Thursday, March 12, 2009

Kasut baru..

hmm...kalau nak tahu kenapa Faiz secara tiba2 teruja untuk menulis dalam blog denga sangat banyaknya??kethauilah..bahawa Faiz kini berada di rumah dalam misi menghantar 'parents' Faiz g kl..so..bila Faiz kat umah, maka capaian kepada internet memang x de masalah..
jadi bukan menjadi masalah untuk Faiz menulis entri dengan banyaknya...hehe
ceritanya yang tertangguh ini pada hari Maulidur Rasul hari 2.. 9 MAC 2009
Faiz sekeluarga telah keluar berjalan2 menghabiskan duit poket serta menghabiskan minyak kereta..sebenarnya, di sebelah pagi Faiz telah melawat saudara mara yang telah lama tidak ketemui..jadi menziarahi di hari sambutan Maulidur Rasul.terasa betapa mulianya..hehe

so, di sebelah petang, Faiz telah keluar menuju ke Bata Alor Setar..maklumlah..bondaku yang tercinta relah mendapat maklum mengenai 'sale' gila2 yang berlaku di Bata seluruh Malaysia..
setibanya di Bata..memang teruja tak terhingga..maklumlah..agak lama tidak menjejakkan kaki ke kedai kasut..membuatkan mata Faiz berpusing mengikiut rentak lagu yang dimainkan dalam kedai tersebut..Faiz dengan tak semena2 telah menjadi perunding imej buat seisi keluarga..

so..seluruh isi keluarga telah keluar dari kedai Bata dengan jayanya dan masing2 keluar berbekalkan sepasang kasut..dan Faiz, dengan tidak sengaja telah membeli kasut ke-2 untuk tahun ini..bukannya disebabkan cantik sangat kasut 2 Faiz terus beli..tidak!!..tetapi hanya kerana harga runtuh yang membuatkan Faiz terfikir sejenak betapa tidak logiknya harga yang ditawarkan utnuk mendapatkan kasut tersebut..dengan potongan 70 %..Faiz telah keluar dari kedai Bata dengan kasut North Star yang tak berapa cantik tapi menarik..dengan hanya harga RM15..kurang logiknya untuk kasut sebegini..

ini adalah kasut yang telah menjadi milik Faiz dengan hanya harga RM 15..murahkan???tetapi yang membuatkan Faiz terasa kuang enak di hati adalah disebabkan Faiz telah terlihatkan kasut dengan jenis yang sama mungkin untuk jantina yang berbeza..juga pada harga yang sama..tetapi..dek kerana ketiadaan saiz untuk Faiz..maka, terbantutlah hasrat Faiz untuk dapatkan kasut tersebut..malangnya adik Faiz telah membeli kasut tersebut dengan bangganya..hmm

inilah kasut kegemaran Faiz yang tidak kesampaian menjadi milik Faiz...cantik bukan??

Wednesday, March 11, 2009

mimpiku..argghh

salam mesra..


angin kembali menyapa..kali ini tak tau bahasa sapaan angin 2..samaada kencang, ribut, taufan,sepoi-sepoi bahasa..angin pun tak pasti wajah apakah sapaan angin itu..tak pe..yang penting angin sedang berkecamuk..arrgghhh.macam2 hal lagi yang masih belum setle dan memerlukan perhatian segera dari angin..


ok..hari ni..dengan penuh perasaan mengantuk..faiz gagahkan jua menulis mengenai entri ini..bukan cerita dongeng, namun ianya cuma sekadar mainan tidur..yang peliknya mainan tidur 2 bermain di siang hari....ish2...malula wahai Faiz..tidur di siang harii..huahuahua..

