Wednesday, June 15, 2011

Semoga hari berikutnya lebih indah

Salam mesra dan salam sayang semua.

Hari nie, Angin rasa malas sangat nak bangun pegi kerja...maklumlah, seharian di tempat kerja semalam, sehingga jam 12 tengah malam...

Balik lewat sebab ada banyak sangat perkara yang perlu Angin belajar dan timba...maka, bertima-timbalah ilmu semalam yang Angin cedok..dan sebenarnya, banyak lagi yang perlu Angin belajar..
maklumlah, pembelajaran itu berterusan dan sepanjang hayat..selagi belum tutup mata, maka belajar belajar dan belajar...

Semalam, kita telah dikejutkan dengan gegaran yang bermagnitud 5.9 di Sumatera Utara, harapnya tiada apa yang teruk berlaku dan semoga kita semua dilindungi oleh-NYA..

Apapaun, harapnya kita semua bakal mengharungi hari ini dengan penuh hikmah dan barakah...
Amin..

Jumpa lagi kita yea, walaupun Angin rasa macam mengantuk dan mata pun dah ala-ala beruang panda nie, tapi demi tugas...maka, Angin gegehkan jua...

Bye

1 comment:

daisyputih said...

salam.

ANGIN.

nickname yg unik.. :)