Friday, April 16, 2010

masih di sini..kekal di sisi

Salam menyapa mesra..

Alhamdulillah, banyak yang telah berjaya angin lakukan dalam masa beberapa hari ini..
dan kini, angin masih lagi di sini..menyempurnakan dan melaksanakan segala misi..

menyempurnakan segala misi, siapkan segala tugas yang diberi..dan kami telah bersama-sama di sini menyiapkan semuanya dalam nada yang sama dan rentak yang sekata...
tiada apa yang membezakan dan memisahkan kasih kita semua..
bila kita bergerak dan serentak berarak..
maka, tiada apa yang perlu dikhuatirkan..kerana kelak kejayaan yang cerah itu,..adalah titik penghasilan kepada penyatuan semua..
dan inilah formula kepada sebuah kejayaan..

sambil, melayan perasaan ini..dengan Rahsiaku Milikmu dendangan penyanyi kegemaran angin..
angin benar-benar terasa akan nilai kebersamaan ini..
sedih dan duka kita...adalah milik kita bersama dan kekal bersama kita..
suka dan gembira kita juga...adalah rasa yang kita kongsi bersama..
semoga kebersamaan ini..kekal untuk selamanya..dan bertahan sehingga kejayaan sebenar milik kita semua..

salam sayang buat semua..

-Faiz Hj. Othman-

1 comment:

I said...

Kebersamaan, ia mencipta kenangan.
Kebersamaan, ia mendatangkan penyatuan.
Kebersamaan, jadi penguat di jalanan.

Semoga yang ada tidak hilang, yang tinggal tidak lupa, yang nanti tidak merubah.

Salam satu benua.