Sunday, March 14, 2010

Melihat Ketamadunan Kita


salam seusai pagi..
menjengah memori..

kembali bertubi..

rahsia hati..

dan korek isi bumi..


kita akan terbiasa dengan katanya Tamadun Bangsa..
dan kita juga sering kali percaya bahawa tamadun yang kita bina..adalah tamadun yang paling berjaya..
namun, pernahkah kita percaya kalau ada tamadun yang tidak berdaya untuk menjadi penggerak gaya dan nadi nusa..

baik kita singkap kembali, bagaimana sejarah ketamadunan bermula..
mulanya tidak sepayah mana..yang pasti tamadun bangsa dan peradaban dunia telah banyak mengajar kita..
seringkali kita terdidik akan menjadi manusia yang tinggi tamadunnya..
tapi, seringkali itulah kita lupa akan intipati ketamadunan yang mendesak kita...
kita perlu ada ini..dan kita perlu jadi begini untuk memenuhi kehendak ketamadunan bangsa..

seusia kita mengenali erti tamadun..pernahkah kita tanya akan apa jasanya tamaduan dunia pada kita???
tentulah banyak rencana dan peradaban yang kita culik dari ketamadunan yang telah tercipta lama...
tapi, yang peliknya..sejauh mana kita bertindak menggunakan akal fikiran kita untuk bergerak dan mengarak tamaduan itu menjadi corak perincian kita..
kita tidak akan pernah lihat tamadun yang tercipta kalau ia tidak musnah dek sikap kita..
kalau dulu ia tercipta..dan mereka mendapat nama atas penciptaan itu..
kita juga mengukir nama..tapi sebagai pemusnah tamadun bangsa..
kenapa perlu jadi begitu???
sehebatnya kita dikurnia akal yang melangit..kita tetap tak mampu bertindak seusia tamadun lama..

kalaupun payah untuk kita bina tamadun dunia seperti yang lama...
baik kita jadi mudah untuk mengekalkan apa yang telah ada..
..bukannya mendabik dada.."siapa yang berjaya memusnahkan tamadun bangsa dengan sekelip mata"

kita bercakap dan melihat dengan mata dan usik suara..
kita berjaya mencipta nama dengan bangga dan gahnya kita..
sedangkan kita lupa banyak yang terabai tanpa nama dan maruah mereka entah ke mana..
itu maruah anak bangsa..yang di canang sebagai tinggi tamadunnya..
singkapkan rasa didik kita pada budaya lama yang mencetuskan peradaban dunia..

SETINGKAH BERTINDAK >>>
SELANGKAH BERPIJAK >>>

No comments: