Assalamualaikum wrt wbt
Niat saya dah lama nak menjengah kisah hati ini.
Luahan ini selalu tertangguh.
Seolah rasa tak membenarkan hati bercerita.
Namun, Alhamdulillah. Kisah ini terbawa ke mari dan kini kembali berfungsi.
Saya telah lama berhasrat untuk mengemudi tulis ini ke daerah asing yang tidak pernah dimengerti.
Jalan daerah ini telah diteroka. Saya pasti jumpa apa yang dalam semak yang telah lama.
Ya, ini sesawang yang sudah semestinya bersawang!! Itu hakikat.
Saya percaya, semua ada bakat.
Yang baik sudah pasti nampak hebat.
Yang buruk buang jauh jangan dekat.
Ini kisah tentang rasa nak menjadi sebuah dunia yang diteroka.
Saya ada banyak cita yang belum digarap menjadi cerita.
Saya punya kisah rahsia yang kadang terbongkar di sudut masa.
Biar saya perihalkan akan perasaan, saat saya mula menekan.
Ia LUAR BIASA....dieja biasa tapi diungkap penuh makna.
Ya, saya tak harus berhenti kerana masa juga berlari,
pantas dan tangkas tanpa dipintas.
Jadi, kita gerak kena deras.
Bernoktah di sini bukan tanda patah.
Saya balik kejap...nanti saya jengah.
Dah lama sangat tak meluah.
Kali ni, tekad saya harap ada tuah.
Bukan Hang Tuah, tapi hang yang gagah
melangkah pun tak risau rebah
jatuh pasti bangun biar payah
itulah hakikat kalau nak lihat cerah
jangan sebut pasrah,
tapi kaki tak selari lidah.
Biar sebut nak redah
tapi dah ada hujung dari pangkal yang indah.
Baiklah. Masa kembali menyergah.
Salam sayang.
Ekspresi Hati buat yang berani mengerti.
--faizhjothman--
Monday, April 11, 2016
Thursday, December 29, 2011
aku sakit
benih dalam permai....ku semai damai...
dan tanah yang belum gembur....basah aku tabur...
jernih yang pernah mekar...
akanku kekalkan segar..
selangkah saat ini, Angin terkedu...dan mata masih sayu..
belum tentu dengan apa yang bakal dituju...biar beribu lagi jauh liku
Angin tak tentu..
Angin sakit untuk terus menongkah rakit...
mendaki bukit...dan dah tentu perit...
Angin saat ini...longlai..
menggarap harapan tak sampai...
kusut masai...
biarlah tabah menanti pasrah...
dan redha menentu arah...
Angin perlu kuat tak perlu dipapah...
Angin kena tegak mengukir jarak...
dan menentu hala perak dan gerak...
Angin tak perlu teduh pada rosak..
Sunday, November 20, 2011
melihat perubahan dengan perubahan
aku berada di sini hari ini...bukan untuk menuding dan berpaling...
tanpa tahu satu pun perkara yang berlaku di keliling..
aku berada di sini untuk sama merasa
apa yang sudah ada...
dengan sekian lama...
tapi pada takuk lama...
kisahnya mudah je. Konsepnya masih sama. Kalau kita belum tahu apa yang kita tak tahu. Maka, kita perihalkan satu-persatu...dan bukannya keras membatu..
kita kena mula bergerak dan bukan diarak lagi..
kalau seperti mana biasa, kita menadah tanpa tanya dan sudahnya menganga..
kita yang rugi..
sebab kita tadah tapi tak de isi...
