Thursday, May 28, 2009
Makan Hati ngan Tukang Jahit II
baik..jika semalam angin duk mencarut2 pasal makan hati dengan kerenah dan sikap yang ditunjukkan oleh makcik tukang jahit..maka hari nie..seperti yang angin telah janjikan..
jeng jeng jeng...maka, ikuti kisahnya...!!
baikla..petang tadi..angin telah bersiar2 mendapatkan angin kota..memang angin kota..Kota Setar..
haha..angin ke lokasi syarikat tempat praktikal angin..
di Kedah Communication & Event..
ok..dah balik dari situ..singgah di rumah makcik..dan bersembang..
seterusnya, angin terus menderu laju menaiki kereta ke kedai jahit pakaian yang mak angin tempah dulu..dengan harapan..baju yang telah ditempah dapat dipakai dan siap dengan sempurna..
setibanya di kedai..dan setelah melihat hasil kerja tukang jahit tersebut..mak angin sangat berpuas hati..namun, apabila mak angin mula menyarungkan pakaian tersebut di badan untuk mencubanya...apa lagi...maka bermula lah sekali lagi episod hangin satu badan..
ok..sekarang adalah proses membayangkan..baiklah..bayangkan.....
naju yang da siap tu..sangat kerja 'last minute'...dengan jahitan yang tak berapa nak kemas..
dah la tu..ukuran plak boleh salah..yang diukur lain..yang dipotong plak lain..angin pun hairan macam mana tukang jahit 2 boleh dengan selambanya menggelarkan dirinya tukang jahit..sangat tragis apa yang telah terjadi kepada mak angin..
ok..ukuran yang salah...
-bahu..terlebih 2 inci
-pinggul..terkurang 2 1/2 inci
-labuh kain..terkurang 3 inci..
cuba tuan-tuan dan puan-puan bayangkan..(eh..salah,puan je yang bayangkan..cos baju pompuan.)
betapa peliknya jadi pakaian mak angin..
maka, angin memang da berangin satu badan..dan apa lagi..terus meletus
angin cakap ngan tokey kedai 2..tolong maklumkan ke tukang jahit yang 'customer' sangat kesal dan kecewa dengan apa yang telah terjadi..geram pun yea..membazir masa n wang ringgit je
kesudahannya, angin minta mak angin call kedai 2 semula n minta baju yang da rosak 2..dan minta juga tukang jahit 2 bayar ganti rugi..
dengan penuh baik hati..mak angin minta RM50..
kalau ikutkan hati angin...memang angin nak dia bayar ganti rugi RM200..sebabnya
1-menyusahkan 'customer' sebab kena ulang alik ke kedai sebanyak 3 kali..sepatutnya 2 je
2-hari yang dijadualkan baju 2 siap adalah pada 25 Mei 2009..tetapi pada hari tersebut, kain masih dalam keadaan asal dan belum dipotong pun lagi
3-petang selepas diberi tempoh 2 hari untuk siapkan baju tersebut..tukang jahit call dan maklumkan..design leher yang diminta tak pandai nak buat...so, buat design leher baju kurung biasa...
4-27 Mei 2009..baju telah siap dan sangat teruk rosaknya..ukuran memang sangat lari..dan baju 2 memang tak boleh dipakai langsung oleh mak angin
5-gantirugi sebab baju tersebut tidak dapat dipakai untuk ke majlis kenduri di KL yang mana esok angin bakal bertolak ke KL...
*jadi secara logik akal..memang sangat wajar kalau angin minta RM200 sebagai bayaran ganti rugi..agar kejadian sebegini takkan berulang kembali..
pikirlah nasib yang menimpa 'customer'..sangat tragis..angin yang sedey..huhuhu
Tuesday, May 26, 2009
Makan Hati dengan Tukang Jahit..
hari nie..angin sangat makan hati dengan tukang jahit..bukannya cerita angin suka makan hati..sebab hati memanglah bukan makan yang sedap untuk angin telan...
sebab 2 la..makan hati x berapa sedapkan?? oklah.,.berhenti mencarut dan mengarut..
ok..sebenarnya kisah makan hati nie..dari semalam lagi..
