Monday, April 11, 2016

ini sesawang

Assalamualaikum wrt wbt

Niat saya dah lama nak menjengah kisah hati ini.
Luahan ini selalu tertangguh.
Seolah rasa tak membenarkan hati bercerita.

Namun, Alhamdulillah. Kisah ini terbawa ke mari dan kini kembali berfungsi.

Saya telah lama berhasrat untuk mengemudi tulis ini ke daerah asing yang tidak pernah dimengerti.
Jalan daerah ini telah diteroka. Saya pasti jumpa apa yang dalam semak yang telah lama.

Ya, ini sesawang yang sudah semestinya bersawang!! Itu hakikat.
Saya percaya, semua ada bakat.
Yang baik sudah pasti nampak hebat.
Yang buruk buang jauh jangan dekat.

Ini kisah tentang rasa nak menjadi sebuah dunia yang diteroka.
Saya ada banyak cita yang belum digarap menjadi cerita.

Saya punya kisah rahsia yang kadang terbongkar di sudut masa.

Biar saya perihalkan akan perasaan, saat saya mula menekan.

Ia LUAR BIASA....dieja biasa tapi diungkap penuh makna.

Ya, saya tak harus berhenti kerana masa juga berlari,
pantas dan tangkas tanpa dipintas.
Jadi, kita gerak kena deras.

Bernoktah di sini bukan tanda patah.
Saya balik kejap...nanti saya jengah.
Dah lama sangat tak meluah.
Kali ni, tekad saya harap ada tuah.
Bukan Hang Tuah, tapi hang yang gagah
melangkah pun tak risau rebah
jatuh pasti bangun biar payah
itulah hakikat kalau nak lihat cerah
jangan sebut pasrah,
tapi kaki tak selari lidah.
Biar sebut nak redah
tapi dah ada hujung dari pangkal yang indah.
Baiklah. Masa kembali menyergah.

Salam sayang.

Ekspresi Hati buat yang berani mengerti.

--faizhjothman--


Thursday, December 29, 2011

aku sakit

benih dalam permai....ku semai damai...
dan tanah yang belum gembur....basah aku tabur...
jernih yang pernah mekar...
akanku kekalkan segar..

selangkah saat ini, Angin terkedu...dan mata masih sayu..
belum tentu dengan apa yang bakal dituju...biar beribu lagi jauh liku
Angin tak tentu..

Angin sakit untuk terus menongkah rakit...
mendaki bukit...dan dah tentu perit...

Angin saat ini...longlai..
menggarap harapan tak sampai...
kusut masai...

biarlah tabah menanti pasrah...
dan redha menentu arah...
Angin perlu kuat tak perlu dipapah...

Angin kena tegak mengukir jarak...
dan menentu hala perak dan gerak...
Angin tak perlu teduh pada rosak..


Sunday, November 20, 2011

melihat perubahan dengan perubahan

aku berada di sini hari ini...bukan untuk menuding dan berpaling...
tanpa tahu satu pun perkara yang berlaku di keliling..

aku berada di sini untuk sama merasa
apa yang sudah ada...
dengan sekian lama...
tapi pada takuk lama...

kisahnya mudah je. Konsepnya masih sama. Kalau kita belum tahu apa yang kita tak tahu. Maka, kita perihalkan satu-persatu...dan bukannya keras membatu..
kita kena mula bergerak dan bukan diarak lagi..
kalau seperti mana biasa, kita menadah tanpa tanya dan sudahnya menganga..
kita yang rugi..
sebab kita tadah tapi tak de isi...

senangnya, kalau memang kita hampir tak reti..
jangan lah tak reti-reti nak cari isi...
bukannya kena lempar depan muka sendiri..
baru kita menggelabah mencari erti.
biar rosak membaiki
jangan rosak dibaiki...

bercanggah bukan bertelagah..
kalah bukan berserah.
janganlah hidup asyik dengan pasrah.
alam berubah, namun kita tak tentu arah.
berjalan masih berpapah.

kadang saya hairan...
kadang-kadang jugak terkilan..
apa ada dengan gelaran?
mana datangnya jawatan?
kalau mampu bertahan dengan kedudukan
dengan lunas-lunas kebenaran.
benar, saya setuju kamu dinaikkan.
Tapi, kalau mulut je mampu lontarkan.
sedangkan lidah pun tak restu dengan tujuan..
maka akan pincanglah arahan.

nasihat ini, untuk saya bersama.
agar kita, kalau tinggi mana..
kita tetap rendah pada mulanya..
bahkan kita masih hina di sisi Yang Maha Esa.
janganlah kita dabik dada, seolah-olah dada yang kita dabikkan adalah dada yang kita cipta.
kita bukan ada di dunia dengan sendiriynya.
jadi, jangan pernah lupa peranan
yang kita sebenarnya telah ditugaskan..

selamat bertugas semua.

