Showing posts with label praktikal. Show all posts
Showing posts with label praktikal. Show all posts

Thursday, June 4, 2009

hari yang ke-3

selamat pagi..
tyme angin tulis entri nie..keadaan kesihatan tak berapa mengizinkan..biasala, penyakit angin yang selalu 2..(asthma)..
disebabkan tengah menjalani latihan praktikal..maka, angin lupakan sejenak kisah nak amik cuti..
nie kisah semalam..(sebab hari nie mood x baik..so x nak conteng dlm blog pasal hari nie)

3 Jun 2009 (Rabu)
al-kisah, angin telah berjaya menempuhi hari yang ketiga berada di ofis tempat angin menjalani latihan praktikal..jadi..3 hari, mesti punya banyak cerita..apa2 pun cerita dia..jom baca..
sbelum itu..maka, genapla sebulan dari tarikh angin menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-22 hari nie..

kisahnya, ofis memang satu tempat yang happening kalau kena caranya..dan kalau cara dia tak berapa nak kena..memang ofis akan jadi tempat yang paling pening..huhu
hari pertama, angin duduk melangut je kat bangku yang empuk 2...dan masuk hari kedua, telah ditemuramah oleh bos..memang ramah la pertemuan 2..sampaikan terkulat2 angin nak menjawab soalan cepu-cemas dari bos...

apapun, hari kedua, bos baru bagi tugasan secara formalnya dekat angin..jadi, dengan rasminya angin kini bergelar pekerja pelatih di KCE Sdn. Bhd.
baik...bos, telah mendapatkan ilham untuk angin menyiapkan satu kertas cadangan 'next event' yang bakal berlangsung di negeri Kedah..bila kerja kat company event..harusla bersedia dengan 'proposal'...ok...cabaran pertama angin terima dengan redha..dan angin akan laksanakan dengan sebaik mungkin..
so..angin kena buat research sikit..apalah yang patut ada dalam 'event' yang bakal angin rangka agar dapat menarik ramai pengunjung dan yang pasti tidak membosankan...

bercerita mengenai hari ketiga..perasaan malu dalam diri angin untuk bersembang, bertegur sapa dan 'bergosip' dengan rakan sekerja telah luntur..(macam guna clorox plak..cecair peluntur..haha)...ok, kali nie angin da mula pandai buka cerita n memulakan siri gosip terbaru bersama mereka..antaranya, tentang pengalaman rakan sekerja yg baru 1st time jadi emce..kelakar plak dengar cerita dia..hhuhu..(percayalah semua orang akan alami perkara yang sama bila 1st time jadi emcee)
dan hari nie juga telah berani untuk berjumpa dengan bos tanpa dipanggil sebab nak tunjuk hasil kerja angin tyme angin belajar dulu..(assignment buat magazine)..bila dah serahkan contoh hasil kerja angin..maka, bos dengan penuh semangat telah memberikan angin tuagasan rasmi yang kedua..iaitu kaji tentang pembikinan majalah kerajaan negeri Kelantan..dan bos cakap...kita akan terbitkan majalah yang sebegitu rupa...dan yang pasti kali nie dia melantik angin menjadi wartawan untuk majalah tersebut..hmm..ok.tq bos..sebab memberikan angin peluang untuk menulis sebarapa banyak yang angin suka..hehe

oklah..2 la serba sedikit tentang cerita angin di hari kedua dan ketiga bergelar seorang pekerja pelatih...ok..c ya..daa

Tuesday, June 2, 2009

1st day..PRAKTIKAL

salam mesra..
setelah penat bertungkus lumus di KL>>>
sampai kat Kedah jam 2.00 pagi...hari Isnin

so..Isnin adalah hari pertama yang mana angin perlu untuk menyusun semula jadual harian angin ke alam pekerjaan..nak kata sedeia..x de lah sedia sangat..tapi kena la sedia jugak..nak tak nak kena pergi jugak..

1 Jun 2009 (ISnin)
angin tak berapa nak cukup tidur sebab memikirkan macam mana lah nasib angin pergi praktikal..
disebabkan tak cikup tidur..maka, liat giler nak bangun pagi..angin bangun pukul 6.30 then 'iron' baju n mandi2...maka, bersiap sehingga pukul 7.00..
angin keluar umah pukul 7.30..dan sampai kat ofis 5 minit lagi nak pulul 8..dalam perjalan...Ya RAbbi..hanya tuhan je yang tahu..betapa neves nya angin nak tempuh alam keje...huh..padahal rilex je..tapi memang angin tak tipu..neves dia teruk n x sama macam nak amik exam...memang dahsyat la..sampai kebasla kaki angin nak tekan minyak..hmm..

sampai je kat oifs..apasal plak cam lengang giler kat ofis nie..kete angin je ngan ada la 3 buah lagi..macam tak logik je..so, angin fikir..tak la cuti plak hari nie...rupanya angin dah salah timing...
masuk ofis pukul 8.30 bukannya pukul 8..angin memang boleh dapat anugerah pekerja cemerlang..hahaha

so, masuk ofis dengan perasaan cuak n segan silu sebab datang tempat orang..ya ampun..aku nie da macam anak patung..duduk je dekat kerusi terpacak n x cakap apa2 ngan sape2 pun..malunya aku..n aku memang tak tahu camne nak start perbualan..
sampailah aku mula diperkenalkan kepada semua pekerja lat situ..
ok..semuanya ramah n mesra..

