Showing posts with label lontaran kata. Show all posts
Showing posts with label lontaran kata. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

-Memupuk Rasa-

Kita rasa, kita mungkin biasa,
pada mereka, kita luar dari biasa,
dan kita rasa kita istimewa,
sedang mereka tak pandang kita.

sekilas rasa kita,
bukanlah sama dengan rasa mereka.
mereka tak mungkin rasa apa yang kita rasa.

Kita pupuk rasa,
kita semai bicara.
Kalaulah rsa kit sesuatu yang berbeza,
tentu juga kata kita takkan sama.

-Faiz Hj. Othman-
Kelana Parkview

Terlalu Asing



Terlalu asing bila berada di tengah ramai, tapi sendiri.
terasing bila kehendak tidak mampu dibeli,
keperluan masih lagi tercari-cari.

Terlalu asing berada di keliling hati, tapi mati.

Asingnya bila punya rasa begini.
Bukannya rasa untuk didampingi,
tetapi rasa untuk dihargai.

Bilakah jalan ini akan tidak seasing ini?
Dan bilakah pengasingan ini akan bertemu jalan mati?

Semoga aku dapat belajar dari rasa keasingan ini.


FaizHj. Othman
14 Disember 2010
18:45
Taman Miharja, Cheras

Saturday, June 12, 2010

KL...i'll be there...

Salam menyapa mesra...

owh....sangat penat yea hari nie...walaupun tak de la banyak sangat benda yang angin lakukan...kalau nak ikutkan macam orang lain yang bertungkus lumus buat kerja..
angin macam biasa lah...kalau hari2 cuti yang penuh nikmat nie....angin akan menikmati indahnya hari2 hanya di atas katil...owh....sangat kurang senonoh..
tapi hakikatnya...itu adalah apa yang memang angin lakukan....
x pe...dah menjadi perkara biasa..orang lain juga punya perangai dan habit yang hampir sama macam angin bila tiba musim cuti...
kali nie cuti angin agak pelik sikit kerana ini adalah peralihan cuti yang perlu angin biasakan hari demi hari...
daripda selama nie merasa cuti Jumaat Sabtu..maka saban hari akan menikmati cuti Sabtu Ahad...owh...

tadi baru je balik amik tiket untuk ke Kl....bakal menaiki bas Mesra Liner...owh..namanya unik...(biasalah rakyat Malaysia memang suka menggunakan nama yang menarik nie...sampai banyak sgt dah nama bas yang angin x pernah dengar...hihi)
tiket hari Ahad 13 Jun 2010 sehari sebelum angin memulakan tugas di syarikat baru..
setibanya di KL nanti..banyak perkara yang menanti angin..jumpa kawan2...
plan bersama Wan...dan akan dapatkan Handphone baru...2 yang sangat menarik...
owh...sangat tidaak sabar menantinya...hmmm...

sekarang nie...angin masih lagi terasa penat walaupun hakikatnya memang x de buat apa..
so, sekarang rasa macam dah nak masuk tido dah..
selamat malam semua...dan buat yang dirindui dan dikasihi..
SaLAm SAyaNg dari HATI....

Sunday, June 6, 2010

Umpama padi berisi Tunduknya ke Bumi

Salam menyapa mesra...

menjangka akan apa yang terjadi adalah diluar dugaan kita...tapi menduga sesuatu kejadian itu juga mustahil buat kita...
rencanakan setiap apa yang mungkin terjadi..itu layak buat kita..
semoga kita jumpa jalan yang lebih terang dan lebih tenang...
kita sering bercakap tentang darjat dan pangkat
dan sering kali itu jugalah kita diperangkap dengan darjat dan pangkat yang kita banggakan..
takkan ke mana kalau bunyinya hanya untuk bermegah dan berbangga..
tak luak rasa bangga kita hanya dengan pangkat dan darjat yang hanya sementara...
itu kisah tentang darjat dan pangkat yang sering menjadi pertikaian manusia dan menjadi pertelingkahan antara kita..
kalau pangkat dan darjat mampu diagih...sudah tentu agihan berlaku secara tidak sama rata..
kurang adil melihat agihan pangkat dan darjat...