Sunday, October 30, 2011

Merisik Khabar

Selamat Pagi

Tyme ni, ANGIN kembali saat semuanya enak dibuai mimpi indah ataupun Nightmare (who knows). Tak kisah lah apa jua cerita mimpi anda, semoga lena kita mampu memberikan senyuman manis tatkala sedar dan terjaganya esok hokeh

ANGIN datang lagi menulis setelah lama menyepi dan diam tak berseri.
Banyak kisah yang ANGIN pelajari hari ini. Kisah menjadi baik budi..dan tak kurang juga kisah yang memberi inspirasi (macam nama slot ANGIN on air saban malam >>> was so cool)

ANGIN tersedar tentang banyak benda hari ni.
Kalaupun ANGIN terlupa nak menyatakan sesuatu, ANGIN nak ucapkan terima kasih kepada semua yang secara langsung dan tidak memberi daya usaha dan membantu membina sebuah karier.

Hari nie juga, ANGIN belajar membina upaya sendiri dan tak lagi berkongsi rasa yang sangsi..
hahaha...
ANGIN ingat lagi pepatah kata : Kalau tak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya
Walaupun ANGIN sebenarnya hampir tak pasti dengan rupa paras ruyung nie, tapi ANGIN pasti pecahkan jugak, untuk mendapatkan sagu tu..yang kalau makan ala-ala tersekat dekat kerongkong....hmm...sedap..

OK, sekarang nie ANGIN berdepan dengan situasi yang mana ANGIN sendiri hampir kurang pasti dengan apa yang ANGIN tak pasti.
Ini sangat besar bencananya kalau nak diikutkan.
Whatever~~

Esok belum pasti lagi apa yang bakal dan akan terjadi..
Tapi kemungkinan itu pasti....dan ANGIN kenalah bersedia menghadapi segala kemungkinan...
belum tentu yang mendatang akan memberikan kesan..
dan belum tentu yang mendatang juga akan terkesan...
yang tentu masa tetap akan mendatang
Ok...

sekarang memang tentu masanya untuk ANGIN juga turut rasa apa yang mereka rasa..

Salam sayang semua.

Wednesday, October 19, 2011

akan ku cuba


akan ku cuba bertahan..
tahankan ketahanan
agar tidak menjadi penahanan
dalam medan cabaran...

kekalkan kecekalan
dan menjadi wadah pengekalan
agar tidak tumpas pada daya kekesalan.

akan ku cuba kawal
medan ujian kawalan
supaya tidak terlalu awal
berjajar menjangkau akal.

tabahkan jiwa tabah
di laluan resah
agar tidak rebah
pada pusar tanah
dengan nada lemah

akan ku cuba....

faiz hj. othman
IKIMfm
12:45
191011

Thursday, September 29, 2011

aku dan kehidupan


kehidupan banyak mengajar aku tentang erti peranan

aku yakin dengan peranan dalam kehidupan
yang mengajak aku bertindak dengan otak dan terus berjalan dengan rancak....
tanpa pikir soal kocak yang bergolak.

aku sedar akan penghidupan yang kelilingnya penuh dengan peranan dan perasaan.
peranan tidak dengan sengaja menjarakkan aku...
namun perasaan cuba menjadi pemisah waktu..

cemburu menjadikan kehidupan ada kalanya tampak kusam sebam
cemburu dengan perasaan tidak lari dari perasaan pada cemburu itu.

kisah cinta menjadikan kehidupan dijulang
retak terjarak meluputkan kisah kehidupan yang terang

hidupnya kehidupan lengkap dengan watak dan perwatakkan
hidup takkan terpisah dengan kehidupan
sedangkan kehidupan selalu menjurangkan hidup dari nisbah kehidupan.

kehidupan tidak pernah menjanjikan senang lenang
kehidupan juga tak pernah bersorak tentang erti perang..
tapi kehidupan di corak dengan tenang dan serang.

terbuai dengan dendang kehidupan


Faiz Hj, Othman
29 September 2011

IKIMfm

Wednesday, September 14, 2011

~bicara kabut~


otakku serabut...
fikir-ku tercabut...
langkahku kusut...
aku kelam kelibut...
berpijak pada tanah gambut
dan makan-makan di segambut..

Angin takkan duduk diam..
selagi kepala pening termanggu kelam...
bungkam...kusam...suram..

Akalku kacau..
otak-ku berpusing sasau
suara sengau-sengau
(tak macam burung kicau)
berduka dalam gurau...
Argghh...Angin risau...

Angin nak tidur..
jangan datang tegur..
Angin nak kembali subur.


Faiz Hj. Othman

IKIMfm

14 Sept. 2011