Monday, February 8, 2010

akulah aku yang aku cari


aku menulis lagi..cumanya kali nie, dengan rentak yang tidak seperti biasa aku coretkan..
tingkahku kali ini..semakin cuba untuk berani..
aku tidak lagi sendiri..

aku tahu..bahawa aku tidak lah sesusah dulu..
dan aku..tetap aku yang selalu-selalu..
jangankan kau tidak tahu bila aku berkata tentang sesuatu..
aku benar-benar rasakannya..dan pastikan ia akan menjadi sesuatu yang aku katakan itu..

itu dan ini,
bukanlah apa yang penting berada dalam diri ku kini..
cuma,yang penting ketika ini..
jangankan ada duri pada setiap inci diri..
sesungguhnya, aku benar-benar rasa teruja dengan dunia yang semakin membenci..
aku jua teruja melihat rakanku semakin di sisi..
benar kali ini, akan aku turutkan rasa hati..
tapi, tetap aku berpijak pada tiap sudut bumi..
aku takkan hilangkan diri terus ke dalam fantasi tinggi..
kalaupun berjaya aku terbang lagi..
pasti dengan azam dan tekad yang berahi..

silapkan langkahku kalau aku terasa perlu..
silapku tidak lagi selincah dulu..
aku terasa terang yang benar dalam diri..
dan aku akan biarkan terus benar iu bersinar lagi..

terangi diri ini dengan jutaan kudrat yang kadang tidak terlarat..
akan ku pikul walau terasa berat..
tiap langkah yang tersekat-sekat..
biasanya pasti akan ku berhenti untuk melihat..
adakah yang menyekat itu..
akan terus membuatkan tingkahku terasa lambat

apapun, aku bersyukur dengan nikmat..
yang tak pernah henti aku dapat..
walaupun sikit...biarkan berkat..

aku jenuh memenuhi kehendak hati..
bukan hati ku ini..
tapi hati mereka yang sentiasa di sisi..
aku punya kelemahan diri..
lemahnya aku, kerana tak mampu menjulang setiap hati..
untuk terus ke julai yang lebih tinggi..
ku punya hati..
tetaplah yang utama akan ku penuhi..
disamping sanak yang akan tetap aku terangi hati..

aku akan masih di sini..
buat yang terasa akan kehadiranku dalam diari mereka..
aku benar-benar terharu untuk terus berada di sana..
aku lah aku yang aku cari..

setingkah bertindak
selangkah berpijak..