petang semalam, angin pegi ke kedai jahit yang mak angin tempah baju seminggu yang lalu..dan memang semalam adalah tarikh untuk mak angin amik baju tersebut..
setibanya di kedai tersebut..boleh tak tokey kedai 2 cakap, kain dah potong cuma belum jahit lagi..membara la dalam hati..dah la janji 25 mei akan siap baju 2..tetiba x siap lagi...hangin2..
ok..then, tokey kedai pegi amik baju 2 kat tukang jahit..rupanya, dia upah orang lain untuk jahit baju 2..lagi la makan hati...xpe2..
so, sementara dia pegi amik baju kat umah tukang jahit..angin dan mak pergi berfoya2 di 'shopping complex'..hampir sejam setengah la juga kami berfoya2 di sana..
so, kami kembali ke kedai tersebut untuk mengambil baju yang dah siap...tapi, lagi makan hati bila kain 2 sebenarnya masih belum dipotong apatah lagi dijahit...benar2 menguji kesabaran..
tapi x pe, mak angin dah bagi dorang tempoh 2 hari lagi untuk dorang siapkan baju tersebut..
habis kisah semalam, tetiba petang hari nie...tokey kedai jahit 2..call semula dan memaklumkan kepada mak angin bahawa tukang jahitnya tak pandai untuk buat leher seperti yang telah angin 'designkan'..
tak ke pelik bunyinya..seorang tukang jahit tak pandai membuat leher seperti yang pelanggan kehendaki???..memang sangat pelik..
serius angin kata..memang itulah yang terakhir angin dan mak tempah baju di kedai tersebut.
dah la siap lambat..lepas tu tak pandai nak buat plak..
bukannya kami minta baju yang bukan2..hanyalah sepasang mini kurung..
tak pe..kita nantikan kemunculan esok..kerana esok..katanya baju tersebut akan siap..so,angin akan ceritakan apa yang bakal berlaku k..
daa
Kenyataannya..!! Terbongkar jua
smoga hari nie..semuanya akan berada dalam keadaan ceria dan emosi yang sangat stabil..
cuma angin yang agak kurang stabil dengan cerita yang bakal angin sampaikan ini...
bukannya apa..selama nie, emosi terasa bercelaru dengan perngkhabaran yang satu 2..dan kini, terbongkar segalanya yang menenangkan jiwa..
ok..pesanan lyana kepada angin supaya tidak berangan2 dalam menulis entri ini..baiklah, angin cuba
semalam, 25 Mei 2009 (Isnin)..
angin telah menerima panggilan telefon dari TM Alor Star..satu perkara yang mengejutkan angin...kerana pada angin, perkara yang melibatkan TM ini telahpun berakhir..
baik, pegawai di syarikat TM tanya adakah angin bersetuju untuk menjalani latihan praktikal di syarikat mereka..dengan penuh terkejut, angin hanya mampu berkata..
maaf yea en., saya sebenarnya membuat permohonan untuk menjalani praktikal di
syarikat en. melalui universiti saya..dan seminggu sebelum saya menduduki
peperiksaan akhir, pihak universiti memaklumkan kepada saya bahawa pihak en.
telah menolak permohonan saya..dan hari nie, en bagitau yang nama saya masih
dalam senarai pelajar yang akan praktikal di syarikat en....jadi saya memang
tak dapat buat apa2..memang sebenarnya saya sangat berminat untuk
menjalani latihan praktikal di syarikat en..tapi, bila permohonan saya
ditolak, maka saya terpaksa menerima syarikat lain..apapun, saya minta
maaf banyak2..terima kasih yea en.
itulah kisahnya..
jadi tanpa membuang masa, angin terus menghubungi pihak yang berkenaan di universiti..
apa yang mereka kata..mereka telah menghantar surat kepada syarikat yang berkenaan dengan menyatakan pada surat tersebut, sekiranya maklumbalas tidak diberikan sehingga ke satu tarikh yang ditetapkan. ini bermaksud permohonan tersebut tidak diterima..ok..
angin begitu jelas dengan apa yang cuba disampaikan..