kisahnya mimpi Faiz bermula begini..hal nya dapat tidur dengan lena di siang hari sampai terbawa ke alam mimpi adalh disebabkan keletihan semalam mengikuti aktiviti yang seronok sekali.."Bidasari Mysterious Prom Nite 2009"..grand dinner Bidasari yang ala2 meletup 2..then..event semalam berakhir dengan sangat lewat..sehingga menjangkau jam 1.30 pagi..meriahkan..nak dijadikan cerita..Faiz memang takkan melepaskan peluang apabila melihat kelibat buah tembika..maka, Faiz makan tembikai dengan banyaknya....
bila air tembikai sudah memenuhi perut, maka Faiz akan bangun dari tidur keesokan harinya dengan penuh sesak di dada...(asthma la 2)..jadi..Faiz terpaksa menelan ubat di pagi hari..
sebenarnya Faiz memang perlu tahu bahawa ubat itu akan menyebabkan Faiz menggigil..

nak dijadikan cerita..( x jadi lagi ke cerita 2..??da panjang da rasanya..hehe)..setelah Faiz menikmati dos ubat tersebut, maka kelalian mata bertambah walaupun baru terjaga dari tidur..so, kul 10.00 pagi Faiz terus melelapkan mata semula..dengan tidak semena-mena..Faiz telah bermimpi yang agak ngeri..

mimpinya Faiz telah dipatuk ular...!!! argghh
Bak kata orang tua2..(termasuk Liana..sebab dia pun cakap benda yang sama..ish..da tua rupanya Liana)..katany:

Mimpi dipatuk Ular : Ada seseorang akan melamar kamu

wah..berbunga2 la Faiz bila terdengar ada yang ingin masuk meminang..huhu..
tetiba Cik Manja bertanyakan Liana..adakah dia yang akan masuk meminang saya?? gilakah soalan itu...hmm..maka Liana terus berkata..Faiz nak ke??ok hentikan soalan itu sehingga setakat ini..
maka itu lah apa yang ingin Faiz kongsikan bersama dengan semua..tentang mimpi Faiz 2..masalahnya..ular 2 patuk di tempat BCG (macam 2la agaknya bunyi dia)..so Faiz pun bangun dari tidur di siang hari 2 terus terasa kebas di tempat kena patuk 2...ish2..memang mengarut la Faiz..

jadi..sebenarnya apa yang ingin Faiz nyatakan sebenarnya..
"Jangan tidur di siang hari sangat"..

pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh..Faiz HJ. Othman..

Tuesday, March 10, 2009

Salam Maulidur Rasul

Salam MulidurRasul buat semua...

Permulaan yang baik untuk sesuatu yang baik...untuk sekalian yang ada..salam penghijrahan dan salam penuh pengharapan..
moga dengan hari yang penuh bermakna ini..kegemilangan Rasul junjungan mulia akan terus bersinar selamanya..bukan hari ini sahaja akan diingati..bahkan kekal bersemi da hati untuk selamanya..
pengharapan yang terus bersinar ini...harapnya akan terus kekal..
meniti di kaca TV acara sambutan Maulidur Rasul..acara sambutan yang diuji dengan limpahan kurniaan tuhan..hujan pagi telah membasahi bumi...jadi, sambutan MaulidurRasul kali ini..tanpa perarakan..namun, ianya tetap meriah..apa yang diharapkan..pengertian di hati..
begitu juga sekitar sambutan di Kolej Kediaman Eon..memang terasa kemeriahan sambutan..sekalipun aku tidak menjadi sebahagian dari acara sambutan..namun aku benar-benar terasa penghayatannya itu..
dan untuk acara sambutan peringkat universiti..esok akan berlangsung perarakan sambutan Maulidurrasul peringkat UUM..seperti kebiasaannya..acara sambutan itu, akan meriah dengan laungan selawat sepanjang jalan..syahdu terasa..

untuk sekalian hati..
Salam Maulidur Rasul...

Thursday, March 5, 2009

'Seri' siri 2

Salam menyapa manja...

kembali ke alam nyata yang mana Faiz tidak lagi boleh untuk berofay-foya...kembali ke kekusutan yang lama..tugasan yang berlambaknya..membuatkan Faiz terasa muaknya berada di samping2 tugasan yang belum tentunya penghujungnya..

kisahnya seperti biasa kan menjalar dari sini..kalau cerita lama tentang episod satu yang hanya penceritaan kasar pada luarannya sahaja..kini masuk ke alam yang lebih mencabar minda untuk saya memikirkan apakah jalan ceritanya tentang Liana ini supaya tak salah bahasa dan tak salah juga yang menduga..