senangnya, kalau memang kita hampir tak reti..
jangan lah tak reti-reti nak cari isi...
bukannya kena lempar depan muka sendiri..
baru kita menggelabah mencari erti.
biar rosak membaiki
jangan rosak dibaiki...
bercanggah bukan bertelagah..
kalah bukan berserah.
janganlah hidup asyik dengan pasrah.
alam berubah, namun kita tak tentu arah.
berjalan masih berpapah.
kadang saya hairan...
kadang-kadang jugak terkilan..
apa ada dengan gelaran?
mana datangnya jawatan?
kalau mampu bertahan dengan kedudukan
dengan lunas-lunas kebenaran.
benar, saya setuju kamu dinaikkan.
Tapi, kalau mulut je mampu lontarkan.
sedangkan lidah pun tak restu dengan tujuan..
maka akan pincanglah arahan.
nasihat ini, untuk saya bersama.
agar kita, kalau tinggi mana..
kita tetap rendah pada mulanya..
bahkan kita masih hina di sisi Yang Maha Esa.
janganlah kita dabik dada, seolah-olah dada yang kita dabikkan adalah dada yang kita cipta.
kita bukan ada di dunia dengan sendiriynya.
jadi, jangan pernah lupa peranan
yang kita sebenarnya telah ditugaskan..
selamat bertugas semua.
Sunday, October 30, 2011
Merisik Khabar
Selamat Pagi
Tyme ni, ANGIN kembali saat semuanya enak dibuai mimpi indah ataupun Nightmare (who knows). Tak kisah lah apa jua cerita mimpi anda, semoga lena kita mampu memberikan senyuman manis tatkala sedar dan terjaganya esok hokeh
ANGIN datang lagi menulis setelah lama menyepi dan diam tak berseri.
Banyak kisah yang ANGIN pelajari hari ini. Kisah menjadi baik budi..dan tak kurang juga kisah yang memberi inspirasi (macam nama slot ANGIN on air saban malam >>> was so cool)
ANGIN tersedar tentang banyak benda hari ni.
Kalaupun ANGIN terlupa nak menyatakan sesuatu, ANGIN nak ucapkan terima kasih kepada semua yang secara langsung dan tidak memberi daya usaha dan membantu membina sebuah karier.
Hari nie juga, ANGIN belajar membina upaya sendiri dan tak lagi berkongsi rasa yang sangsi..
hahaha...
ANGIN ingat lagi pepatah kata : Kalau tak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya
Walaupun ANGIN sebenarnya hampir tak pasti dengan rupa paras ruyung nie, tapi ANGIN pasti pecahkan jugak, untuk mendapatkan sagu tu..yang kalau makan ala-ala tersekat dekat kerongkong....hmm...sedap..
OK, sekarang nie ANGIN berdepan dengan situasi yang mana ANGIN sendiri hampir kurang pasti dengan apa yang ANGIN tak pasti.
Ini sangat besar bencananya kalau nak diikutkan.
Whatever~~
Esok belum pasti lagi apa yang bakal dan akan terjadi..
Tapi kemungkinan itu pasti....dan ANGIN kenalah bersedia menghadapi segala kemungkinan...
belum tentu yang mendatang akan memberikan kesan..
dan belum tentu yang mendatang juga akan terkesan...
yang tentu masa tetap akan mendatang
Ok...
sekarang memang tentu masanya untuk ANGIN juga turut rasa apa yang mereka rasa..
Salam sayang semua.