tapi..sebab malu punya pasal..so, angin tak tahu nak buat apa..so, angin belek2 je la dokumen yang dah sedia ada atas meja angin...nak buka Pc..x ley on plak..so..angin baca dokumen 2 sampai naik ngantuk..silap2 angin dah boleh hafal dokumen 2..sebabnya dari pukul 9.30 sampai pukul 1.00 itulah dokumen yang angin belek..sebab dah tak tahu nak buat apa..memang mati kutu...

tyme rehat plak..angin kuar makan ngan member ofis..n dorg memang sgt sporting..

apapun..pengalaman hari pertama memang mencuakkan n mengujakan..cuma yang penting..
esok kena bangun awal..n malam nie..tido kena cukup...
k daa..jumpa lagi k

Tuesday, May 26, 2009

Kenyataannya..!! Terbongkar jua

salam mesra..

smoga hari nie..semuanya akan berada dalam keadaan ceria dan emosi yang sangat stabil..
cuma angin yang agak kurang stabil dengan cerita yang bakal angin sampaikan ini...
bukannya apa..selama nie, emosi terasa bercelaru dengan perngkhabaran yang satu 2..dan kini, terbongkar segalanya yang menenangkan jiwa..

ok..pesanan lyana kepada angin supaya tidak berangan2 dalam menulis entri ini..baiklah, angin cuba

semalam, 25 Mei 2009 (Isnin)..
angin telah menerima panggilan telefon dari TM Alor Star..satu perkara yang mengejutkan angin...kerana pada angin, perkara yang melibatkan TM ini telahpun berakhir..
baik, pegawai di syarikat TM tanya adakah angin bersetuju untuk menjalani latihan praktikal di syarikat mereka..dengan penuh terkejut, angin hanya mampu berkata..

maaf yea en., saya sebenarnya membuat permohonan untuk menjalani praktikal di
syarikat en. melalui universiti saya..dan seminggu sebelum saya menduduki
peperiksaan akhir, pihak universiti memaklumkan kepada saya bahawa pihak en.
telah menolak permohonan saya..dan hari nie, en bagitau yang nama saya masih
dalam senarai pelajar yang akan praktikal di syarikat en....jadi saya memang
tak dapat buat apa2..memang sebenarnya saya sangat berminat untuk
menjalani latihan praktikal di syarikat en..tapi, bila permohonan saya
ditolak, maka saya terpaksa menerima syarikat lain..apapun, saya minta
maaf banyak2..terima kasih yea en.

itulah kisahnya..
jadi tanpa membuang masa, angin terus menghubungi pihak yang berkenaan di universiti..
apa yang mereka kata..mereka telah menghantar surat kepada syarikat yang berkenaan dengan menyatakan pada surat tersebut, sekiranya maklumbalas tidak diberikan sehingga ke satu tarikh yang ditetapkan. ini bermaksud permohonan tersebut tidak diterima..ok..
angin begitu jelas dengan apa yang cuba disampaikan..

cuma angin sangat kesal dengan perkataan yang digunakan oleh pegawai di pihak universiti..
meraka mengatakan TM 'REJECT' PERMOHONAN ANDA
dengan perkataan tersebut benar2 menjejaskan emosi angin kerana pada angin, kenapa ditolak..tidak layak sangatkan angin untuk berada di syarikat tersebut??
perkataan tersebut tidak seharusnya keluar dari mulut pegawai tersebut..
sepatutnya pegawai universiti yang berurusan dengan pelajar (yang mana pelajar adalah pelanggan yang membayar gaji mereka) seharusnya lebih telus dan 'polite' dalam pemilihan ayat..
jika dia maklumkan pada angin bahawa surat maklumbals tidak diterima..angin boleh terima dengan ayat tersebut..tapi apabila perkataan 'reject' digunakan..angin terasa agak hina..

itu sahaja apa yang angin cuba sampaikan..mungkin angin terlalu emosi..tapi itulah hakikatnya dan harapnya perkara sebegini tidak akan berlaku lagi untuk kepentingan bersama..
*kesimpulannya, angin meang tak pernah kena reject oleh TM..cuma pihak universiti yang mengganggap bahawa TM reject angin...hmm...ape2 jela

Thursday, April 23, 2009

Kedah Communication & Events

Salam mesra...
angin kembali lagi setelah sekian lama tidak kembara di tanah ini...hehe..
angin hanya ingin kongsikan bersama dengan semua tentang kisah suka dan duka angin yang bakal menjalankan latihan praktikal tidak lama lagi..
mungkin dulu, angin begitu teruja untuk menyatakan kepada semua bahawa angin bakal menjalankan praktikal di TM, Alor Star..nampaknya rezeki angin tidak berada di sana..permohonan angin untuk menjalankan sesi praktikal di sana telah ditolak...begitu kecewa angin rasakan bila mendapat tahu tentang berita tersebut...namun, apakan daya..memang tiada rezeki....namun, kekecewaan itu, telah diisi dengan berita bahawa angin telah diterima untuk menjalani latiha praktikal di Kedah Communication & Events..di Bangunan Bina Darulaman Alor Setar, Kedah..
pertama kali mendapat tahu tentang perkhabaran itu, angin tidaklah begitu gteruja kerana syarikat tersebut tidak pernah angin ketahui kewujudannya..setelah angin melawati laman web mereka...baru angin ketahui bahawa mereka sebenarnya merupakan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kedah..dan antara kerja2 yang dilakukan oleh syarikat tersebut ada;ah tidak lain menganjurkan majlis dan acara2 peringkat Negeri Kedah serta menjalankan tugas 'Public Relation' dan 'Media Relation' untuk kerajaan Negeri Kedah...
apapun, semoga angin mampu untuk menjalankan tugas dengan baik di sana..