Monday, May 4, 2009

Selamat Hari Pekerja..n OwN..happy Birthday!!

salam mesra..
buat semua rakan2..angin kini mula terasa bahangnya kerinduan terhadap kengkawan yang telah angin tinggalkan..buat semua rakan-rakanku..ketahuilah bahawa aku benar2 menrinduimu..di saat kita bertekak..bertikam lidah..bergelak ketawa..n bermasam muka..
semuanya telah membangkitkan kenangan yang sangat indah dalam ingatan angin...

1 Mei 2009 (Jumaat)
buat semua pekerja yang telah menyumbangkan tenaga dalam memacu perkembangan dan pembangunan negara...tahniah angin ucapkan dan selamat hari pekerja dari angin..I'Allah angin juga bakal bergelar seorang pekerja tidak lama lagi...buat semua yang telah bekerja sehabis baiik..ketahuilah bahawa anda telah melakukan kewajipan anda dan anda telah menunaikan amanah dengan sebaiknya..manakala bagi yang masih merasakan ada yang kurang baik dalam setiap kerja yang mereka lakukan..ketahuilah masih belum terlambat anda memperbetulkan segala kacanggungan dan beralihlah kepada sesuatu yang lebih benar..

HaPpY BirTHdAy...OwN..
Dan buat rakan seperjuangan angin yang masih berada di UUM kerana masih lagi berbaki lagi 1paper xam..selamat mengulangkaji pelajaran..dan Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-....
itu hanya dia yang ketahui bahawa umurnya telah meniti kedewasaan..semoga panjang umur n murah rezeki..n semoga pa yang bakal kita lalui di kemudian hari..akan kita tempuhi dengan tabah...

hari nie juga..angin telah pulang ke kampung halaman bersama dengan bonda serta ayahanda tercinta..angin telah pulang ke Kelantan..mengisi kekosongan di hari Pekerja..dan mengambil peluang bercuti bersama keluarga..
angin telah bertolah dari kediaman angin pada jam 8.00 pagi..dan telah tiba dengan selamat di kelantan..pada jam 5.30 petang..perjalanan yang sangat memenatkan..namun, cukup menarik....
di pertengahan jalan..angin telah bertemu dengan rakan sekuliah dengan angin..beliau dari Kelantan ingin pulang ke kampus..UUM...
itu shaja yang angin ingin kongsikan bersama dengan anda semua sepanjang hari angin di Hari Pekerja...

penghabisan...

salam mesra..
angin kembali semula setelah menyepi seketika kerana memberi laluan kepada cuti Hari Pekerja...membenarkan tangan dan jari2 jemari berehat tanpa bekerja...n membiarkan minda juga terdiam dari bekerja seketika..
setelah tidak membuka blog ini untuk memberi laluan kepada percutian ke sebelah pantai timur semenanjung..angin kembali semula...dengan beberapa entri yang sudah tertangguh..

30 April 2009
angin kini berada di penghabisan dan pengakhiran peperiksaan akhir untuk semester ini..dan harapnya untuk sepanjang pengajian di UUM nie..angin begitu teruja untuk menamatkan pengajian...entahla..mungkin ramai antara rakan2 angin yang telah dulu meninggalkan UUM berkongsi rasa yang sama dengan angin agaknya...
cuma..beberapa rasa yang telah angin rasa berada di penghujungnya..

-teruja : angin benar2 teruja untuk menamatkan pengajian yang telah 3 tahun angin tempuhi dengan pelbagai ujian dan rintangan yang akhirnya berjaya angin tempuh untuk sampai ke tahap yang mana angin berada sekarang nie..syukur angin panjatkan kepada Ilahi, kerana memberi ruang untuk angin menimba ilmu dunia di UUM dengan segala kenangan yang telah angin corakkan..teruja angin bakal meninggalkan segala rutin yang telah lama angin ikuti sepanjang 3 tahun menimba ilmu di UUM..memang ada yang mengatakan bahawa angin satu hari nanti bakal merindui segalanya...angin benar2 tidak menafikan hakikat perasaan itu...ia benar2 wujud..

-sedih : sedih angin mengingatkan betapa angin kini begitu hampir dengan gerbang perpisahan..gerbang perpisahan setelah sesi perkenalan angin cipta..dan pengisian sepanjang perkenalan benar2 banyak mengajar angin tentang dunia dan ertinya..gerbang perpisahan yang semakin hampir dan pasti ini..bakal membuatkan angin terasa sebak akan tidak lagi semesra dulu bersama rakan2 angin yang telah angin curahkan segalanya bersama mereka..setiap detik suka..mereka ada..dan walau berada dalam duka..mereka juga sentiasa ada..angin sekali lagi benar2 bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan angin dengan pohonan rakan yang benar2 membantu..walaupun tetap ada rimbunan kawan yang membantut..angin begitu bersyukur kerana pertemuan yang telah menemukan angin dengan seorang sahabat..terima kasih kerana benar memahami angin sepanjang tempoh perkenalan ini..engkaulah teristimewa dalam erti kata sahabat yang angin temui..itulah hadiah sebenar...