Wednesday, October 19, 2011
akan ku cuba

akan ku cuba bertahan..
tahankan ketahanan
agar tidak menjadi penahanan
dalam medan cabaran...
kekalkan kecekalan
dan menjadi wadah pengekalan
agar tidak tumpas pada daya kekesalan.
akan ku cuba kawal
medan ujian kawalan
supaya tidak terlalu awal
berjajar menjangkau akal.
tahankan ketahanan
agar tidak menjadi penahanan
dalam medan cabaran...
kekalkan kecekalan
dan menjadi wadah pengekalan
agar tidak tumpas pada daya kekesalan.
akan ku cuba kawal
medan ujian kawalan
supaya tidak terlalu awal
berjajar menjangkau akal.
tabahkan jiwa tabah
di laluan resah
agar tidak rebah
pada pusar tanah
dengan nada lemah
akan ku cuba....
faiz hj. othman
IKIMfm
12:45
191011
agar tidak rebah
pada pusar tanah
dengan nada lemah
akan ku cuba....
faiz hj. othman
IKIMfm
12:45
191011
Thursday, September 29, 2011
aku dan kehidupan

kehidupan banyak mengajar aku tentang erti peranan
aku yakin dengan peranan dalam kehidupan
yang mengajak aku bertindak dengan otak dan terus berjalan dengan rancak....
tanpa pikir soal kocak yang bergolak.
aku sedar akan penghidupan yang kelilingnya penuh dengan peranan dan perasaan.
peranan tidak dengan sengaja menjarakkan aku...
namun perasaan cuba menjadi pemisah waktu..
cemburu menjadikan kehidupan ada kalanya tampak kusam sebam
cemburu dengan perasaan tidak lari dari perasaan pada cemburu itu.
kisah cinta menjadikan kehidupan dijulang
retak terjarak meluputkan kisah kehidupan yang terang
hidupnya kehidupan lengkap dengan watak dan perwatakkan
hidup takkan terpisah dengan kehidupan
sedangkan kehidupan selalu menjurangkan hidup dari nisbah kehidupan.
kehidupan tidak pernah menjanjikan senang lenang
kehidupan juga tak pernah bersorak tentang erti perang..
tapi kehidupan di corak dengan tenang dan serang.
terbuai dengan dendang kehidupan
Faiz Hj, Othman
29 September 2011
IKIMfm
Wednesday, September 14, 2011
~bicara kabut~

otakku serabut...
fikir-ku tercabut...
langkahku kusut...
aku kelam kelibut...
berpijak pada tanah gambut
dan makan-makan di segambut..
Angin takkan duduk diam..
selagi kepala pening termanggu kelam...
bungkam...kusam...suram..
Akalku kacau..
otak-ku berpusing sasau
suara sengau-sengau
(tak macam burung kicau)
berduka dalam gurau...
Argghh...Angin risau...
Angin nak tidur..
jangan datang tegur..
Angin nak kembali subur.
Faiz Hj. Othman
IKIMfm
14 Sept. 2011
Thursday, June 16, 2011
Syukurku
Angin kembali tenang melihat bulan yang terbentang.
Angin kembali damai disapa bayu bertiup sayu.
Angin kembali dalam lunak lagu yang sumbang bisu.
Angin kembali dalam enak sedu yang sorak sayu.
kepingin Angin menghidu bau merdu kisah dulu
redup hati ini, harapnya tidak terus menyimbah hujan basah ke bumi.

Wednesday, June 15, 2011
Semoga hari berikutnya lebih indah
Salam mesra dan salam sayang semua.
Hari nie, Angin rasa malas sangat nak bangun pegi kerja...maklumlah, seharian di tempat kerja semalam, sehingga jam 12 tengah malam...
Balik lewat sebab ada banyak sangat perkara yang perlu Angin belajar dan timba...maka, bertima-timbalah ilmu semalam yang Angin cedok..dan sebenarnya, banyak lagi yang perlu Angin belajar..
maklumlah, pembelajaran itu berterusan dan sepanjang hayat..selagi belum tutup mata, maka belajar belajar dan belajar...
Semalam, kita telah dikejutkan dengan gegaran yang bermagnitud 5.9 di Sumatera Utara, harapnya tiada apa yang teruk berlaku dan semoga kita semua dilindungi oleh-NYA..
Apapaun, harapnya kita semua bakal mengharungi hari ini dengan penuh hikmah dan barakah...
Amin..
Jumpa lagi kita yea, walaupun Angin rasa macam mengantuk dan mata pun dah ala-ala beruang panda nie, tapi demi tugas...maka, Angin gegehkan jua...
Bye

Saturday, June 11, 2011
Aku & Dunia

Assalamualaikum dan salam mesra...
Alhamdulillah, Angin masih mampu menyedut dan menghembus udara dunia...
seronok rasanya berada di bumi Tuhan yang cukup indah ini...banyak pengajaran dan pengalaman yang boleh dikutip untuk bekalan perjalanan menuju Hakiki...
Sebenarnya, dalam masa seminggu nie, banyak perkara yang berlaku..keberadaan Angin di tempat baru dan keterujaan Angin bersama dengan perkara dan insan2 baru..
semuanya mengajar banyak perkara pada Angin..dan membuatkan Angin sedar, betapa DUNIA ini bukanlah semudah dan seperti apa yang kita jangka...
Angin gembira, diceritakan dengan pengajaran tentang ilmu DUNIA.
Angin melihat banyak perkara di depan mata..
tentang letihnya DUNIA dan tentang maju serta lajunya pergerakan DUNIA.
Angin tak rasa nak bercerita banyak tentang DUNIA, maklumlah..Sains tyme study dulu tak delah cemerlang mana pun...cukup makan je..hehe
Apa yang Angin nak share dengan semua, betapa ragamnya warga DUNIA.
Betapa rasa berbezanya kita dan rasa negatif kita terlalu tinggi.
Rasa Negatif memang perlu ada, tapi cuba kita corak dengan bentuk yang murni, kan elok bunyinya tu..
Tapi, tak pelah, memang Angin nak lihat sendiri bagaimana kisah negatif hati manusia ini..Sebab Angin nak lihat sendiri, bagaimana mereka mampu meneruskan kehidupan normal dalam jiwa dan hati yang negatif.
Ala, negatif hati nie, macam sikap HASAD - DENGKI - CEMBURU (macam kategori yang sama je..heee)
macam-macam tulah, kisahnya hati yang negatif ni
Angin yang macam manusia biasa jugak, takkan terlari dari kisah hati negatif nie, Angin berdoa dan berharap agar hati Negatif ini, beralur dengan cara dan rupa yang murni.
Salam Hormat semua & Selamat berhujung minggu.
Monday, June 6, 2011
Me & IkiM