Sejak dari semester 1..dia adalah insan gigih yang akan memastikan kejayaan saya..thank 2 liana...bagus untuk memikirkan tentang kejayaan orang lain..dia adalah mentor yang terbaik buat saya..sehinggakan saya mampu untuk menjadi seperti ini (kononnya berjaya..heheh)...bercerita tentang mentor...jika dulunya dia adalah mentor saya sebagai juruhebah radio..namun kini, apa yang terjadi..saya akan sentiasa memastikan dia mampu memikul tugas sebagai 'emcee' dengan jayanya..dan kini saya pula yang menjadi mentor kepadanya dalam bidang pengacaraan...memang kiranya saya membalas budinya secara nyata..hehe
walaupun pada tulisannya...kami sering bertegang lidah..atau bahasanya, bertikam lidah ketika digandingkan menjadi pengacara bersama....namun saya tahu dia memang sengaja menikam2 lidah saya..dan akhirnya, saya akan mengalah pada tikamannya..dan teruskan pengacaraan macam biasa..

perkara yang membuatkan saya akan tersipu sendirian mengenangkan gelagat kami adalah bila ketikanya...UUM sangat teriknya dengan simbahan cahaya mentari..dan genangnya dengan lebat air hujan yang mebasahi bumi...saya pasti akan teringatkan dia dan payung merah jambu+putih yang dia ada...jika hujan,payung tersebut pasti terasa gunanya...jika panas..kami yang akan rasa berdosa dengan payung tersebut..payung yang tiada pelindung UV!!!..itu masih tidak menjadi masalah buat saya..yang menjadikan ia terasa berdosa bila digunakan tatkala terik mentari..adalah kerana payung tersebut adalah lutsinar..maka akan terasa tiada gunanya memayungkan diri di saat panas terik dengan payung yang lut cahayanya...ish2..membuat dosa kering di tengahhari yang memang sangat kering.....

selain dari dosa kering itu...dia pasti akan sentiasa mengajak saya meneruskan kefoya-foyaan di luar kampus sekalipun ke Changlun..itu telah menjadi tabiatnya untuk keluar bersama saya...jadi, bagi seorang insan yang malas untuk menekan minyak kereta..saya akan pastikan saya keluar membawa insan yang boleh membawa kereta..supaya saya dapat dengan bersenang lenangnya keluar menaiki kereta tanpa membawa kereta..tapi, yang menjadikan ia adalah satu masalah dan pasti membawa kepada masam muka yang sudah sedia masamnya..adalah Liana tak akan suka jika saya keluar bukan dengan dia sahaja..saya akan pasti membawa rakan...dan dia akan pasti berasa kecewa..kerana inginnya dia keluar hanya bersama saya..pelikkan bunyinya..tapi..tiada apa tanggapan yang mampu memesongkan jawapan...

dan perkara terakhir yang menjadi jalan cerita saya untuk entri seri siri 2 ini....kami akan bergayut telefon dan menggayut dengan 'charger' telefon kerana bersembang sampai habis bateri telefon..hehe..tapi bukan itu yang ingin diceritakan..yang menjadi perhatian saya..adalah intipati kepada perbualan telefon..jika dalam perbualan telefon itu adalah plan untuk makan bersama keesokan harinya..kami akan bercerita mengenai makan dan di mana tempat yang perlu dituju untuk makan esoknya...yang pelik dan degilnya, kami akan saling tunggu menunggu..siapakah yang akan mempelawa masing-masing untuk makan bersama..akhirnya kami tertunggu..kerana egonya masing-masing takkan mempelawa masing-masing makan bersama...sehinggakan termunculnya dialog ini :

Liana : esok i free kul 2
Faiz : i pun free kul 2...i ingt nak g makan kat Mall esok..
Liana: oh ok...(diam seketika) u nk i makan ngan u ke esok??
Faiz : u nak makan ngan i ke???
Liana: (nada kesal)..u septutnya ajak la i..x yahla tanya balik..
Faiz : (nada Redha)..ok Liana..jom kita g makan esok kul 2...
Liana: macam 2 la...hehe

*hmm..egonya masing2...tapi saya rendahkan ego saya dan mula mengajak dia makan bersama..
pada dia..dia cuma hendak saya mengeluarkan perkataan yang mempelawa dia..saya faham cara dia..

itu rentetan cerita antara saya dan Liana yang sebenarnya mengajak hati saya untuk ketawa..saya pasti akan kembali dengan kisah nya lagi
Raja Norliana Raja Omar
..daa..

Wednesday, March 4, 2009

Seri siri 1

Salam mesra buat semua..

di kala malam yang dingin bermandikan hujan yang sangat lebatnya...dan terasa sejuknya mencengkam tulang belulang...Faiz kini masih berada di libry, dalam awangan yang masih menerawang..dalam kemengantukan yang nyata..dan Faiz masih lagi memikirkan tentang apakah yang perlu Faiz lunaskan dalam entri ini...

janji yang harus Faiz lunaskan..meluahkan perasaan tentang seseorang..sepatutnya meluahkan perasaan kepada seseorang..entri ini ditujukan khas buat Seri Liana....

dikatakan agak lama kami telah berkenalan..perkenalan yang biasa antara seorang dj senior dan seorang dj baru yang sangat comel..(membencikan la pula)..cuma dia memang insan baik buat saya..tapi dunia kan..seperti biasa..saya x sebaik dia...kesian untuk dia atas ketidak adilan saya buat dia...cuma kami masih lagi setia sebagai rakan yang akan berkongsi duka dan suka..dan seperti biasa gelak dan ketawa..tangis dan airmata...

buat pandangan mereka yang menjadi pemerhati kami..maka,alasan sebagai rakan biasa..bukanlah alasan yang boleh diterima...pada pandangan mereka..ada yang akan berkata,kami teman tapi mesra..dan ada juga yang mungkin kata..kami teman terlebih mesra..dan tak kurang juga yang berkata..teman tak mesra2..hmm..apapun yang menjadi bualan antara seantero manusia sekeliling kami...hanya kami yang rasa apa rasa antara kami berdua..
*ikuti kisah selanjutnya..kisah kami berdua...


Uniutama.FM

SAlam mesra buat semua..

setelah sekian lema menyepi dari ke udara di radio Uniuatam.Fm..'Informasi Minda Anda'..hari ni...Faiz dan rakan2 setugas yang masih lagi setia di radio kampus tercinta ini..kembali ke udara...dan seperti biasa..kerinduan sudah terubat..maka untuk permulaan hari ini..Faiz telah berceloteh dengan banyaknya..sehinggakan terasa seperti radio sembang sahaja..

Faiz telah memulakan pagi di Uniutama.FM dengan Zulkarnian..Dj Senior yang begitu seniornya..hehe..dalam segmen Destinasi..segmen yang memang menjadi kegemaran Faiz..kerana Faiz memang suka berjalan..hari nie..Faiz dan Nian telah berbicara mengenai pakej2 pelancongan yang terdapat di Malaysia..banyak lagi yang menarik untuk dilawati..jadi
CUTI2 MALAYSIA..BANYAK UNTUK DILAWATI..BANYAK LAGI UNTUK DITEROKAI..
pergilah melancong...segalanya terdapat di Malaysia..

sekarang Faiz masih lagi di konti radio..menanti turn Faiz untuk ke udara sebentar lagi untuk segmen kegemaran ramai..iaitu Pilihan Anda..banyak pilihan yang akan Faiz tunaikan sebantar lagi...xpela...x berapa mood sangat nak menulis..sebab tengah kesejukan di konti radio nie..jadi faiz akan kembali nanti dengan bermacam lagi cerita menarik..dan Faiz telah kembali ke alam Uniutama.FM yang pasti akan dirindui selalu..sayang semua pendengar dan penyokong Uniutama.FM 'Informasi Minda Anda'...