itu kisahnya darjat...
dan bila kita berada pada takah yang tinggi...
terkadang kita terlupa untuk memandang ke bawah agar bila jatuh kita sedar akan tingginya..
dan pasti kita akan bersedia dengan kemungkinan jatuhnya itu...
tapi bila kita melangit dan kita tak pernah melihat ke bumi...
nescaya..kalau kita jatuh...jatuh pada saat dan jarak yang tak terduga...
seringkali memang itu yang terjadi..
melangit tanpa memijak bumi...
'Umpama Padi Berisi Tunduknya Ke Bumi...Camar Terbang Tinggi Pulang di Siang Hari"
menjadi perkara yang sering menjadi kebanggaan org lain adalah sesuatu yang cukup bahagia..
cuba sesekali bila bercakap tentang tinggi....ingatkan juga pada kejadian rendah itu..
yang tinggi takkan berdiri dengan terus tinggi...
bermulanya tinggi dengan ukuran yang rendah...
maka, takkan dengan mudah kita boleh lupa hakikat tinggi kalau tiada yang rendah...

Mutiara yang dalam ke dasar lautan tetap berkilau
ia tak perlu tinggi untuk menjadi kebanggaan....cukuplah ia menjadi apa yang telah ia jadi untuk terus disanjungi..
bermula dengan dasar lautan...menjadi takhta tertinggi...
hakikatnya...ia tidaklah begitu tinggi..
biarlah begitu orang melihat akan darjat kita..
dn biar begitu juga orang menilai kehidupan kita..
kita hidup di bumi yang sekeliling penuh dengan manusia yang menilai kita...
dan bukannya nialaian daripada kita...
tetapi mereka...

jangan sesekali berdiri di puncak tinggi tanpa sejenak merenung kaki di bumi...

Sunday, March 14, 2010

Melihat Ketamadunan Kita


salam seusai pagi..
menjengah memori..

kembali bertubi..

rahsia hati..

dan korek isi bumi..


kita akan terbiasa dengan katanya Tamadun Bangsa..
dan kita juga sering kali percaya bahawa tamadun yang kita bina..adalah tamadun yang paling berjaya..
namun, pernahkah kita percaya kalau ada tamadun yang tidak berdaya untuk menjadi penggerak gaya dan nadi nusa..

baik kita singkap kembali, bagaimana sejarah ketamadunan bermula..
mulanya tidak sepayah mana..yang pasti tamadun bangsa dan peradaban dunia telah banyak mengajar kita..
seringkali kita terdidik akan menjadi manusia yang tinggi tamadunnya..
tapi, seringkali itulah kita lupa akan intipati ketamadunan yang mendesak kita...
kita perlu ada ini..dan kita perlu jadi begini untuk memenuhi kehendak ketamadunan bangsa..

seusia kita mengenali erti tamadun..pernahkah kita tanya akan apa jasanya tamaduan dunia pada kita???
tentulah banyak rencana dan peradaban yang kita culik dari ketamadunan yang telah tercipta lama...
tapi, yang peliknya..sejauh mana kita bertindak menggunakan akal fikiran kita untuk bergerak dan mengarak tamaduan itu menjadi corak perincian kita..
kita tidak akan pernah lihat tamadun yang tercipta kalau ia tidak musnah dek sikap kita..
kalau dulu ia tercipta..dan mereka mendapat nama atas penciptaan itu..
kita juga mengukir nama..tapi sebagai pemusnah tamadun bangsa..
kenapa perlu jadi begitu???
sehebatnya kita dikurnia akal yang melangit..kita tetap tak mampu bertindak seusia tamadun lama..

kalaupun payah untuk kita bina tamadun dunia seperti yang lama...
baik kita jadi mudah untuk mengekalkan apa yang telah ada..
..bukannya mendabik dada.."siapa yang berjaya memusnahkan tamadun bangsa dengan sekelip mata"

kita bercakap dan melihat dengan mata dan usik suara..
kita berjaya mencipta nama dengan bangga dan gahnya kita..
sedangkan kita lupa banyak yang terabai tanpa nama dan maruah mereka entah ke mana..
itu maruah anak bangsa..yang di canang sebagai tinggi tamadunnya..
singkapkan rasa didik kita pada budaya lama yang mencetuskan peradaban dunia..

SETINGKAH BERTINDAK >>>
SELANGKAH BERPIJAK >>>