Salam mesra..
Angin masih menyapa mesra...
Harapnya, semua yang ada sihat-sihat belaka...Angin macam biasalah, letih sangat badan nie rasanya...Rasa cuti 5 hari tak cukup sangat nak normalkan kembali badan yang dah lama terhidrat nie..
Apapun, Angin teruja dan gembira sangat nak kongsikan cerita Angin dengan semua.
Saat ini, Angin tengah rehatkan badan dan tenangkan fikiran...balik dari kerja (walau hakikatnya tak buat sebarang kerja..haha...uweeekkk)
Cerita kerja di hari pertama sangat teruja, walaupun tiada sebarang kerja yang Angin lakukan hari ini, cuma dapat menyerap aura-aura kerja yang bakal menimbun...sekian En. Faiz,hadapilah beban kerjamu kelak dengan redha okeh...
Sebenarnya perasaan hari pertama nie, disamping gembira...kan timbul perasaan cuak, bosan, segan, silu, pilu....so, macam-macamlah kaedah perasaan yang timbul..
Waktu pagi,
- mula-mula masuk kerja ~Angin teruja sangat
- dah masuk tengahari ~ cuak sebab tak tahu nak g makan ngan sape.
- lepas lunch ~ bosan sebab masih belum ada kerja dan yang lain-lain sibuk dengan kerja
- pukul 4.45 ~ melompat gembira sambil kemas semua benda...nak chau chin chau..balik
perasaan lepas balik dari kerja pulak, letih badan dan mengantuk..so jom tidur..
Maka, lepas nie bermulalah kisah perjalanan Angin sebagai Penolong Penerbit Rancangan Radio @ IKIM.FM
Jumpa lagi semua, gud nyte.
Bye bye
Saturday, May 28, 2011
~ enjoy & letih ~

Salam Mesra...
Letihnya badan Angin..mana taknya, baru je sampai dari KL ----> Kedah terus diserbu oleh rakan2 dan sahabat taulan yang ccooll...maklumlah, nak ajak lepak2 n buang masa sekejap....ambil angin Utara yang dah lama tak jumpa..
So, sampai rumah lebih kurang 1/2 jam, terus siap2 n keluar semula...melayan kerenah budak2 muda.. (muda yea..)
Melepaskan segala resah dalam jiwa dan keletihan ini terubat jugak akhirnya..
bersama-sama Malek n Cipun...tak terhingga tawanya..maka, tak sempatlah kering gusi kami semua..
Perjalanan yang sangat meletihkan dengan kerenah abang 'drebar' yang macam pandai tapi sebenarya hador...owh...sangatlah letihnya
So, acara malam kami, selain menghabiskan suara dan melatih anak tekak..kami pergi makan2 dOrian...nak kata sedap sangat 2, xdelah..tapi biasalah bila dah makan ramai2 acaranya, maka jadi meriahla..tambah pulak makan dorian kat kedai jual dorian 2 sendiri...LIVE wooo...coolll
Dorian Teloq Boya...hmm..macam2
Maka sekarang adalah agenda terakhir misi hari pertama di Kedah ini..
Saya nak tidur, badan pun dah letih..suara pun letih jugak..jomlah kita tidur..
Rehatkan jiwa dan rehatkan minda...semoga kembali tenang semuanya...
**tak sabar menanti hari esok..GUD NYTE
Thursday, May 12, 2011
Angin 24

Salam menyapa mesra.. Angin kembali bersua..menyapa..
Hari nie telah masuk hari ke-9 angin berada di dunia baru...
dunia usia 24...banyak perkara yang perlu angin fikirkan dan perlu angin laksanakan..
dunia usia 24...banyak perkara yang perlu angin fikirkan dan perlu angin laksanakan..
Angin meniti hari-hari mendatang ini, agarnya tabah dan penuh sabar dengan segala mehnah yang datang...
Semoga angin akan sentiasa kuat...