cuma angin sangat kesal dengan perkataan yang digunakan oleh pegawai di pihak universiti..
meraka mengatakan TM 'REJECT' PERMOHONAN ANDA
dengan perkataan tersebut benar2 menjejaskan emosi angin kerana pada angin, kenapa ditolak..tidak layak sangatkan angin untuk berada di syarikat tersebut??
perkataan tersebut tidak seharusnya keluar dari mulut pegawai tersebut..
sepatutnya pegawai universiti yang berurusan dengan pelajar (yang mana pelajar adalah pelanggan yang membayar gaji mereka) seharusnya lebih telus dan 'polite' dalam pemilihan ayat..
jika dia maklumkan pada angin bahawa surat maklumbals tidak diterima..angin boleh terima dengan ayat tersebut..tapi apabila perkataan 'reject' digunakan..angin terasa agak hina..
itu sahaja apa yang angin cuba sampaikan..mungkin angin terlalu emosi..tapi itulah hakikatnya dan harapnya perkara sebegini tidak akan berlaku lagi untuk kepentingan bersama..
*kesimpulannya, angin meang tak pernah kena reject oleh TM..cuma pihak universiti yang mengganggap bahawa TM reject angin...hmm...ape2 jela
Saturday, May 23, 2009
New LaYouT (*,*) Jom Lepak ..
Thursday, May 21, 2009
arrgghhh....NGERI !!!! (Final Football)
salam mesra..
Wednesday, May 20, 2009
who's comin'??
today..setelah menjadi bengong sekejap n menjadi ala2 kurang betul..angin kembali membetulkan diri..setelah pulang dari makan tengahari tadi..
sekembalinya angin dari makan tengahari..angin dengan tidak semena-mena telah meng'copy' kembali DVD emcee angin sepanjang angin berada di UUM..
agak banyak la juga..tapi..angin amik event yang benar2 berkualiti pada angin..n benar2 memberi makna yang mendalam buat karier angin pada masa depan..
maka, sepanjang angin menghadap laptop sambil menunggu proses 'copy' 2 selesai..tetiba Cik Manja mengkhabarkan kepada angin bahawa Pemenang Gadis Melayu Musim Pertama..si Aida 2 datang berkunjung ke Pusat Budaya..
maka, angin dengan selamba..ala2 kurang terperanjat terus sempurnakan kerja angin..'copy' dvd yang angin rasa benar2 penting buat angin...
tetapi..dengan rasa bosannya angin...angin terus ke galeri pusat budaya dan melihatkan si Aida ini..masih lagi di situ beramah mesra bersama dengan staf di Pusat Budaya..yang memeranjatkan angin adalah bukan kerana kehadiran Aida..sebab angin tahu...dia adalah rakan satu kursus angin di UUM..cuma dia lebih senior dari angin..atas satu semester..jurusan Komunikasi juga..
yang menghairankan angin adalah kemunculan Saiful..siapakah Saifu..angin ingin minta ampun..
pertama kali angin terserempak dengan SAiful..angin benar2 tidak menyedari dia adalah selebriti TV..cuma, pabila angin terpandangkan dia buat kali kedua...maka, baru angin sedari yang dia adalah personaliti TV..maafla yea..
sebenarnya tiada kesimpulan apa2 yang ingin angin ceritakan..cuma angin nak menyatakan bahawa angi memang takkan menyedari kehadiran sesiapa sahaja di saat angin benar2 tengah serabut serabai..maaflah kepada mereka yang terasa hati bila angin tidak mengendahkan kehadiran anda semua...cuma terkadang angin pun rasa konfius dengan diri sendiri...huahuahua
k...daa..(kembali men'copy' dvd)
apa erk??? ( &%%@*898&&*>?:")
angin kembali semula setelah selesai menyerabutkan diri sendiri..susah untuk menenangkan diri untuk seketika bila angin berada di rumah..segalanya kelam kelibut..macam2 benda perlu difikirkan...n sekarang masih lagi terasa kekabutan yang melanda diri ini..walaupun seharian hari ini..angin tidak berada di rumah..kini, saatnya angin menghabiskan hari2 angin di UUM..merungkaikan segala kekusutan..