-takut : dalam sedih dan teruja..perasaan memang takkan pernah menipu angin...angin sebenarnya juga turut merasakan takut dan gusar apabila memikirkan bahawa angin perlu meninggalkan UUM yang tercinta dengan kenangan indah..dan angin bakal menuju ke alam dan destinasi yang selama ini benar2 menginjak hati angin...kini, angin benar2 merasakan getarnya begitu hampir dengan angin kerana angin merasakan takut untuk berhadapan dengan realiti sebanar dunia pekerjaan..angin terkadang rasa..persediaan yang selama ini angin timba di kampus..cukup untuk membawa angin ke alam kerja..namun, sebenarnya..takkan ada yang pernah sempurna dalam diri manusia..hakikat itu perlu angin sedari bahawa angin juga tidak sempurna..dan ada cacat dan celanya..maka, angin perlu lebih bersedia dalam berhadapan dengan situasi sebenar dunia pekerjaan nanti..

-gembira : hal gembira ini memang tidak sepatutnya wujud tatkala angin berada di saat pengakhiran ini...angin benar2 gembira kerana dapat mengikuti sesi BBQ anjuran rakan2 yang bakal menamatkan pengajian bersama...batch 2006 DPP Eon..kami benar2 merasakan betapa gembiranya berada di semester akhir pengajian...kegembiraan angin pada malam nie..begitu berganda..kerana disamping BBQ yang mereka anjurkan..turut dianjurkan adalah Birthday Party untuk angin dan seorang lagi rakan angin..angin benar2 gembira..dan angin ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Wan..yang menjadi MindSetter kepada event malam tersebut..benar2 berjaya..terima kasih kepada semua rakan2 yang telah banyak membantu angin dalam mengahrungi kehidupan sepanjang angin berada di UUM...

Tuesday, April 28, 2009

asthma lagi..

salam mesra buat semua rakan2...
hari nie...angin sekali lagi telah diserang dengan penyakit asthma @ semput @ penat @ lelah..
macam2 orang sebut tentang asthma nie..katanya penyakit nie memang susah nak sembuh..apapun semua 2 kuasa tuhan..kita nie hanya kena ikhtiar sedaya kita..
segalanya bermula ketika angin lahir dalam 2 bulan selepas angin lahir..angin punya jantung telah terkena jangkitan kuman..mungkin disebabkan itulah angin telah terkena penyakit ini..bagaimanapun..menurut salasilah keturunan juga..keturunan sebelah ayah dan mak memang ada penyakit asthma ini..dan ada juga yang kata penyakit nie memang disebabkan oleh keturunan..hmm..apa2pun..ada hikmah disebalik segalanya kan??
angin redha dengan segalanya...makanya, angin telah berikhtiar dengan mendapatkan ubat2an buat bekalan angin di saat2 memerlukan..bila terkena penyakit nie..angin benar2 memerlukan bantuan ubat2an..dan tak kurang juga bantuan nabulizer yang sangat angin perlukan...

menurut pendapat pakar..asthma merupakan penyakit yang melibatkan sistem pernafasan yang kronik..perkataan kronik benar2 menakutkan angin...hehe
angin pernah dimarahi doktor kerana lewat mendapatkan bantuan pernafasan bila terkena serangan asthma dan menurut doktor tersebut..perkara kelewatan itu sepatutnya dielakkan kerana boleh membawa kepada maut..maka, kini angin benar2 berhati2 dengan serangan asthma..jika terasa sikit je sesak nafas..maka angin dengan segera terus mendapatkan ubat2an angin....susah juga kalau hidup nak kena bergantung dengan ubat nie...hmm...
alhamdulillah...angin kini boleh terus melakukan tugas2 harian angin dengan selesa tanpa rasa sesak nafas..apapun angin kena berjaga2 dan sentiasa berhati2 dengan aspek pemakanan angin...jika tersalah makan, maka risiko untuk angin terkena serangan asthma adalah tinggi...walaupun angin telah sembuh dari asthma..namun, kesan dari ubat2an yang angin makan sebentar tadi masih lagi terasa...kebas2 tangan, perut terasa kosong n pahit lidah..
apapun kesan 2 adalah lebih baik berbanding asthma yang takl tahulah macam mana angin nak gambarkan betapa peritnya sakit 2..
angin akan belajar untuk tidak mendedahkan diri kepada faktor2 yang mendorong angin terkena serangan asthma itu...

menggagau..

salam mesra...
angin untuk malam nie sebenarnya tak berapa nak sengaja untuk meng'upload'kan entri kat blog...maka angin dengan tetiba membuat keputusan dengan penuh drastik..terus ke pekan Jitra untuk ke cyber cafe..tujuan utama..bukanlah untuk meng'update'kan diri..cuma hanya untuk mendapatkan nota kuliah..untuk exam lusa..maklumlah, remaja zaman sekarang nie..suka sangat bekerja di saat minit yang terakhir...(macam main bola la plak)..
maka,angin telah keluar ke Jitra untuk dapatkan nota kuliah dalam email kawan angin...btw tahniah kepada angin kerana berjaya juga mendapatkan nota tersebut..dan jutaanm terima kasih kepada Nathasya Mohd Kamal atas kesudian beliau membenarkan angin membuka email beliau..thank babe...
apa2 pun..sebentar lagi angin bakal pulang dan memulakan proses study..haha..semoga angin berjaya k..