Alhamulillah, Angin pajatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa atas limpah rezeki..
pertambahan usia agar Angin mampu tingkatkan ibadah Angin pada-NYA...
seiring dengan peredaran masa dan selangkah meniti usia baru ini..
Angin brazam untuk sentiasa fokus kehadapan dan melangkah dengan penuh yakin atas apa yang Angin bakal laksankan..
Angin akan sentiasa positif dn sensitif terhadap persekitaran...
agar Angin mampu menilai kehidupan dengan lebih berkesan...
Hadiah teristimewa buat Angin di sambutan Ulangtahun Kelahiran ke-24 ini..
Angin ditawarkan berkhidmat sebagai Penolong Penerit Rancangan Radio..
Ahamdulillah, rezeki yang datang ini..mana mungkin akan Angin persiakan..
inilah apa yang angin cita dan impikan...kini muncul di hari yang berbahagia ini...
Alhamdulillah...
Bersempena dengan rasa syukur Angin atas pertambahan usia ini dan hadiah kelahiran yang cukup istimewa....
Angin telah langsungkan Majlis Kesyukuran & Doa Selamat di kediaman keluarga Hj Othman pada 2 Mei 2011.
Alhamdulillah, impian angin tercapai dan majlis ini berlangsung dengan sempurna dan jayanya..
Angin di kesempatan ini, ingin merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas kehadiran semua...Angin juga ingin merakamkan jutaan terima kasih buat semua saudara mara dan teman atas doa dan ucapan Salam Hari Lahir..
Terima kasih yang tidak terhingga...
~ Pertambahan usia ... agar Angin lebih dewasa menilai dunia ~
Saturday, April 30, 2011
aku senang senang aje
Selamat Pagi Dunia...
Pagi yang sangat indah...
angin masih lagi dibuai manis-manis acara perkahwinan yang sangat mempersona...
'Putera William & Kate Middleton' ~ Duke & Duchess of Cambridge
-Love is in the air-
angin ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada mereka berdua...
Marilah kita berkelana dan berkisah tentang kehidupan rakyat biasa yang hidupnya limpahan luar biasa. Angin sekarang nie, dalam 'mood' yang agak bercampur...
Kisah gembira ~ mahu pulang ke kampung halaman ketemu kedua ibu bapa dan keuarga tercinta
Kisah duka ~ perpisahan yang pasti itu, akan datang juga...semoga kita masih mampu tersenyum dan tertawa bersama.
Kisah percampuran antara keduanya ~ tawaran yang tak kuduga hadir diwaktu yang tidak diminta.
Okey..angin senang-senang aje. Tiada apa yang perlu difikirkan trlalu rumit. Angin perlu ambil kesempatan ini mencuba dan menyelahkan potensi diri. Angin sangat yakin dengan kebolehan diri dan inilah masanya untuk menyinar (bunyi macam bangga diri pulak ~ argghhh,pedulik).
Apapun, Angin perlu panjatkan rasa syukur yan melimpah kepada yang Maha Kaya kerana kabulkan hajat dan impian..cita-cita dan harapan. Kini Angin sandrkan semuanya pada masa dan ketika. Biarlah keadaan ini berubah secara semulajadi tanpa ada unsur paksa memaksa.
Angin kena mengubah cara hidup yang sediakala kepada kehiupan baru yang belum tentu cabarannya.
Yang pasti, ketepikan seketika kisah perubahan besar pada diri Angin dan letak sebelah, ataupun buang sekejap dari laman nie...Sekarang Angin nak teruja menempuh hari-hari cuti di kampung....Yehaaaaa, Angin kini kembali.
Kawan-kawan dan rakan taulan, sedarilah yang Angin rindu akan kalian dan bakal menyusun waktu untuk sesi ketemu.
Jangan lupa undangan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di kediaman rasmi Angin pada :
30 April 2011 (Sabtu)
8.30 Malam
Taman Permata, Jitra
Saya, Mohd Faiz Hj. Othman sangat senang mengaku yang saya 'senang-senang aje'
Thursday, April 28, 2011
ku kisahkan~ perihal dua orang tua
Salam budi bicara..
Rindunya angin untuk bersua dengan laman ini...agak usang ditinggalkan..