tulus
-Faiz Hj. Othman-

Tuesday, March 3, 2009

-BebAs-

Salam kebebasan buat semua..
sebenarnya tiada apa yang Faiz ingin kongsikan..cuma sekadar laluan rasa untuk tempoh lama bersarang di benak jiwa..nak kata Faiz terlalu sibuk sehingga tak mampu memberikan jenguk untuk blog nie pun..x pula,sedangkan hari2 Faiz agak senang untuk beberapa ketika..kerana Faiz da cuba belajar untuk melangsaikan beberapa kerja dalam satu masa..agak sukar bunyinya...namun untuk menjadikan hari lengang itu benar2 lengang...maka,di hari yang sibuk..Faiz perlu menjadi terlalu sibuk..

Faiz ketika ini masih menikmati hari2 lengang di rumah...walaupun di rumah masih ada keperluan yang memerlukan perhatian Faiz. sekurang2nya Faiz tak perlu memikirkan tentang kesibukan di kampus yang adakalnya menyesakkan...

bebas yang ingin Faiz coretkan bukanlah apa2..cuma sekadar cebisan rasa yang menjengah kotak fikiran di kala Faiz menjamu selera menikmati hidangan makan tengahari yang cukup enak tadi...Nasi Ayam Periuk Besar..mungkin ada yang pernah menikmati keenakan hidangan di sana...berbalik kepada cebisan rasa itu tadi..Faiz benar-benar menikmati hidangan sambil menyaksikan berita tengahhari 1.30..di TV3...

apa yang benar-benar menyentuh hati Faiz adalah berita utama yang menjemput pemikiran Faiz untuk berfikir sejenak..walauapapun yang bermain di fikiran Faiz..ianya cuma luahan rasa...Faiz benar-benar merasakan bahangnya tentang kehangatan kes BULI ketika ini..sekalipun Faiz mungkin tidak terjejas dengan kes ini..tetapi Faiz sebagai seorang mahasiswa,rasanya perlu jua memikirkan tentang apa,siapa,bagaimana,kenapa, dan bila tentang perkara BULI yang terjadi ketika ini...benar-benar menguji minda...
untuk ungkapan rasa seorang siswa..dan untuk pemerhati yang tidak mengerti apa2..ini hanyalah ungkaan biasa dari bibir kata seorang yang juga biasa..maaf andai menguji iman di lain jiwa..dan maaf andai terusik di benak rasa...

kes BULI yang bermain di minda:

-Apa agenda mereka yang suka membuli ini?
-Siapa yang harus duduk semeja dan berbincang bersama mengenai kes ini?
-Bagaimana pula untuk penyelesaian terbaik menangani kes ini?
-Kenapa terjadinya perbalahan dan kes seperti ini?
-Bila kes buli ini akan benar-benar lupus dari dunia pendidikan kita???

*Faiz sebagai seorang mahasiswa masih perlu untuk berada di bumbung pengajian dengan aman..harapnya kekucaran dan kecanggungan ini tidak menjejaskan apa yeng telah terjejas...

sebenarnya itu sekadar selingan..apa yang bermain di minda ketika ini adalah untuk bercerita tentang baju baru yang Faiz telah beli di Pasar Malam kt Jitra baru2 inie...cuma sekadar baju pasar malam Faiz bersusah payah untuk sediakan entri ini..bukan apa..baju pasar malam ini membuatkan Faiz benar2 teringatkan rakan seperjuangan yang telah bersama dengan Faiz dari semester 2 lagi..(NATHASYA MOHD KAMAL).dan pun 3 tahun kami bersama...baju nie..memang Faiz tiru dari dia..dia yang da punya baju ini..dan Faiz belinya untuk kami pakai bersama ketika ke kelas..huhu..harmonikan???