menjelma di pagi ini..angin yang masih lesu dan terdiam beku dengan keadaan ofis Pusat Budaya & Seni, UUM ini...menjadikan angin benar2 layu dan sangat tidak bersemangat utuk menjalani hari2 yang indah ini..(sepatutnya indah.namun..hmmm)
baiklah..angin kini dilanda perasaan yang sangat tunggang langgang dan lintang pukang...angin dah merasai ketidakwarasan akal fikiran dan mula bertindak di luar jangkaan..baik, jangan fikirkan perkara yang bukan2..
cuma angin terasa mengantuk dan letih yang teramat sangat..bukannya letih kerana bercangkul..dan bukan mengantuk kerana terlebih makan..cuma, mengantuk sebab terlebih tidur, agaknya..maka badan menjadi sangat lesu...
arrgghhh....angin telah kembali ke zaman yang sangat kucar kacir...baik, anda boleh lihatnya sendiri..dari apa yang angin tuliskan di sini..jelas membuktikan bahawa angin memang berada di persimpagan yang tidak berhaluan....tidak!!!..sedarlah wahai angin dan cerdaskan kembali diri anda...bangun!!!..memang kabut dan sangat serabut..
baiklah..angin akan cuba untuk mencerdaskan kembali minda ini..cuma angin masih keliru..apakah perkara wajar yang perlu angin lakukan di UUM di kala cuti semseter ini supaya angin boleh kembali normal..tanpa merasa sedikit pun tentang bosan...
angin akan cuba fikirkannya sendiri..apa yang patut angin lakukan...c ya
Saturday, May 16, 2009
Prasasti Mutiara Sakti
(tiada imej)



Wednesday, May 13, 2009
Halal !!!$^&#(#)__)@(&(**
Buat semua rakan2...angin da mula bergiat kembali untuk berdampingan dengan blog nie..walaupun adakalanya, terasa malas untuk mengarang..
sebenarnya hari nie rasa tergerak untuk berkongsi rasa bersama dengan rakan2 semua tentang perkara yang benar2 menyentuh benak angin untuk dikongsikan bersama dan juga untuk dapatkan pandangan serta pendapat dari rakan2 semua...
bukan itu sahaja, bahkan perkara yang membabitkan tentang halal nie..dah pun dibincangkan dalam konvensyen yang melibatkan seantero dunia..MIHAS contohnya..maka isu Halal kini bukanlah isu setempat malah telah menjadi isu global..bagus!!
namun, apa yang masih bermain dalam kepala otak angin pada ketika ini..adalah, sekalipun giat pelbagai pihak memainkan peranan mereka dalam memartabatkan produk halal dan industri halal nie...masih ada lagi beberapa pihak yang mengganggapnya sebagai perkara yang sangat remeh dan memandang enteng terhadap isu yang benar2 menyentuh sensitiviti masyarakat Muslim di seluruh dunia...
bukan nak menuding jari kepada pelbagai pihak..terkadang angin juga terlepas pandang terhadap perkara Halal nie...apa yang mengungkit perbincangan di dalam minda angin adalah pabila mak sedara angin bertandang ke rumah pagi tadi dan mengkhabarkan kepada kami sekeluarga mengenai satu produk makanan yang telah dijalankan kajian dan disahkan oleh individu yang benar2 mempunyai pengetahuan dalam bidang terbabit..bahawa produk tersebut telah dihasilkan beserta dengan najis bayi..apa yang menjadi persoalan dan tanda tanya di fikiran angin adalah..kenapa perkara sebegini tidak disampaikan kepada masyarakat mengikut saluaran yang tepat..maklumat yang mak sedara angin perolehi pula bersumberkan sebuah stesyen radio..kenapa hanya menerusi radio dan tidak disampaikan menerusi televisyen dan surat khabar???...jika benar perkara yang dijalankan kajian ini..maka, khabarkannya kepada masyarakat secara telus dan amanah bahawa produk tersebut tidak boleh dimakan dan dikhuatiri kesuciannya..banyak perkara yang benar2 menguji pemikiran kita..
angin tahu, mesti ramai diantara kita yang tidak mengetahui tentang perkara sebegini kan???angin pun terkadang terfikir..adakah benar apa yang disampaikan kerana angin lebih suka jika sesuatu perkara itu disampaikan secara telus menerusi saluran yang betul oleh individu yang bertanggungjawab terhadap isu Halal nie..maka, pada ketika itu, angin tidak ragu2 untuk menerima maklumat tersebut..
angin suarakan perkara ini bukan kerana ingin membangkitkan rasa rimas semua orang...cuma angin terkena tempias perkara ini..satu hari angin bertandang ke sebuah pasaraya terkemuka di Alor Setar..dan angin ingin membeli donut yang terkenal dengan kesedapan dan keenakannya itu..setiba di pintu kedai..angin telah ditegur oleh mak angin yang menyatakan bahawa produk donut tersebut tidak boleh dimakan kerana ramuannya telah dicampurkan dengan bulu ayam untuk melembutkaan donut tersebut..pada ketika itu, fikiran angin ligat bergerak dan berputar memikirkan dari mana sumber yang menyatakan tentang perkara ini..dan jika benar apa yang dikata kenapa tidak dihebohkan..atau memang angin je yang tak tahu..entahla..
jadi perkara ini benar2 menguji kesabaran dan angin berharap sangat agar pihak yang bertanggungjawab tampil untuk mengurangkan kekusutan dan kekalutan ini...berkhidmat lah kepada masyarakat dengan telus dan amanah..angin benar2 berharap agar isu ini..dapat diperhalusi..ameen..
Tuesday, May 12, 2009
MooDy..(-.-)
malam nie..perasaan bercampur baur..entahla..susah nak dibayangkan n diungkapkan betapa bercampurnya perasaan di kala ini..banyak sangat peristiwa yang berlaku dalam beberapa hari nie..
mulanya...
ok..simple je..
dan....
kengkawan yang sangat lama..
di pagi yang sangat dingin nie...angin begitu teruja untuk mencoretkan tentang beberapa perkara dan cerita yang membuatkan angin tersenyum dan tersengih seketika bila teringatkannya..
segalanya berkisarkan rakan2 seperjuangan di zaman sekolah yang sangat lama angin telah tinggalkan..
semuanya melibatkan rakan sekolah angin ketika angin masih lagi meniti zaman sekolah rendah.
ok..kepada mana2 rakan sekolah yang menuntut di ...
dan juga kepada rakan2 seperjuangan di sekolah...
Monday, May 11, 2009
Ma..kau ratu hatiku..
Salam mesra...
angin ingin sampaikan salam Hari Ibu kepada ibunda angin yang tercinta..
semoga hendaknya berpanjangan usia dan berbahagia sentiasa..
angin doakan ibunda angin..semoga diberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus meniti arus kehidupan..
buat ma..faiz tahu n sedar betapa selama ini..faiz telah banyak menyusahkan dan telah banyak melukakan..faiz minta ampun andai selama ini mengasari dan melukai..
selamat hari ibu faiz ucapkan..faiz sayang sangat kat ma..
terima kasih berbanyak2 kerana telah membesarkan faiz dengan penuh didikan..
buat rakan2 semua..selagi mereka masih ada bersama kita di dunia...hargailah mereka..
sayangilah mereka seadanya spertimana mereka telah bersusah payah menyayangi diri kita..
buat semua kaum ibu di seluruh dunia..
Saturday, May 9, 2009
HaPpY BiRThAy...22nd
Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran yang ke-22 Faiz.....semoga panjang umur n dimurahkan rezeki..
angin ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada kaum keluarga dan rakan2 angin atas ucapan selamat..
angin juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan2 dan kaum keluarga yang telah menyampaikan hadiah ulangtahun kelahiran kepada angin..terima kasih angin ucapkan..tak mampu untuk angin membalasnya..
di hari ulangtahun kelahiran angin ini..apa yang angin harapkan semoga segala impian angin akan tercapai....dan harapan yang angin pendam selama ini..harapnya mampu untuk angin genggam...di usia 22 tahun ini..