kekangan masa dan upaya telah membuatkan angin kehilangan daya menyampai dan bercerita..
Alhamdulillah, di kesempatan yang ada..angin cuba sedaya upaya..penuhkan ruang masa..
dan ambil peluang yang terbuka...
kisahnya, semalam angin saat bergegas ke pejabat dengan penuh semangat..
sambil menghayun kaki dengan liuk alunan lagu dari filem Kabhi Kushi Kabhi Gham...
fuhhh, bayangkan semangatnya kaki angin melangkah dah macam menari dalam cerita tu...
Ok, semuanya bergerak dan berputar sepertimana biasa...macam mana hari-hari sebelumnya jugak...angin keluar ke pajabat hari ini....sama aje...tiada apa yang istimewa..
Cumanya, ada perkara yang membuatkan beberapa ruang dalam minda angin ini terbuka...
Antaranya, pergerakan angin di sisi kota ini...begitu tiada fikir akan hal sesiapa..dan agak pantas mengiring masa...semuanya laju tak terkata lah kalau di kota raya tercinta ini...
pantas, segera...dan kurang manusia (dah menjadi lumrah biasa)...serta sendiri-sendiri belaka...
(ada tempiasnya budaya kota ini dalam jiwa angin...tak mampu angin nafikan...)
kalau tak takdelah separuh masa perjalan ke kerja...angin memekakkan telinga dengan alunan muzik...dari menyapa dan bersembang mesra...
menjadi sombong adalah perkara biasa...
Sehinggakan ada seorang pakcik menyapa, bertanyakan jalan pada angin...
angin dengan penuh rasa, melabuhkan 'earphone' yang tersumbat sampai ke gegendang telinga..
menjawab sapa...ralit juga angin bersamanya..
bertemankannya sepanjang perjalanan ke tempat kerja...
dia telah mencelikkan sejenak mata angin yang terlena dengan derasnya peredaran dunia..
RAPID lah katanya...biasalah tuh, angin dah jadi sangat terbiasa...
tiada masa senggang dan lapang sepanjang angin di sarang kota tercinta...
sangat mesra berbual dengan pakcik yang seorang nie...
maaf yea...perbualan kami tidak di dalam bahasa ibunda...
mungkin dia agak selesa berbahasa luar,angin layankan aje...
bukan itu pokoknya, cumanya angin rasa...kehidupan kita jauh berbeza..
angin sendiri terasa akan bezanya diri angin...
angin rindu suasana desa....namun apakan daya...
demi sesuap nasi cuma..angin terpisah antara kisah manusia...(terima dengan separa redha)
ini bukan kisah utama...perkara kedua yang berlaku...
saat mana angin ambil teksi untuk ke pejabat...maklum ajelah, semalam hujan...
jadi jalan raya akan menjadi medan bual bicara....semua serbu bagai nak gila...
terpaksalah angin naik teksi dari tunggu bas yang belum pasti..
ok, dalam teksi...tersenyum angin melihatkan aksi pakcik yang sorang nie...
jangankan cekap membawa kereta...malah cekap juga memandu bicara..
pantas dan ada bernas...
dia ralit sangat bercerita tentang perihal tangan...
kisahnya bermula bila dia mengangkat tanda hormat dan sapaan mesra bahasa badan yang sangat berjaya kepada rakan pemandu lain yang berkongsi jalan yang sama..'angkat tangan kata dia...'
perkongsian ini katanya, untuk menampakkan lebih adil dan rasa bersama...maka, kongsilah secara rela dengan hati terbuka...
dia berkisahkan bagaimana tangan tercipta mulia...dengn penuh rasa dan rendah bicara..
segalanya mungkin bermula dengan tangan...
yang angin rasa tercuit..
proses batal air sembahyang saat akad nikah...tangan juga gunanya..
terlintas sejenak angin...ada benar juga..
saat memohon doa...tangan ditadah tanda mengharap...bukannya menadah dada...
pesannya saat angin mula melangkah keluar...
selagi punya tangan yng dibekalkan Maha Esa...
guna sebaik mana ia dicipta..
*perjalanan angin ketempat kerja bukan sekadar mengisi tuntutan mencari rezeki..
namun, ianya juga tuntutan mengisi hati...
terima kasih kepada dua orang pakcik...yang membuka dan memintas minda...
Salam Sayang buat semua...