Saturday, April 25, 2009

Kereta Baru..

salam mesra...

angin kembali setelah berpenat pulang dari membeli belah kelmarin...lenguh2 badan n sakit kepala dibuatnya..


sejak kebelakangan nie..angin begitu teruja memandu kereta baru yang mak angin beli...itu semua berkat ketabahan dan kegigihan seorang ibu..mencari rezeki lebih buat keluarga...mak angin telah membeli kereta tersebut berkat kesungguhan beliau meniaga burger di MRSM Kubang Pasu..angin begitu kagum dengan ketabahan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mak angin...tahniah mak...


akhirnya, mak mampu buktikan pada semua yang mak juga boleh berjaya seperti orang lain...
maka...kini,mak angin telah memiliki kereta Proton Saga Baru berwarna Granit Grey...hehe..
angin pun teruja n seronok bawa kereta baru..bukan sebab apa..cumanya,kereta tersebut adalah auto..senang ckit angin nak bawa kali nie...

Thursday, April 23, 2009

Kedah Communication & Events

Salam mesra...
angin kembali lagi setelah sekian lama tidak kembara di tanah ini...hehe..
angin hanya ingin kongsikan bersama dengan semua tentang kisah suka dan duka angin yang bakal menjalankan latihan praktikal tidak lama lagi..
mungkin dulu, angin begitu teruja untuk menyatakan kepada semua bahawa angin bakal menjalankan praktikal di TM, Alor Star..nampaknya rezeki angin tidak berada di sana..permohonan angin untuk menjalankan sesi praktikal di sana telah ditolak...begitu kecewa angin rasakan bila mendapat tahu tentang berita tersebut...namun, apakan daya..memang tiada rezeki....namun, kekecewaan itu, telah diisi dengan berita bahawa angin telah diterima untuk menjalani latiha praktikal di Kedah Communication & Events..di Bangunan Bina Darulaman Alor Setar, Kedah..
pertama kali mendapat tahu tentang perkhabaran itu, angin tidaklah begitu gteruja kerana syarikat tersebut tidak pernah angin ketahui kewujudannya..setelah angin melawati laman web mereka...baru angin ketahui bahawa mereka sebenarnya merupakan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kedah..dan antara kerja2 yang dilakukan oleh syarikat tersebut ada;ah tidak lain menganjurkan majlis dan acara2 peringkat Negeri Kedah serta menjalankan tugas 'Public Relation' dan 'Media Relation' untuk kerajaan Negeri Kedah...
apapun, semoga angin mampu untuk menjalankan tugas dengan baik di sana..

Wednesday, April 22, 2009

kau aku..

salam mesra...

buat semua rakan2 yang berasa susah untuk melihat kelibat angin di UUM..ketahuilah bahawa angin kini telahpun berfoya-foya di rumah..menikmati indahnya hari2..banyak benda yang angin perlu lakukan di rumah walaupun hakikatnya angin benar2 rindukan suasana kampus yang tak sampai sebulan bakal angin tinggalkan...
angin kini tinggal lagi 2 paper yang bakal angin duduki di semester akhir ini..doakan kejayaan angin dan rakan2 k..apa2pun..angin cuba untuk lakukan yang terbaik..kerana masa depan angin hanya angin yang mampu untuk corakkan..
kepada rakan-rakan..mari sesama kita harungi dunia ini dengan penuh cekal..dan bekal..

tiada apa yang angin ingin coretkan...hanya sekadar luahan rasa betapa angin benar2 sayangkan rakan2 seperjuangan dan bakal merindukan mereka semua serta segala kenangan yang telah kita lakarkan selama tiga tahun bersama..susah payah,..dan segala senang lenang yang telah mematangkan kita...angin susuli segalanya dengan pohonan ampun andai selama perkenalan yang telah membawa kita ini..angin telah banyak melakukan dosa..yang mulut telah terkeluar kata yang mengata...dan yang rasa telah membenak benci di dada..maafkan angin seadanya...

buat rakan2 seperjuangan..ini ku abadikan buat semua...
dari Aizat..Kau Aku..Ost Merah Putih..

Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada

Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Chorus :
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba

Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Ooohhh….
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Biar sampai akhirnya nanti

Ooohhh..Oohhh..Ooohhh



kepada rakan2....angin bakal kembali semula dengan kenangan baru..
daaa...muahhh