selamanya, dunia telah banyak mengajar angin...dan alam yang terbentang luas ini..merupakan pengajaran terbaik buat diri angin..kehidupan telah mencurahkan segala ilmu terbaik buat angin...
hmmm..nie juga hadiah istimewa..from Lyana..specialnya hadiah nie..sebab ia telah dipos..khasa untuk my birthday..thank Lyana for a very great present..i really2 appreciate it..thank..
a gift from Nathasya Mohd Kamal..gambar nie diambil di Bowling kat Jitra Mall..sebabnya letak gambar nie sebagai hadiah from Tasha..cos dia belanja angin main bowling..hehe..thank Tasha..a great tyme together..n gud lux...
nie pula, hadiah from Mohd Iruwan Ibrahim...hadiah terawal yang angin terima..sebab dia bagi sebelum Birthday angin..hehe..thank wan cos bagi majalah yang memang angin suka..thank so much..fren-4-eva k..
apapun, ini mungkin Birthday terindah sepanjang angin bergelar mahasiswa di UUM, sebabnya angin telah beradav di Lembah Sintok itu untuk tiga tahun,,dan kini tibalah pengakhirannya..
sambutan ulangtahun kelahiran dengan kawan2 di UUM telahpun berakhir di sini..buat rakan2 di UUM..semoga kita berjumpa lagi hendaknya...
Monday, May 4, 2009
Selamat Hari Pekerja..n OwN..happy Birthday!!
buat semua rakan2..angin kini mula terasa bahangnya kerinduan terhadap kengkawan yang telah angin tinggalkan..buat semua rakan-rakanku..ketahuilah bahawa aku benar2 menrinduimu..di saat kita bertekak..bertikam lidah..bergelak ketawa..n bermasam muka..
semuanya telah membangkitkan kenangan yang sangat indah dalam ingatan angin...
1 Mei 2009 (Jumaat)
buat semua pekerja yang telah menyumbangkan tenaga dalam memacu perkembangan dan pembangunan negara...tahniah angin ucapkan dan selamat hari pekerja dari angin..I'Allah angin juga bakal bergelar seorang pekerja tidak lama lagi...buat semua yang telah bekerja sehabis baiik..ketahuilah bahawa anda telah melakukan kewajipan anda dan anda telah menunaikan amanah dengan sebaiknya..manakala bagi yang masih merasakan ada yang kurang baik dalam setiap kerja yang mereka lakukan..ketahuilah masih belum terlambat anda memperbetulkan segala kacanggungan dan beralihlah kepada sesuatu yang lebih benar..
HaPpY BirTHdAy...OwN..
Dan buat rakan seperjuangan angin yang masih berada di UUM kerana masih lagi berbaki lagi 1paper xam..selamat mengulangkaji pelajaran..dan Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-....
itu hanya dia yang ketahui bahawa umurnya telah meniti kedewasaan..semoga panjang umur n murah rezeki..n semoga pa yang bakal kita lalui di kemudian hari..akan kita tempuhi dengan tabah...
hari nie juga..angin telah pulang ke kampung halaman bersama dengan bonda serta ayahanda tercinta..angin telah pulang ke Kelantan..mengisi kekosongan di hari Pekerja..dan mengambil peluang bercuti bersama keluarga..
angin telah bertolah dari kediaman angin pada jam 8.00 pagi..dan telah tiba dengan selamat di kelantan..pada jam 5.30 petang..perjalanan yang sangat memenatkan..namun, cukup menarik....
di pertengahan jalan..angin telah bertemu dengan rakan sekuliah dengan angin..beliau dari Kelantan ingin pulang ke kampus..UUM...
itu shaja yang angin ingin kongsikan bersama dengan anda semua sepanjang hari angin di Hari Pekerja...
penghabisan...
angin kembali semula setelah menyepi seketika kerana memberi laluan kepada cuti Hari Pekerja...membenarkan tangan dan jari2 jemari berehat tanpa bekerja...n membiarkan minda juga terdiam dari bekerja seketika..
setelah tidak membuka blog ini untuk memberi laluan kepada percutian ke sebelah pantai timur semenanjung..angin kembali semula...dengan beberapa entri yang sudah tertangguh..