-Memupuk Rasa-
Kita rasa, kita mungkin biasa,
pada mereka, kita luar dari biasa,
dan kita rasa kita istimewa,
sedang mereka tak pandang kita.
sekilas rasa kita,
bukanlah sama dengan rasa mereka.
mereka tak mungkin rasa apa yang kita rasa.
Kita pupuk rasa,
kita semai bicara.
Kalaulah rsa kit sesuatu yang berbeza,
tentu juga kata kita takkan sama.
-Faiz Hj. Othman-
Kelana Parkview

Terlalu Asing

Terlalu asing bila berada di tengah ramai, tapi sendiri.
terasing bila kehendak tidak mampu dibeli,
keperluan masih lagi tercari-cari.terasing bila kehendak tidak mampu dibeli,
Terlalu asing berada di keliling hati, tapi mati.
Asingnya bila punya rasa begini.
Bukannya rasa untuk didampingi,
tetapi rasa untuk dihargai.
Bilakah jalan ini akan tidak seasing ini?
Dan bilakah pengasingan ini akan bertemu jalan mati?
Semoga aku dapat belajar dari rasa keasingan ini.
FaizHj. Othman
14 Disember 2010
18:45
Taman Miharja, Cheras
Wednesday, February 16, 2011
Kisah Berkisah tentag Sejarah

Kalaupun bukan kita kenal akan susur galur sejarah..
pasti payah untuk kita terus berdiri megah..
kenal akan budi tanpa jelajah..
kitakan akalnya terjajah....
kita dan sejarah
kalau terpisah..
kalau dipisah..
kalau memisah..
kitakan runtun sesalur darah...
meruntun payah resah..
meruntun susah gelisah.
biarkan delima basah itu merah..
dan jangankan hati kita darah..
meraikan kisah di balik sejarah..
meraikan kisah di balik sejarah..
kisah tentang penghidupan sang payah dan resah..
berdiri dengan darah...
tidur dalam luka parah..
ini kisah..
kisah sejarah..
marilah berkisah tentang sejarah..
Monday, December 13, 2010
Pilihan
Salam Seusia Pagi...merenjis janji..
Angin Dah lama tak bersua muka dan menyapa mesra..
sesungguhnya telah terhitung banyak kerja dan masa yang tergadai dek usia yang semakin tua..
Angin dalam nada sendu yang sama...masih samar dengan apa yang kekar dalam ingatan yang udah tidak segar..
Angin ingin menilai semula bijak bicara...dan nilai semula setia sejiwa..
Angin punya banyak rasa yang bercanggah dengan cara...dan angin punya banyak duga yang terlintas tanpa periksa..
Benarlah kalau angin masih buntu dan tak tahu menuju...
Angin masih lelah dan terasa nak rebah kalau belum pasti yang keluh kesah sentisa buat angin resah..
Angin tak tentu ke mana nak tuju kalau punya beribu..
kerana banyaknya tak tentu nak pilih yang mana satu..
Kalaupun angin boleh terbang melihat di hujung jalan..
belum tentu terlepas dari halangan di pertengahan..
Angin kena lalui...semuanya dengan penuh hati...
Berhati bukan bererti tak reti..
tapi berhati dengan penuh sedar ke diri...
Pilihan ini rumit..
dan takut tak tercuit..
dan risau menadah pahit..

Monday, October 25, 2010
Sekian lama (Nada seruapa Rentak sekata)

Rindu terasa ingin kembali bersua dengan semua..
Angin kini terasa sukar bersama..
kebersamaan ini terasa janggal ertinya..
tapi kerinduan yang selamanya membara akan tetap selamanya sama...
Angin kan cuba sedayanya berdaya kembali bersama..
angin rindu saat dulu menjengah semuanya..
semoga kita akan ketemu lagi sekerap yang lama..
dan semoga kita mampu bicara dalam nada yang serupa dan rentak sekata...
Salam sayang dari hati buat semua
Kepada pemuja cinta..
pasti pada Yang Maha ESA
dan kepada pengkarya cinta..
jangankan pernah pinggir dari terus memuji semesta...
kerana belum tahu usia kita selama mana..
Sehormatnya angin pada semua..
harapnya kita ceria diberi gembira..
Subscribe to:
Posts (Atom)