Thursday, April 22, 2010

Hari Bumi Sedunia

Salam menyapa mesra..

angin masih lagi di tempat kerja..
menghabiskan sisa-sisa kerja yang masih lagi berbaki..kiranya ada ruang untuk angin siapkan sepenuhnya..baik angin terus siapkan..

apapun, angin ingin kongsikan bersama semua..betapa angin gembira dan teruja untuk menyatakan bahawa angin ingin menjadi antara mereka yang sama-sama menyumbang kepada kehijauan bumi kita..

langkahnya bermula tatkala angin menghadiri

Majlis Pelancaran Kempen Menanam 26 Juta Pokok Peringkat Negeri Kedah

yang berlangsung di Taman Jubli Emas, Alor Setar, kedah..

angin ke sana menjalankan tugas angin sebagai wartawan syarikat dan angin telah menyaksikan semua peristiwa bersejarah itu..dan telah merakamkan segala detik indahnya..
apapun angin benar-benar teruja dan bangga dengan usaha yang dimainkan oleh semua pihak dalam menjayakan program terbabit..
apa yang menariknya, pelajar sekolah dan NGO yang terdiri dari kalangan pemudan yang masih belia remaja turut serta menjayakan program terbabit...

Kempen yang bertemakan Menghijaukan Bumi Satu Warga Satu Pokok itu selamat disempurnakan perasmiannya oleh YAB Menteri Besar Kedah..


angin telah menyatakan hasrat untuk sama-sama menyumbang tenaga ke arah menghijaukan bumi kita..
bagaimana dengan anda..sahutlah saranan kerajaan untuk menjadikan 50% Malaysia adalah diliputi kawasan berhutan..

kehijauan untuk kesegaran bersama...
dan ketenangan adalah dari hijaunya bumi kita...

No comments: