujiannya adalah bekerja ketika cuti Hari BUruh..hmm...bunyinya macam terseksa jiwa jugakla..sebab orang lain bersenang lenang goyang kaki dan goyang apa sahaja...kami terpaksa menunaikan tanggungjawab untuk memastikan acara ini berjalan lancar...

begitu juga dengan Pengadil perlawanan dari KFA...terima kasih atas sumbangan waktu dan tenaga anda..

kepada pasukan JPA3, juga kalungan terima kasih angin sampaikan...kerana bersungguh-sungguh mengusung pemain yang cedera...agak terseksa jugakla nak mengangkat..
tambah pulak..bila sekali cedera..ad 3 org yang cedera..memang tercabar la..sebab x tau nk tuju yang mana satu...huhuhu


hari nie dah kembali bekerja...apapun..dengan semua kawan-kawan yang bertungkus lumus dan sehabis baik memastikan semuanya berjalan lancar..penat dan lelah yang dirasai...
setidak-tidaknya berasa amat berbaloi...





No comments: