Friday, July 17, 2009

** Kalaupun Kita Mulakan Bicara **

Khas buat semua teman-teman yang mengikui perjalanan angin..
terimalah puisi angin yang baru..setelah sekian lama angin tidak bermaya dengan bahasa ini..
hayati bersama...

KALAUPUN KITA MULAKAN BICARA

Berlabuhnya tirai duka
dan dalam senangnya hati berkata
mulakan tiap langkah yang benar-benar membuka
dan tiap ruang bicara yang terpancar cahaya
ketahuilah, nescaya yang benar telah tiba..

Bermula seawal kita melangkah biasa
dan akan berakhir tiap bicara
dengan santai fikiran terbuka.
Pastikan tiap kata yang benar
ke dalam benak jiwa,
difaham dan terus direndam dalam-dalam
dan akal yang punya warasan fikiran
akan mulakan putaran dan terus bongkarkan rahsia
tentang isi alam yang berkata..

Bila terbit suria yang mana
warnanya tak semuda lama
dan tuanya pudar rasa
pastikan kita mula bicara dengan nada yang biasa
dan rendahkan jiwa dalam ketinggian bahasa
dan tinggikan warasnya dalam kerendahan rasa.
Biarkan sealamnya tahu,
betapa dunia yang dihuni manusia
berlegar dalam ruang kata petak bicara.
dan seperti biasa,
luahan kata dan lontaran rasa, takkan ke mana
kalau tak memuncak pada akalnya
dan tak berpijak pada pangkalnya..

..alamakan terus
memuntahkan bicara ilmunya
dan alam takkan sunyi
memberi ajaran terbuka
antara akal dan jiwa
bersatu antara dua
akan menyeri lumrah manusia
bahawa kata akan terus berkata
walau dalam jiwa
atau luahkan pada lahirnya..

Saturday, July 4, 2009

sedihnya...n susah hati

salam mesra..

setiap kali bila ku terkenangkan bulan yang terangnya mengambang..aku akan terus mengenangkan nasib yang terang tapi jalannya suram..
bila terlihatkan mentari yang kemilaunya gemilang..ku mula resah akan hati yang kurang cahaya terang..

bila lagi akan aku rasakan setiap detik yang bahagia..dan bila lagi akan aku rasa tiap saat suka...
kalaupun dunia berkata..aku akan bisikkan pada dunia..hentikan seketika masa..
aku mula merasakan hilangnya daya..dan aku mula berbicara tentang naluri yang tak upaya..

*ok..angin memang terasa hilang sangat2 hari nie..n benar2 terasa sunyi..
walaupun di tengah ramai...angin benar2 terasa sukar..

Ya Rabbi...kuatkanlah hati angin menempuhi segalanya dan semoga jalanan yang bakal angin tempuh..akan terasa senang..