30 April 2009
angin kini berada di penghabisan dan pengakhiran peperiksaan akhir untuk semester ini..dan harapnya untuk sepanjang pengajian di UUM nie..angin begitu teruja untuk menamatkan pengajian...entahla..mungkin ramai antara rakan2 angin yang telah dulu meninggalkan UUM berkongsi rasa yang sama dengan angin agaknya...
cuma..beberapa rasa yang telah angin rasa berada di penghujungnya..
-teruja : angin benar2 teruja untuk menamatkan pengajian yang telah 3 tahun angin tempuhi dengan pelbagai ujian dan rintangan yang akhirnya berjaya angin tempuh untuk sampai ke tahap yang mana angin berada sekarang nie..syukur angin panjatkan kepada Ilahi, kerana memberi ruang untuk angin menimba ilmu dunia di UUM dengan segala kenangan yang telah angin corakkan..teruja angin bakal meninggalkan segala rutin yang telah lama angin ikuti sepanjang 3 tahun menimba ilmu di UUM..memang ada yang mengatakan bahawa angin satu hari nanti bakal merindui segalanya...angin benar2 tidak menafikan hakikat perasaan itu...ia benar2 wujud..
-sedih : sedih angin mengingatkan betapa angin kini begitu hampir dengan gerbang perpisahan..gerbang perpisahan setelah sesi perkenalan angin cipta..dan pengisian sepanjang perkenalan benar2 banyak mengajar angin tentang dunia dan ertinya..gerbang perpisahan yang semakin hampir dan pasti ini..bakal membuatkan angin terasa sebak akan tidak lagi semesra dulu bersama rakan2 angin yang telah angin curahkan segalanya bersama mereka..setiap detik suka..mereka ada..dan walau berada dalam duka..mereka juga sentiasa ada..angin sekali lagi benar2 bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan angin dengan pohonan rakan yang benar2 membantu..walaupun tetap ada rimbunan kawan yang membantut..angin begitu bersyukur kerana pertemuan yang telah menemukan angin dengan seorang sahabat..terima kasih kerana benar memahami angin sepanjang tempoh perkenalan ini..engkaulah teristimewa dalam erti kata sahabat yang angin temui..itulah hadiah sebenar...
-takut : dalam sedih dan teruja..perasaan memang takkan pernah menipu angin...angin sebenarnya juga turut merasakan takut dan gusar apabila memikirkan bahawa angin perlu meninggalkan UUM yang tercinta dengan kenangan indah..dan angin bakal menuju ke alam dan destinasi yang selama ini benar2 menginjak hati angin...kini, angin benar2 merasakan getarnya begitu hampir dengan angin kerana angin merasakan takut untuk berhadapan dengan realiti sebanar dunia pekerjaan..angin terkadang rasa..persediaan yang selama ini angin timba di kampus..cukup untuk membawa angin ke alam kerja..namun, sebenarnya..takkan ada yang pernah sempurna dalam diri manusia..hakikat itu perlu angin sedari bahawa angin juga tidak sempurna..dan ada cacat dan celanya..maka, angin perlu lebih bersedia dalam berhadapan dengan situasi sebenar dunia pekerjaan nanti..
-gembira : hal gembira ini memang tidak sepatutnya wujud tatkala angin berada di saat pengakhiran ini...angin benar2 gembira kerana dapat mengikuti sesi BBQ anjuran rakan2 yang bakal menamatkan pengajian bersama...batch 2006 DPP Eon..kami benar2 merasakan betapa gembiranya berada di semester akhir pengajian...kegembiraan angin pada malam nie..begitu berganda..kerana disamping BBQ yang mereka anjurkan..turut dianjurkan adalah Birthday Party untuk angin dan seorang lagi rakan angin..angin benar2 gembira..dan angin ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Wan..yang menjadi MindSetter kepada event malam tersebut..benar2 berjaya..terima kasih kepada semua rakan2 yang telah banyak membantu angin dalam mengahrungi kehidupan sepanjang angin berada di UUM...